Memaparkan catatan dengan label iman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iman. Papar semua catatan

Rabu, 14 Ogos 2013

JANJI KITA











JANJI KITA

Dalam muhasabah kita di hujung hari
Ketika bersunyi menyendiri
Pernahkah kita bertanya kepada diri
Apakah amal kita menepati janji

Dulu
di alam roh di loh mahfuz
Kita telah sungguh-sungguh berjanji
Hanya kepada DIA YANG MAHA SUCI
kita tunduk patuh tanpa kompromi

Kini
Di alam dunia fana penuh cabar dan duga
Ranjau hidup menusuk rasa
Jujur ikhlas jadi bahan ketawa
Penat lelah tiada siapa ambil kira
Masihkah kita tetap setia
Kepada DIA YANG MAHA ESA
Masihkah kita mahu terus jadi hamba
Mengharap belas kasih keredhaanNYA

Di hujung hari ini
Kembalilah segera kita memujuk hati
Merenung jauh melihat ke dalam diri
Amal tindakan… kita teliti perhalusi
Silap salah diri cuba kita jauhi
Silap salah mereka cuba kita maafi
Janji kita marilah sama-sama ditunaikan
Semoga mendapat rahmat dari Tuhan.

AKBAJALIL
Holiday Villa Cherating - 6 Julai 2013

Khamis, 1 September 2011

HAK KAUM CINA YANG KITA TIDAK TUNAIKAN

Bagaimana mahu membalas jasa-jasa mereka? Kita tunaikan hak mereka YANG SEBENAR.Tunaikan sahaja tanpa prejudis. Jangan berdolak-dalik atau dimenyuaratkan berminggu-minggu. Ini HAK MEREKA yang sekian lama kita tidak tunaikan.Kita biarkan mereka terlonta-lonta tanpa pembelaan .Kita biarkan anak-anak mereka tidak mendapat HAK ISTIMEWA ini.Adakah adil kita orang Melayu sahaja yang dapat HAK ISTIMEWA,mereka kaum Cina didiskrimasikan? Mereka bukan haiwan yang tidak dipertanggungjawabkan,mereka manusia juga seperti kita. Adilkah kita sebagai orang Melayu yang mengaku Islam,membiarkan kaum Cina tidak mendapat hak-hak mereka yang sebenar,anak-anak mereka yang tidak tahu masa depan mereka bagaimana...adilkah kita?Adilkah?

Baca seterusnya

Jumaat, 1 April 2011

Isnin, 21 Februari 2011

BUAT APA YANG KITA SUKA

Pagi tadi sementara menunggu isteri bersiap untuk ke tempat kerja, sempat juga saya menonton MHI di TV3. Antara yang menarik perhatian saya adalah kenyataan tetamu undangan pada pagi ini. Antara lain beliau menyarankan supaya kita suka apa yang kita buat dan kita buat apa yang kita suka.
Pada hemat saya dalam hal ini kita perlu positif untuk melakukan apa yang kita suka. Kita boleh buat apa saja yang kita suka tetapi kita perlu juga memikirkan kesannya kepada orang lain. Jangan sampai melukakan hati  mereka. Apatah lagi kepada orang yang lebih tua daripada kita khususnya  kedua ibubapa kita.
Hidup ini saling perlu dan memerlukan. Kita tidak boleh hidup tanpa bantuan orang lain. Sebelum kita mengharap bantuan orang lain, kita kena bantu orang lain dahulu. Namun apa yang lebih baik adalah kita hulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Jika bantuan kita orang balas, bersyukurlah. Jika tidak bersyukurlah juga.