Memaparkan catatan dengan label penghinaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penghinaan. Papar semua catatan

Ahad, 13 Julai 2014

TERJEMAHAN SURAH AL-ISRA' : 4 - 10



Surah Al-Isra : 4 - 10

 

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. (4)

Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. (5)

Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. (6)

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (7)

Mudah-mudahan Tuhan kamu akan mengasihani kamu (kalau kamu bertaubat) dan jika kamu kembali (menderhaka), maka Kami pula akan kembali (menyeksa kamu di dunia); dan kami telah jadikan Neraka: Penjara bagi orang-orang kafir (pada hari akhirat). (8)

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (9)

Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (10)

 

Khamis, 1 September 2011

1 PENGHINAAN TERHADAP ISLAM



Berita Bernama (23/8) melaporkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana. Berita di TV3 semalam pun memaparkan berita yang sama. 

Yang hairannya, tiada sesiapapun yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab menegur Rosmah agar menutup aurat dengan sempurna ketika membaca ayat-ayat suci al-Quran. Walhal dalam majlis yang sama kelihatan Dr Mashitah Ibrahim dan mungkin beberapa tokoh agama yang lain. Apa sudah jadi? Takut atau segan dengan Rosmah?


Baca seterusnya