Selasa, 20 Julai 2010

MENGENDALI AL-QURAN LAMA

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

بسم الله الرحمن الرحيم



Soalan;

salam...ingin bertanya andai Al-quran yang lama sudah tidak digunakan kerana sudah digantikan dengan yang baru..bagaimana cara terbaik untuk mengendalikannya...tq

Jawapan;

Mushaf al-Quran (dan begitu juga kertas-kertas yang bertulis ayat al-Quran, nama-nama Allah, zikir-zikir, hadis-hadis Nabi dan seumpamanya) wajib dijaga kemuliaan dan kehormatannya. Hendaklah disimpan ditempat yang baik dan bersih. Jika dijumpai terjatuh di atas lantai atau berada di tempat yang tidak sepatutnya, wajiblah dipungut. Jika sudah tidak dapat digunakan lagi, hendaklah dilupuskan sama ada dengan menanamnya di tempat yang bersih dan jauh dari laluan manusia (untuk mengelak dari ia dipijak atau dilangkahi) atau boleh juga dibakar dan kemudian abunya ditanam di tempat yang bersih. Ini sebagai mengambil contoh dari tindakan yang dilakukan oleh para sahabat.

Dalam kitab Soheh al-Bukhari, terdapat hadis dari Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; Saidina Usman bin ‘Affan –radhiyallahi ‘anhu- telah mengarahkan beberapa orang sahabat supaya menyalin beberapa mushaf al-Quran, kemudian ia menghantar ke setiap pelusuk (negara umat Islam) satu salinan. Dan ia memerintahkan semua lembaran dan mushaf yang lain hendaklah dibakar”. (Juz. 15, bab jam’ie al-Quran, hadis no. 4604).

Berkata Ibnu Battal; hadis ini menunjukkan bahawa diharuskan membakar kitab-kitab/buku-buku yang terdapat di dalamnya nama-nama Allah (yang tidak digunakan lagi). Tindakan itu sebagai memuliakannya dan menjaganya dari dipijak oleh kaki-kaki manusia. Ada diceritakan bahawa Tawus membakar kertas-kertasnya yang terdapat tulisan Bismillah, begitu juga yang dilakukan oleh Urwah. (Fathul-Bari, juz 14, bab Jam’ie al-Quran. Lihat juga; Tuhfah al-Ahwazi, juz. 7, bab wa min surati at-taubah).

Diharamkan sama sekali mushaf al-Quran yang lama itu dibuang ke tempat sampah atau dibiarkan tanpa terurus di tempat yang tidak sepatutnya. Begitu juga, tidak harus kertas al-Quran lama di kitar semula untuk kegunaan lain dari al-Quran (seperti menjadi kertas biasa, tisu atau sebagainya) kerana itu juga satu jenis penghinaan kepada al-Quran. Ini sebagaiman fatwa yang yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Arab Saudi (Fatawa al-Lujnah ad-Daimah, al-Majmu’at al-Ula, 4/80. Lihat; al-Maktabah asy-Syamilah) dan beberapa fatwa yang lain. Jadi, jalan yang ada ialah sama ada menanamnya atau membakarnya atau terus menyimpannya dengan baik.

Rujukan;

1. Fathul-Bari, juz 14, bab Jam’ie al-Quran.
2. Tuhfah al-Ahwazi, juz. 7, bab wa min surati at-taubah.
3. Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (http://www.islamqa.com), no. 126206.
4. Fatawa al-Lujnah ad-Daimah, al-Majmu’at al-Ula, 4/80, al-Maktabah asy-Syamilah.

- USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
 

Sumber dari sini

Isnin, 12 Julai 2010

IBU-BAPA REDHA ALLAHPUN REDHA

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)
 
رضا الرب في رضا الوالدين و سخطه في سخطهما
“Redha Tuhan (Allah) berada pada redha dua ibu-bapa dan kemarahan Tuhan berada pada kemarahan mereka berdua” (HR Imam at-Thabrani dari Abdullah bin ‘Amru –radhiyallahu ‘anhu-).


KEMASKINI - Baca lanjut dari GENTA RASA 
 

Isnin, 5 Julai 2010

PERJALANAN ISRAK MIKRAJ

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


بسم الله الرحمن الرحيم

Rentetan Peristiwa Israk Mikraj



1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat,

Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Sumber rujukan : Link sini


Selasa, 29 Jun 2010

INGATLAH

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

I N G A T ! !


"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu",

MELAYU KENA TIPU LAGI

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


بسم الله الرحمن الرحيم



An ad in UK says :
Toyota Estima Emina 2.4 Latest Edition.5 Doors, Automatic, MPV, Petrol, 49,000 miles, Pearl White, 02 Reg year 2002, Air Conditioning, Anti-Lock Braking System, Central Locking, Compact Disc Player, 8 Seats, Electric Mirrors, Electric Windows, Adjustable Seat Height, Adjustable Steering Column, Air Bag, Alarm .

Price = £8595 ( RM41,204 )

This car will sell for RM 160,000 in KL.
But £1 = RM 4.794
£ 8595 = RM 41,204.
So cheap ? Cannot be !

OK. The pound took a dip. Lets use the old old rate of £1= RM 7
Then £ 8595 = RM 60,165

So cheap ? Really ? Why are we Malaysians paying RM 160,000 ?

The costing is :
Vehicle CIF ── RM 60,000
Duty.Taxes/profit ── RM 60,000

The other RM 40,000 ? Goes to the notorious AP.

If I sell 1 AP per month, my income is higher than the monthly salary of a CEO of a listed company. More than 1.5 times the annual salary of a fresh graduate. If I sell 2 APs per month, I am a millionaire by definition : million dollar income. Now I know why the AP gets extended again and again, and again ... - Zakri Ali Rangkuti

info model dan harga kereta toyota estima ni kat UK korang boleh tengok kat sini>>> http://www.algysautos.com/mpv.html

Note: Patutlah kroni2 pemegang AP ni kaya raya. sebiji kereta untung sampai RM40,000. jual sebiji kereta boleh bayar gaji 80 org pakcik kerja jaga yang bergaji rm 500 sebulan. Yang terpaksa menanggung seluruh isi keluarga. Bagus..bagus.. HIDUP UMNO...!!!!! Biar rakyat semua mampos...!!!! Bersama-sama penyokong umno yang bangang...!!!
SUMBER : SINI

Barrack Obama - Former CIA Agent

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Siapa sebenarnya Barrack Obama? Sila baca lanjut di sini

Kegunaan Lain Baking Soda

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Selain digunakan untuk membuat kuih dan kek, baking soda juga sebenarnya mempunyai banyak kegunaan lain yang jarang kita ketahui. Untuk mengetahui lanjut tentang kegunaannya klik sini 

Isnin, 28 Jun 2010

PETIKAN AL-QUR'AN DALAM MENYIFATKAN WANITA YANG SOLEHAH

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)
Kedudukan wanita yang Solehah tidaklah dapat dicapai dengan hanya menonton drama filem cinta Korea atau membaca novel-novel cinta atau menyertai mana-mana jemaah atau kumpulan lalu memakai pakaian jubah dan bertudung labuh sahaja.

Kita tahu betapa ramai wanita bertudung labuh dan berjubah sering menghancurkan hati lelaki-lelaki yang beriman dan mengecewakan para pejuang Islam dan kita juga tahu wanita yang mengambil jurusan agama pun seringkali mungkir janji dan berlaku khianat.

Seperti lelaki, kita juga mengetahui lebai dan kopiah boleh dipakai dan ditanggal sekaligus juga janggut boleh tumbuh dan dicukur lalu menjelaskan bahawa penampilan luaran selalu tidak dapat dijadikan sebagai kayu ukuran kesolehan dan kebaikan...
Baca lanjut klik sini

Mudahnya Untuk Dapat Ganjaran Allah

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)
 
Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa mempunyai pilihan samada untuk berbuat kebaikan atau keburukan.

Seseorang yang melakukan solat, puasa, zakat, menggembirakan ibubapanya, menuntut ilmu, menyebarkan seruan ALLAH dan RasulNya, menyampaikan hajat saudaranya, membuang halangan di jalanan dan lain-lain amalan mulia, sudah pasti itu semua termasuk dalam perkara-perkara yang terpuji dan diganjari ALLAH subhanahu wata’ala dengan ganjaran pahala.
Baca lanjut klik sini

Khamis, 24 Jun 2010

Goldman Sachs dan Rothschild

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Siapakah mereka? Apa yang telah mereka lakukan? Cubalah baca lanjut di sini

KOPITIAM GHADIR KEMBALI LAGI

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Saksikanlah pementasan semula KOPITIAM GHADIR

Rabu, 23 Jun 2010

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Isteri solehah sentiasa menjadi idaman setiap suami. Rumahtangga akan bertambah aman dan bahagia jika suaminya soleh dan isterinya pula solehah. Rumahtangga yang begini merupakan syurga dunia yang didambakan oleh setiap pasangan suami-isteri. Kenapa perlu isteri menjadi isteri yang solehah?
Teruskan pembacaan anda di sini

Selasa, 22 Jun 2010

Helah Kutip Derma

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Helah kutip derma
2010/06/22

SEORANG lelaki Arab yang mendakwa dari jemaah tabligh memungut derma di beberapa masjid sekitar Rawang.
SEORANG lelaki Arab yang mendakwa dari jemaah tabligh memungut derma di beberapa masjid sekitar Rawang.

Sekumpulan lelaki asing jaja nama anak yatim raih simpati jemaah masjid

RAWANG: Sekumpulan lelaki berjubah putih menjadikan beberapa masjid di kawasan ini sebagai ‘lubuk rezeki’ mereka bagi memungut derma dengan mendakwa untuk anak yatim di luar negara.

Tinjauan Sentral di Masjid Nurul Iman dekat sini mendapati kumpulan ini tanpa berasa malu terus meraih simpati orang ramai selepas selesai solat untuk menderma. Ahli jawatankuasa (AJK) masjid itu, Hazimal Atan, 62, berkata perbuatan kumpulan terbabit sebenarnya tidak direstui AJK masjid kerana kutipan itu tidak mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). “Mereka turut meminta supaya kami membuat pengumuman kepada jemaah mengenai kutipan derma dilakukan tetapi kami tidak benarkan kerana ketiadaan surat daripada JAIS.

“Jika JAIS benarkan kami tidak ada masalah tetapi kegiatan mereka memang tiada kelulusan daripada mana-mana jabatan agama Islam,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan dipercayai daripada jemaah tabligh yang berpusat di Bandar Seri Petaling yang mula aktif mengutip derma di kawasan itu sejak dua minggu lalu.

Hazimal berkata, kumpulan itu sanggup menggunakan nama jemaah tabligh untuk mengutip derma dengan mendakwa wang berkenaan akan diserahkan kepada madrasah anak yatim yang berpusat di luar negara seperti Karachi, Pakistan.
Sementara itu, Timbalan Nazir Masjid Nurul Iman, Mad Nor Shahadan, 55, berkata kegiatan mereka sukar dibendung kerana sikap pemurah rakyat negara ini.

Namun, beliau tetap meminta orang awam supaya berhati-hati dan meneliti terlebih dulu latar belakang kumpulan yang mengutip derma berkenaan.

“Kita akan menyokong jika aktiviti mengutip derma ini mendapat kebenaran JAIS, tetapi yang kita bimbang ialah kumpulan yang sengaja menggunakan nama anak yatim semata-mata untuk kepentingan mereka,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai cara digunakan oleh kumpulan terbabit yang kononnya baru tiba dari luar negara dan tidak faham bahasa Melayu, tetapi hakikatnya mereka sudah lama di negara ini.

Seorang penduduk, Nasir Hambali, 26, berkata tindakan kumpulan berkenaan perlu dibendung sepenuhnya oleh JAIS demi menjaga maruah rumah kebajikan seperti rumah anak yatim.

Katanya, penduduk perlu berwaspada dengan tindakan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu dengan membuat laporan kepada pihakberwajib dengan segera.

Jumaat, 18 Jun 2010

Bank Rothschild Bertapak di Malaysia

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.
Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.
Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.
Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Baca lanjut klik sini

Khamis, 17 Jun 2010

RACHEL CORRIE

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


Zionis Israel tidak mengira bangsa dan agama. Siapa sahaja yang menghalang tindakannya akan menerima padahnya. Masihkah kita khususnya umat Islam harus berlembut dengan mereka?

Baca lanjut tentang Rachel Corrie melalui :
1. wikipedia
2. rachel corrie memorial website
3. rachel corrie - photostory 

FITNAH HARTA PUSAKA

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Harta adalah amanah Allah. Setiap orang di dunia ini dikurniakan harta walaupun sedikit. Namun bila mati harta tersebut kita tinggalkan kepada waris2. Persoalannya adakah kita uruskan harta tersebut dengan sebaiknya supaya dapat diwarisi oleh waris dengan sebaik dan seadilnya. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tidak berganjak kaki seseorang hamba itu di Padang Mahsyar pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan: tentang umurnya dimanakah dihabiskan, tentang zaman mudanya bagaimanakah digunakan, tentang hartanya bagaimanakah diperolehi dan di mana dibelanjakan dan tentang ilmunya apakah yang diamalkan dengannya".

Klik sini untuk baca selanjutnya. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya.

Rabu, 16 Jun 2010

AKU HAIRAN

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kematian kemudian dia (masih) bergembira, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap neraka kemudian dia (masih) ketawa, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kadar ketentuan Allah kemudian dia (masih) kecewa, aku hairan (melihat) orang yang melihat bagaimana dunia memutar belitkan penghuninya kemudian dia (masih) tenang hati terhadap dunia, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap wujudnya hari hisab kemudian dia (masih) tidak beramal." 
[HR Ibn Hibban]

Fesyen Membawa Ke Syurga

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Apakah fesyen yang boleh membawa kita ke syurga? Klik sini

Isnin, 14 Jun 2010

KHASIAT BUAH-BUAHAN

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Memang telah terbukti buah-buah mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan diri kita. Amalan memakan buah-buahan setiap hari dengan jumlah yang mencukupi amatlah digalakkan. Berikut disenaraikan beberapa link yang berkaitan dengan kebaikan mengamalkan memakan buah-buahan.

1. Khasiat Buah-Buahan Bantu Kurangkan Kolestrol
2. Khasiat Jambu Batu
3. Khasiat Jambu Batu - Mengubati Diabetes 
Diabetes Mellitus.
Bahan: 1 buah jambu biji setengah masak. Cara membuat: buah jambu biji dibelah menjadi empat bagian dan direbus dengan 1 liter air sampai mendidih, kemudian disaring untuk diambil airnya. Cara menggunakan: diminum 2 kali sehari, pagi dan sore
4. Khasiat Buah-Buahan

Ahad, 13 Jun 2010

Menteri Perdana Buat Lawak Bodoh

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Semak dan nilailah sendiri. Lepas itu fikir-fikirkanlah tindakan selanjutnya. Klik sini