Selasa, 17 Ogos 2010

SIAPAKAH KITA SEBENARNYA

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Siapakah kita sebenarnya? Hamba Allah atau sekadar makhluk Allah sahaja? Atau boleh saja kita tanyakan diri kita masing-masing. Mahu jadi hamba Allah atau sekadar jadi makhluk Allah semata-mata. Pilihannya ada pada diri kita. Akal yang dipinjamkan kepada kita mudah-mudahan dapat dimanfaatkan untuk membuat pilihan sebenar.  

Pemilihan itu pula wajib dibuat dengan ilmu. Ilmu yang benar. Ilmu yang dicari mesti berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Jika tidak, misi pencarian akan tersasar dan malah boleh menjejaskan akidah. Itulah yang harus dijauhi. 

Setiap Muslim mahu menjadi hamba Allah. Tetapi tahukah kita siapakah yang benar-benar layak. Status hamba Allah bukan untuk sembarangan orang. Tentu-tentu sahaja  ianya memerlukan syarat dan tugas yang harus dipenuhi dan dilaksanakan. Masakan semudah itu kita digelar hamba Allah tanpa syarat tertentu.

Apakah syarat dan tugas untuk melayakkan kita diberi status hamba Allah? Pertanyaannya nampak mudah tetapi sukar untuk dijawab. Namun jawapan harus dicari untuk memuaskan hati. Jika tidak hidup akan jadi tiada erti. Bayangkanlah jika kita hanya hidup seperti makhluk Allah yang lain. Makan, minum, berkeluarga dan bersukaria. Adakah itu sahaja tujuan kita dijadikan di dunia ini?

Menurut ajaran Islam kita ada kehidupan selepas mati. Di sana nanti kita akan diberi pembalasan atas apa sahaja yang telah kita lakukan semasa kehidupan di dunia. Semua insan yang waras dan berilmu pasti mahukan balasan baik dari Allah SWT. Tetapi adakah kita telah benar-benar menjadi hamba Allah atau sekadar makhluk Allah sahaja?


3 ulasan:

  1. thanks for the article...mendapat sesuatu lepas baca coretan ini :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana melapangkan masa membaca artikel di sini. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaatnya.

    BalasPadam
  3. saya nak share .. terima kasih atas kongsian ilmu yang bermanfaat .. :)

    BalasPadam