Isnin, 21 Februari 2011

BUAT APA YANG KITA SUKA

Pagi tadi sementara menunggu isteri bersiap untuk ke tempat kerja, sempat juga saya menonton MHI di TV3. Antara yang menarik perhatian saya adalah kenyataan tetamu undangan pada pagi ini. Antara lain beliau menyarankan supaya kita suka apa yang kita buat dan kita buat apa yang kita suka.
Pada hemat saya dalam hal ini kita perlu positif untuk melakukan apa yang kita suka. Kita boleh buat apa saja yang kita suka tetapi kita perlu juga memikirkan kesannya kepada orang lain. Jangan sampai melukakan hati  mereka. Apatah lagi kepada orang yang lebih tua daripada kita khususnya  kedua ibubapa kita.
Hidup ini saling perlu dan memerlukan. Kita tidak boleh hidup tanpa bantuan orang lain. Sebelum kita mengharap bantuan orang lain, kita kena bantu orang lain dahulu. Namun apa yang lebih baik adalah kita hulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan. Jika bantuan kita orang balas, bersyukurlah. Jika tidak bersyukurlah juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan