Rabu, 14 Ogos 2013

JANJI KITA











JANJI KITA

Dalam muhasabah kita di hujung hari
Ketika bersunyi menyendiri
Pernahkah kita bertanya kepada diri
Apakah amal kita menepati janji

Dulu
di alam roh di loh mahfuz
Kita telah sungguh-sungguh berjanji
Hanya kepada DIA YANG MAHA SUCI
kita tunduk patuh tanpa kompromi

Kini
Di alam dunia fana penuh cabar dan duga
Ranjau hidup menusuk rasa
Jujur ikhlas jadi bahan ketawa
Penat lelah tiada siapa ambil kira
Masihkah kita tetap setia
Kepada DIA YANG MAHA ESA
Masihkah kita mahu terus jadi hamba
Mengharap belas kasih keredhaanNYA

Di hujung hari ini
Kembalilah segera kita memujuk hati
Merenung jauh melihat ke dalam diri
Amal tindakan… kita teliti perhalusi
Silap salah diri cuba kita jauhi
Silap salah mereka cuba kita maafi
Janji kita marilah sama-sama ditunaikan
Semoga mendapat rahmat dari Tuhan.

AKBAJALIL
Holiday Villa Cherating - 6 Julai 2013

Jumaat, 4 Januari 2013

DURIAN BELANDA MELAWAN KANSER

Disember 2012 yang lalu semasa menjenguk cucu yang kedua, sempat juga saya menemankan isteri mengunjungi TESCO Cheras. Sambil melihat-lihat keliling terlihat tiga biji buah durian belanda. Teringin juga mahu membelinya tapi buahnya masih keras dan harganya jika tidak silap RM12.00 sekilo. Khasiat durian belanda rupanya bukan pada buahnya sahaja malah terdapat juga pada daun, kulit dan batang. Saya baru tahu.

Untuk maklumat lanjut bacalah pengalaman mangsa kanser yang berjaya mengubati penyakitnya menggunakan daun, kulit dan batang durian belanda.

DISCOVERY BAY, St Ann:ON THE verge of death Yvonne Kirlew was, nearly a decade ago. The chemotherapy to destroy her lymphatic cancer was apparently killing her too. But her husband, Raymond, was determined that she wasn't going to leave him. He nursed her through a dreadful time of pain and near-death moments, and the cancer went into remission.
But, alas, it came back. And Raymond's war on the cancer started all over again, and this time around he went to nature for help. He acted upon the information that the leaves, stem and bark of the soursop tree, found all over Jamaica, were more powerful and less debilitating than chemotherapy. Daily, he has been feeding Yvonne the drink extracted from the leaves and the bark of the soursop tree, and Yvonne has been cancer-free since January 2010.
  
Read More

Ahad, 2 Disember 2012

KE ARAH PEMBENTUKAN HARAKAH ISLAMIYYAH INDIVIDU DAN ORGANISASI (2)


Baca bahagian 1 di sini

D. ORGANISASI ITU HENDAKLAH MEMPUNYAI ILMU

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang menjadi jalan untuk memahami sesuatu bermula dari dasar yang menjadi pegangan juga melaksanakan sistem yang diperjuangkan di samping menyampaikan apa yang diperjuangkan, ilmu yang sebenarnya ialah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, daripada sumbernya hendaklah digali oleh pimpinan dan pengikut sehingga jama'ah itu dapat menguasai segala peraturan tabi'i dan menggunakan segala kekuatannya. Di mana dalam ayat ini yang pertama dijelaskan, ciri pertama dalam organisasi Islam, iaitulah ilmu pengetahuan.

Firman Allah Ta'ala :  

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman..... 
(Surah Al-Naml : Ayat 15)

Nabi Sulaiman 'Alaihissalam bersabda :

Wahai ummat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung.....  
(Surah Al-Naml : Ayat 16)

Bukan sahaja untuk memahami dasar yang diperjuangkan tetapi juga dapat memahami telatah pengikut, kefahamannya dan apa yang mesti dilakukan. Menterjemahkan situasi, dasar dan tipudaya musuh.




E. ORGANISASI YANG BAIK

Bukan sahaja dasar yang diperjuangkan itu mesti benar, tetapi penyusunan organisasi juga hendaklah diberi perhatian, di mana setiap anggota bermula dari pemimpin hinggalah ke bawah dapat memainkan peranan dengan betul menurut kedudukan masing-masing dan betapa hubungan yang erat antara pimpinan dan pengikut. Dalam kisah tersebut kita melihat bagaimana burung-burung belatuk menjalankan tugasnya, dan melaporkan maklumat dengan tepat kepada pemimpin dan sikap Nabi Allah Sulaiman yang tidak terburu-buru menerima maklumat itu. Dan manusia dan jin pula berlumba untuk menjalankan perintah daripada pemimpin dengan tidak perlu diberi perintah  secara khusus pada permulaannya.

F. DASAR PERJUANGAN

Golongan Islam yang sebenar hendaklah mempunyai dasar yang jelas dan tegas, iaitu mentauhidkan Allah dan menyeru manusia ke arah beriman kepadaNya. Membersihkan negeri dari sebarang bentuk syirik, agar kalimah Allah itu benar-benar Maha Tinggi sehingga terasa kewajipan untuk menegakkanya dalam segala bidang, termasuk politik, ekonomi dan lain-lainnya hendaklah berdasarkan Islam.

Sebaik-baik sahaja mengetahui kekufuran yang berlaku di Saba', Nabi Sulaiman 'Alaihissalam secara terus-terang menjelaskan dasarnya dan memperkenalkan dirinya dengan berani :

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut) : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)

(Surah al-Naml : ayat 30-31)

Mereka yakin dengan dasar yang diperjuangkan dan tidak hanyut dengan penafsiran yang tidak ada kena-mengena dengan kebenaran Islam. Seperti penafsiran politik Maharani Balqis di masa kafirnya dan pemimpin semut, mereka menyangka bahawa politik Nabi Allah Sulaiman sama seperti mereka:

Hingga apa bila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut : Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak dan membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedarinya.....
(Surah al-Naml : ayat 18)

Raja perempuan itu berkata : "Sesungguhnya raja-raja apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan,"
(Surah al-Naml : ayat 34)



Golongan Islam tidak boleh disamakan dengan jahiliyyah, mereka tidak boleh meletakkan kita seperti mereka dan kita janganlah terpengaruh dengan hujah-hujah orang yang jahil

G. PIMPINAN YANG BERIMAN DAN MEMBERI PERHATIAN YANG SEPENUHNYA KEPADA PERJUANGAN

Pimpinan hendaklah mengetahui matlamat perjuangan, yakni dengan dasar yang dianut, dan mengerahkan seluruh tenaga untuk itu semua disamping memberi perhatian kepada tenaga-tenaga perjuangan agar tidak lemah dan cuai, tidak menyerah kalah menghadapi apa sahaja ancaman dan tidak menjual perjuangan denga harga yang murah atau lemah menghadapi rayuan.

Contohnya dalam ayat-ayat tersebut di mana Nabi Sulaiman 'Alaihissalam menolak hadiah Maharani Balqis dan tidak gentar dengan bala tenteranya, juga berpesan kepada belatuk yang membawa surat agar memerhati dari luar dan jangan duduk bersama-sama golongan jahiliyyah itu dan telah memberi anca man untuk mengambil tindakan pada awal kehilangannya kalau dia tidak memberi alasan yang kuat.
Dan kisah tersebut menunjukkan bahawa pemimpin Islam hendaklah mempunyai kekuatan iman dirinya disamping mengawal pengikutnya agar tidak tersisih daripada dasar yang diperjuangkan.

H. PENGIKUT-PENGIKUT YANG BER'AQIDAH

Setiap anggota gerakan Islam itu hendaklah beriman dan yakin dengan apa yang diperjuangkan., cinta kepada tanggungjawab perjuangan sehingga menjalan tugas, walaupun tidak menerima perintah, apabila keadaan  memerlukan dan sentiasa menunggu perintah pimpinan serta berlumba-lumba untuk melaksanakannya.

Dalam kisah di atas, belatuk meninggalkan tempat kerana melihat negeri Saba' dan terus melapokan kepada pimpinan tentang apa yang dilihat dari sudut Islam., walaupun dia tidak diminta terlebih dahulu. Jin dan manusia yang berada di sekeliling Nabi Sulaiman berlumba-lumba untuk membawa Istana Balqis. Berbeza dengan pengikut Maharani Saba' yang hanya menunggu perintah tanpa memberi pandangan dan nasihat.

I. TEGAS

Sama ada pemimpin dan pengikutnya hendaklah tegas dalam menghadapi keadaan dan bertindak terhadap musuh :

Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut) : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)

(Surah al-Naml : ayat 30-31)

Ketegasan juga dalam menghadapi pengikut :

Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa  yang seberat-beratnya atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak  hadir)
(Surah al-Naml : ayat 21)
------------------------------------------------------------------

2. Abdul Hadi Awang, Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah. (Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor, 2005), ms 193, 194, 195, 196, 197,198

(9082)

Rabu, 14 November 2012

Maal Hijrah 1434H - Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa

 سُوۡرَةُ بنیٓ اسرآئیل / الإسرَاء

         ۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا (٢٣) وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا   ( ٢٤  


Surah Al-Isra' : Ayat 23 - 24


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)

(8855)

Isnin, 8 Oktober 2012

Paparan Semula Sempena Zulhijjah 1433H - Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Satu peringatan untuk diamalkan buat diriku dan saudara pembaca sekelian. Mudah-mudahan amalan kita semua di bulan Zulhijjah ini mendapat redha dan rahmat daripada Allah SWT.

Klik sini KELEBIHAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

(8283)

Jumaat, 21 September 2012

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan

Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).

Isnin, 3 September 2012

Kenyataan Media TERAS



Kenyataan Media TERAS
3 hb September 2012

KERAJAAN MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN SOGOKKAN WANG DAN MERESTUI BUDAYA SAMSENG

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)  amat kecewa dengan budaya pemimpin kerajaan yang terus menerus mengguna wang dan paksaan kepada kakitangan kerajaan untuk hadhir dalam perhimpunan .

Jelas ini bukanlah petanda demokrasi yang sihat , malah adalah petanda kerendahan minda dan jiwa piinan kerajaan untuk berhadapan dengan realiti apabila tidak yakin dengan sokongan rakyat.

Sampai bilakah budaya seperti ini akan dikekalkan kerana ia adalah suatu cara  membohongi bukan sahaja rakyat malah kerajaan sendiri.

Kami mendapati betapa kerajaan kali ini mengguna habis-habisan semua kakitangan kerajaan untuk memastikan kehadhiran mencapai bilangan yang akan digahkan sebagai perhimpunan yang berjaya .

Tidak cukup dengan surat arahan dan amaran bahawa tindakan boleh diambil jika tidak hadhir , malah kakitangan juga ada yang diberi peruntukan kewangan untuk memastikan mereka tidak ponteng dalam acara bersandewara menyokong kerajaan.

Dari acara menyambut hari Kemerdekaaan sehingga kepada majlis jamuan Hari Raya , dari perhimpunan belia sehingga acara sambutan hari kebesaran negara ; beratus juta ringgit dikeluarkan untuk meramaikan majlis  tanpa berfikir mengenai implikasinya.

Tidak cukup dengan itu nampaknya pihak kerajaan merestui pendekatan samseng yang semakin menunjukkan bayangan bahawa kerajaan yang ada sedang terdesak sehingga tidak lagi membatas tindakan untuk mempertahankan kuasa , iaitu dengan apa cara sekali pun termasuk kekerasan.

Sangat memalukan kini pihak parti yang bersungguh untuk mempertahankan kuasa di Putrajaya sedang bermati-matian untuk menghalalkan semua cara termasuk pendekatan terrorisme untuk menakutkan rakyat.

Lebih malang lagi pihak polis yang begitu cepat bertindak  jika ada laporan dilakukan terhadap pihak pembangkang , nampak sangat berlengah jika keganasan yang jelas dilakukan oleh penyokong kerajaan dilaporkan di seluruh Negara.

Soalnya apakah kerajaan yang sudah memerintah selama 55 tahun ini terlalu rapuh dan sudah terlalu lemah daya berhujah sehingga terpaksa mengguna politik samseng , politik fitnah dan politik adu domba antara kaum.

Lebih memalukan lagi ialah bila yang diperkuda ialah anak-anak muda bangsa Melayu . Bukan sahaja ia menghina daya berfikir generasi muda  malah juga merendahkan adab dan tatasusila budaya orang Melayu yang dipertonton kepada kaum lain.

Teras sangat kesal dan mengecam keras kepimpinan Melayu yang berdiam diri terhadap budaya politik tidak senonoh dan ganas . Cukup bangsa Melayu ini ditelanjang dengan budaya fitnah dan lucah yang sangat menjijikkan , kini kerajaan yang diteraju oleh orang Melayu pula mendidik anak muda bangsanya sendiri untuk berperilaku dengan budaya politik samseng jalanan yang sangat menjijikkan.

Teras berpendirian jika pemimpin-pemimpin Melayu  yang bersekongkol dengan budaya politik samseng ini tidak memperbetulkan pengikutnya dengan perangai yang melambangkan budaya Melayu, maka tidak ada masa depan lagi untuk bangsa Melayu dihormati .

Kini seluruh tenaga nampaknya terpaksa berhadapan dengan cabaran politik gangster ala mafia yang diperlihatkan kepada dunia .

Pihak pimpinan kerajaan dengan mudah berselindung disebalik Ngo assobiyyah fanatik bila berlaku provokasi untuk bertindak ke atas pihak pembangkang.

Akibat ketandusan ide untuk berhujah dengan matang dan dewasa , pimpinan kerajaan memileh untuk mencari jalan pintas mengujudkan ketegangan awam dan dengan itu boleh beralasan untuk merempuh seluruh hak politik dan hak asasi manusia dikalangan rakyat yang menuntut perubahan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Selasa, 28 Ogos 2012

Long-term salty diet tied to high BP

Indulging in a bag of chips or munching a handful of nuts now and then isn't likely to hurt you in the short run, but regularly chowing down on salty foods over several years may damage your blood vessels and lead to high blood pressure, a new study finds.
Researchers reporting in the online edition of Circulation said that eating too much salt over time may affect the lining of blood vessels, increasing the likelihood of developing high blood pressure.
"This study reinforces guidelines backed by the American Heart Association and other professional organisations that recommend reducing salt consumption to reduce your risk of developing high blood pressure," said Dr. John Forman, lead author of the study and assistant professor of medicine at Harvard Medical School in Boston.
High blood pressure, also called hypertension, can contribute to heart failure, stroke and kidney failure.

How the study was done
Researchers tracked the salt intake of 5,556 white men and women from the Netherlands over about six years. None of the participants had high blood pressure at the study's start.
By analyzing 24-hour urine samples collected periodically over several years, the researchers noted the amount of uric acid and albumin in the urine, markers of blood vessel damage. They also tracked the amount of salt, or sodium, the participants ate by measuring how much sodium ended up in their urine.
The researchers found that, over time, people who ingested more sodium had more uric acid and albumin in their urine.

What the study found
The higher the levels of uric acid and albumin, the more likely those people were to develop high blood pressure if they continued on high-sodium diets, the investigators found. Over the approximately six-year period of the study, 878 new cases of hypertension (high blood pressure) were discovered.
Compared with the participants eating the least amount of sodium (about 2,200 milligrams a day), those eating the most (6,200 mg a day) were 21% more likely to develop high blood pressure. Those who had high uric acid and albumin levels and ate the most salt were 86% more likely to develop high blood pressure.
How much salt is 2 200 milligrams of salt? About a teaspoon.
Much of the sodium the average person consumes comes from processed foods. Forman cautions that people who don't use salt shakers at the table shouldn't assume they're not getting too much sodium. One cup of soup or a single-serving frozen dinner can have 1,000 milligrams of sodium.
The study showed an association between the markers of blood vessel damage and high blood pressure, but not a cause-and-effect relationship.
Dr. Gregg Fonarow, professor of cardiovascular medicine at the University of California, Los Angeles, said, "the research shows that in some individuals, there is an association between these markers -- uric acid and albumin -- and the subsequent diagnosis of hypertension."
Why salt causes blood vessel damage -- called "endothelial dysfunction" -- is not fully understood, said Fonarow. "Sodium exposure may lead to progressive changes in the lining of the blood vessels, eventually becoming irreversible," he said.
"And once you've developed hypertension, lowering your salt intake most likely won't be enough to normalise your blood pressure," he said.
The study also suggests that those with markers of blood vessel damage may be more negatively affected by a high-salt diet than others.

Salt and hypertension
The idea that salt influences the development of high blood pressure is considered controversial by some experts. A study published last year in the Journal of the American Medical Association suggested that lower amounts of sodium in urine were associated with more cardiovascular disease deaths.
In order to link high salt intake more closely to blood vessel damage and subsequent high blood pressure, Forman said it would be necessary to follow many people over about 20 years, ideally using ultrasound to directly assess blood vessel health.
Fonarow said the key to high blood pressure prevention is moderation and watchful management of other cardiovascular risks. "Avoid a high-salt diet, but also don't smoke, watch your weight, keep your cholesterol down and manage your blood pressure," he said. "Those factors are probably even more important."
Heart experts advise limiting sodium intake to less than 2,300 mg a day, or 1,500 mg if you're black, over 50 years old or have certain chronic diseases. By reading Nutrition Facts labels closely, you can limit your sodium intake.

Read more:
Top 10 foods with hidden salt

The U.S. National Library of Medicine has more about high blood pressure.

(Copyright © 2012 HealthDay. All rights reserved.)


(7684)

Ahad, 12 Ogos 2012

Mohamad Abdul Manaf (1962 - 2012)



Pagi tadi (12 Ogos 2012) sekitar jam 10.30 pagi bersemadilah jasad sahabat karibku Mohamad bin Abdul Manaf di Tanah Perkuburan Bukit Permata Gombak setelah dimandikan dan dikafankan serta disolat jenazahkan oleh sanak-saudara dan sahabat handai di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, Selangor.

Pada awal Mei 2012 yang lalu, allahyarham telah dimasukkan ke Pusrawi di Jalan Tun Razak dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Putri akibat pendarahan beku di kepala. Sebelum itu allahyarham dijumpai terbaring tidak sedarkan diri di tepi jalan di Danau Kota. Aku sempat menziarahinya seminggu selepas allahyarham dimasukkan ke  wad ICU Hospital Ampang Putri. Keadaannya agak kritikal ketika itu setelah menjalani pembedahan di kepala bagi membuang darah beku. Allahyarham disahkan mengalami strok akibat tekanan darahnya terlalu tinggi.

Setelah allahyarham sedar dan kesihatannya pulih sedikit allahyarham dipindahkan ke wad biasa Hospital Ampang Putri. Kemudian allahyarham dipindahkan semula ke Pusrawi di Jalan Tun Razak dan menjalani rawatan fisioterapi di situ. Setelah menjalani rawatan tersebut allahyarham mengalami muntah-muntah dan tidak sedarkan diri. Setelah itu allahyarham dipindahkan pula ke Hospital Tawakal bagi rawatan dan pembedahan kecil di perut kerana disyaki mengalami keracunan makanan.

Semasa di Hospital Tawakal, aku sempat menziarahinya sekali lagi. Pada petang itu aku dimaklumkan oleh isterinya bahawa allahyarham baru sedar pada tengahari itu setelah menjalani pembedahan kecil di perut. Keadaannya begitu lemah. Allahyarham memegang erat tanganku dan cuba menyatakan sesuatu. Aku mendekatkan telinga ke mulutnya tapi  gagal untuk memahami apa yang ingin disampaikanya.

Ramadan aku tidak menziarahinya. Dalam pada itu SP memaklumkan kepada aku  bahawa kondisi kesihatan  allahyarham masih tidak berubah.  Kemudian dua tiga hari sebelum allahyarham kembali ke rahmatullah, JR, bekas ketua jabatan allahyarham pula memaklumkan bahawa badan allahyarham telah tidak memberi respon kepada ubat yang diberikan. Hinggalah pada pukul 11.00 pagi, hari Sabtu, 11 Ogos 2012, aku dihubungi oleh JR sekali lagi dan meminta aku sama-sama berdoa kerana allahyarham sedang nazak. 

Akhirnya pada pukul 4.00 petang itu, anak sulong aku AH memaklumkan bahawa allahyarham telah kembali ke rahmatullah beberapa minit yang lalu.

Aku menghubungi JR dan pada pukul 5.00 petang itu juga kami bergegas ke Taman Sri Gombak. Semasa dalam perjalanan MB memaklumkan bahawa pihak masjid telah bersetuju supaya majlis pengkebumian dibuat pada pagi hari Ahad, 12 Ogos 2012. Jadi kami tidak perlulah tergesa-gesa. Setelah majlis pengkebumian selesai pada pagi tadi, kami bertolak balik ke rumah dan sampai balik ke rumah sekitar pukul 5.30 petang.

Al-Fatihah. Aku doakan semoga roh allahyarham dihimpunkan bersama roh para solihin.Amiin.
Kepada keluarga allahyarham aku mohon supaya mereka banyak bersabar kerana kematian adalah suatu yang pasti.

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.

(7529)

Sabtu, 11 Ogos 2012

Tiada Siapapun Yang Tahu



Sebenarnya tidak siapapun tahu bila ianya berlaku. Semuanya rahsia Allah untuk membuatkan hambaNya bersemangat lagi berusaha mencarinya sejak dari awal Ramadan lagi. Sabda Rasulullah ianya akan berlaku pada malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir Ramadan. Ini adalah panduan dan peringatan. Setidak-tidaknya umat Muhammad tidak mensia-siakan Ramadan hingga ke akhirnya.

Perlu diingatkan, lailatul qadar adalah anugerah Allah kepada hambaNya yang terpilih. Bukan semua orang boleh dapat tetapi tidak salah jika kita berusaha sambil mengharap redha Allah SWT. Harapan inilah sebenarnya yang akan memotivasikan setiap Muslim supaya sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah untuk beribadah tanpa jemu di setiap kali Ramadan menjelma.

Kelebihan Ramadan bukan rahsia lagi. Cuma kelebihan yang diberikan itu tidak semuanya dapat kita rebut. Kerana apa? Kerana kita sentiasa diselubungi nafsu. Ramadan antara lainnya adalah bulan mengawal nafsu jahat. Allah menguji kita supaya mengawal dan memerangi nafsu jahat dengan dibelengguNya syaitan dan iblis. Yang tinggal adalah kita untuk berlawan dengan nafsu jahat.

Bagaimana dengan nafsu baik yang juga ada dalam diri kita? Kepada mereka yang berjaya melayan nafsu baiknya dan menunaikan ibadah dengan ikhlas kerana Allah, pahala berganda di bulan Ramadan ini yang dijanjikan oleh  Allah adalah ganjarannya. Setiap Muslim yang berfikir tahu tentang ini. 

Lailatul qadar adalah ganjaran yang Allah janjikan kepada hambaNya. Ia adalah anugerah kepada mereka yang beribadah dengan gigih dan ikhlas untuk mendapatkannya. Setiap Muslim berpeluang untuk mendapatkannya. Selagi Allah memberi kita peluang untuk mendapatkannya, rebutlah peluang itu.
Mungkin Ramadan ini adalah yang terakhir buat saya dan saudara.

Nota :
Semasa sedang menaip tulisan ini, saya mendapat panggilan telefon dari En. Jamaluddin Ramli - FPUTMJB  memaklumkan bahawa sahabat saya Mohammad bin Abdul Manaf – PKKUTMKL sedang nazak di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Beliau kena serangan strok sejak Mei lalu. Kepada mereka yang mengenali beliau, sama-samalah kita berdoa semoga Allah memberikan rahmat kepadanya.

kemaskini - Berita pemergian sahabatku Allahyarham  MOHAMMAD BIN ABDUL MANAF

Isnin, 23 Julai 2012

A Good Rule to Remember



Selamat menjalani ibadah puasa. Mudah-mudahan Allah SWT meringankan kita untuk beribadah dengan lebih sempurna pada Ramadan kali ini bagi meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepadaNya.

It is the quality of time at work that counts, and the quantity of time at home that matters. In order to increase the quantity of time at home, you must WORK all the time you WORK - meaning, you need to fully utilize every minute of your work day.

When you are in control of your time, you will be more productive, happier, and living a stress-free and healthy life.
-       Brian Tracy

 

Jumaat, 1 Jun 2012

PILIHAN BIJAK

Setiap hari kita sering dan terpaksa membuat pilihan. Betul atau salah. Ya atau tidak. Warna hijau atau warna merah. Waktu malam atau siang. Makanan manis atau masam dan pelbagai pilihan lagi. Inilah yang sering memeningkan kepala kita hingga menimbulkan kekeliruan. Membuat pilihan bukannya mudah. 

Pilihan kita itu juga akan memberi kesan kepada kehidupan seharian dan masa depan diri kita, keluarga kita dan juga masyarakat. 

Walau apapun alasannya, kita kena buat  pilihan dan  untuk panduan membuat pilihan bijak sila baca lanjut di sini

Sabtu, 26 Mei 2012

55 TAHUN

Alhamdulillah, syukur kehadarat Allah SWT kerana memberi izin kepada saya bagi menyambut ulangtahun kelahiran ke55 hari ini. Tiada sambutan istimewa . Sekadar lafaz doa kepada Allah atas rezeki yang diberikan selama ini. 

Sekadar mengenang kembali, setahun yang lalu di hari ulangtahun kelahiran yang ke54 saya menerima hadiah sebuah buku yang sungguh mengujakan - Chicken Soup for the Soul : Tough Times, Tough People daripada isteri dan anak-anak saya. Buku motivasi yang memaparkan pelbagai kisah manusia semasa menghadapi zaman sukar dan akhirnya berjaya mengharungi dan mengatasinya. Saya tahu isteri dan anak-anak mahu saya menjadi seperti orang-orang yang dikisahkan di dalam buku itu. Ketika itu saya berada dalam keadaan yang amat tertekan dengan masalah kesihatan, tempat kerja baru dan kewangan. Fikiran saya jadi keliru dan tidak menentu. 

Selepas menjalani dua pembedahan di leher pada April dan Oktober 2010, saya jadi seperti hilang semangat untuk menghadapi kehidupan harian. Saya banyak menyendiri dan mengelakkan diri dari menghadiri majlis undangan kecuali dengan isteri saya. Kesan psikologi mungkin dari pembedahan tersebut. Saya hadapi dan atasi setiap hari dengan bersyukur kepada Allah kerana memberi saya peluang untuk meneruskan kehidupan yang serba sukar ini. Kesukaran itu adalah suatu nikmat bagi saya. Tanpa kesukaran saya tidak akan bangkit.

Pada penghujung Disember 2010 saya ditukarkan ke tempat kerja baru. Suasana dan kawan-kawan baru. Walaupun tugas yang diberi tidak banyak beza dengan tugas lama tetapi budaya kerja di tempat baru benar-benar menguji kesabaran dan pengalaman saya sebelum ini. Adakalanya saya tertewas juga. Maklumlah bekerja dengan generasi baru yang penuh semangat dan idea-idea baru. Pastinya saya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Mujurlah ada keluarga dan sahabat yang terus-menerus membantu saya tanpa lelah. Dengan izin Allah dan bantuan mereka kini saya dapat keluar dari hari-hari mendung dalam hidup saya sebelum ini. Mudah-mudahan Allah terus memberi kekuatan jiwa kepada saya. Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat  kerana  terus memberi dorongan buat saya.

Malam tadi saya merima ucapan "Happy Birthday To You" dari seorang yang terlalu istimewa buat saya. Saya ucapkan terima kasih kepadanya. Setelah itu saya ingatkan dia supaya berhati-hati dan berbelanjalah dengan penuh hemah. Maklumlah kakitangan kerajaan dapat tunggakan dan kenaikan gaji bulan ini. 

Akhir kata segala puji kepada Allah SWT dan Solawat serta Salam kepada Kekasih Allah Saiyidina Muhammad SAW dan salam buat ahli keluarga baginda.