Sebut pasal bercakap, ramai orang
suka bercakap. Bercakap pula apa sahaja yang mereka suka. Tidak kira samada
orang suka ataupun tidak mendengarnya.
Tidak kurang juga ada orang yang kita
suka jika dia bercakap. Terutama mereka yang pandai bercakap. Tidak membosankan
tetapi memberansangkan dan memberi motivasi. Ditambah pula dengan teknik yang
menarik. Sebab itu kini telah ramai yang ambil kursus bercakap secara formal.
Kepandaian dan kepintaran bercakap itu penting. Terutama kepada mereka yang
ingin menjadi pemimpin. Sebaliknya ada pula orang yang kita lebih suka jika dia
tidak bercakap sebab cakap dia banyak dusta.
Dalam bulan Ramadan kita tidak
digalakkan banyak bercakap. Apatah lagi mengenai perkara-perkara yang boleh
mengurangkan pahala puasa. Kita disarankan supaya mengelakkan diri dari
bercakap kosong dan sia-sia.
Ini tidaklah bermakna tidak boleh bercakap sama
sekali. Boleh tetapi fikirlah dulu sebelum bercakap supaya cakap itu ada
faedahnya. Rasulullah SAW pernah kata, lebih baik diam jika tiada yang baik
untuk dicakapkan.
Pesanan orang tua pernah ingatkan
kita tentang akibat jika salah cakap. Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut
badan merana. Moralnya di sini fikir dahulu dan berhati-hatilah sebelum bercakap.
Bercakaplah
perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Lebih penting lagi amalkan apa yang kita
cakap. Tiada guna banyak cakap tapi buatnya tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan