Memaparkan catatan dengan label Rahimi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahimi. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Oktober 2010

ALLAHYARHAM RAHIMI, AKU DAN KATIL NO.4

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Rahimi, duda anak tiga, saudara seusrahku telah kembali kerahmatullah pada pagi Isnin, 4 Oktober lalu dalam perjalanan ke tempat kerjanya Aku mendapat pesanan SMS mengenainya semasa sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor di Klinik ENT HSAJB pada pagi itu. 
Menurut Rosli yang secara kebetulan aku temui di wad kerana rawatan ibu jari kirinya yang cedera terkena mesin, besar kemungkinan allahyarham diserang sawan ketika menonggang motosikalnya untuk ke tempat kerja. Menurut Rosli lagi allahyarham memang mengidap penyakit sawan sejak dulu lagi.
Aku masuk wad tengahari itu untuk pembedahan kelenjar di leher kiri. Pada 9 Mac lalu aku telah menjalani pembedahan kelenjar di leher kanan. Ketika itu aku ditempatkan di Wad Barat 2, katil no. 4. Kali ini aku ditempatkan di wad yang sama dan katil yang sama. Pembedahan kali ini dibuat pada 5 Okt yang lalu. Bermula pukul 11.30 pagi aku dibawa ke bilik pembedahan dan dihantar kembali ke wad sekitar pukul 2.30 petang. Isteri dan anakku Wani menunggu diluar di sepanjang pembedahan dilakukan.
Alhamdulillah pembedahan kali ini berjalan lancar dan aku telah dibenarkan keluar wad pada hari Khamis, 7 Oktober dan diberi cuti sakit hingga 14 Oktober ini.
Petang tadi aku ke Klinik Maimunah untuk buat dresssing. Menurut doktor luka jahitan kering dan tidak membimbangkan. Maklum sajalah aku ini pengidap diabetes. Sebut pasal luka memang membimbangkan. Kini aku harus berpantang makan. Selain itu aku ini juga ada alahan terhadap makanan laut.