Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

Dialog Dari Satu Sudut

"Engkau dah cakap ke?"
"Dah."
"Habis tu."
"Dia diam je."
"Engkau tak tanya balik?"
"Dah."
"Dia kata ape?"
"Dia diam je."
"Dia diam je?"
"Ye!"
"Engkau salah tanya kot."
"Taklah."
"Habis tu. Apasal dia diam je?
"Agaknya dia pekak dan bisu."
"Mungkin jugak."


- Baca lanjut di sini
- Bagi yang pekak dan bisu boleh baca di sini

Khamis, 10 Jun 2010

Kopitiam Ghadir Kembali Lagi

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Teater separa muzikal, Kopitiam Ghadir, karya dan arahan Faizal Tehrani ini akan kembali lagi menemui khalayak yang mahukan sesuatu kelainan dalam teater. Teater Kopitiam Ghadir yang pernah menimbulkan sedikit kontravesi sebelum ini pernah dipentaskan di ITNM Kuala Lumpur pada tahun 2009 setelah pementasannya tidak dibenarkan dibuat di Dewan Bahasa dan Pustaka. Baca lanjut klik sini.

Sabtu, 15 Ogos 2009

KOPITIAM GHADIR - Ke Mana Selepas Ini?

Terkilan sungguh hati saya kerana tidak dapat sama menonton Kopitiam Ghadir di Wisma ITNM kerana kekangan program peribadi dan urusan tugas rasmi. Jika tiada penundaan tarikh tempoh hari, Insya-Allah mungkin saya akan turut sama menonton.
Sambutan orang ramai begitu menggalakkan sehingga pementasan tambahan akan diadakan pada jam 3.00 petang esok , Ahad, 16 Ogos 2009, demikian menurut anakanda Amir (1) yang menghubungi saya selepas zuhur tadi.
Secara peribadinya saya berpendapat, usaha dakwah secara memasjidkan seni dalam bentuk teater karya Faisal Tehrani ini perlu diperbanyakkan lagi bagi menangkis serangan pihak tertentu yang mahu memadamkan cahaya Islam di negara ini.
Walaupun usaha ini kelihatan jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan produksi teater atau konsert yang diusahakan oleh pihak tertentu, yang banyak membawa kemudaratan kepada umat Islam, terutamanya orang Melayu di negara ini tetapi ianya tidak harus dipandang sepi oleh semua pihak terutamanya golongan agamawan. Penerangan yang jelas mengenai kaedah berdakwah melalui teater seperti ini harus dibuat oleh golongan agamawan supaya tidak timbul kekeliruan terutamanya kepada golongan anak muda dan juga kepada pihak tertentu yang lebih bersifat peribadi dan kurang senang dengan produksi teater ini.
Pada saya, pendekatan dakwah menerusi teater seperti Kopitiam Ghadir ini adalah sesuatu yang perlu diterokai secara lebih mendalam lagi. Ianya harus memfokus kepada kelopok tertentu terutamanya anak-anak muda yang pada akhir-akhir ini ramai yang keliru dengan identiti dan budaya Islam yang sebenar. Kelompok anak muda yang mahu 'berhijrah' juga keliru kerana tiada pembimbing sebenar. Kalau adapun, pembimbingnya berada jauh dan tidak mahu memahami hati anak-anak muda seperti itu. Mesej yang disampaikan pun kebanyakkannya terlalu keras dan menghukum.
Teater Kopitiam Ghadir ini diharapkan akan membuka jalan dan menjadi 'jambatan hijrah' kepada sesiapa sahaja terutama golongan muda untuk mengenali dan menghayati serta mengamalkan risalah Islam yang sebenar. Risalah yang wahyukan oleh Allah SWT kepada Rasul PilhanNya Nabi Muhammad SAW.
---------------------------------------------------------
(1) - Amir adalah salah seorang pelakun dalam teater Kopitiam Ghadir karya dan arahan Faisal Tehrani. Kami merestui dan menggalakkan beliau terlibat dalam teater berbentuk dakwah sejak dari mula kami dimaklumkan mengenai projek teater ini lagi. Kami amat berbangga dengan komitmennya dan mudah-mudahan beliau istiqamah dalam perjuangan memasjidkan seni ini.