Memaparkan catatan dengan label pesanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesanan. Papar semua catatan

Khamis, 3 Julai 2014

CAKAP



Sebut pasal bercakap, ramai orang suka bercakap. Bercakap pula apa sahaja yang mereka suka. Tidak kira samada orang suka ataupun tidak mendengarnya. 

 

Tidak kurang juga ada orang yang kita suka jika dia bercakap. Terutama mereka yang pandai bercakap. Tidak membosankan tetapi memberansangkan dan memberi motivasi. Ditambah pula dengan teknik yang menarik. Sebab itu kini telah ramai yang ambil kursus bercakap secara formal. 

 

Kepandaian dan kepintaran bercakap itu penting. Terutama kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin. Sebaliknya ada pula orang yang kita lebih suka jika dia tidak bercakap sebab cakap dia banyak dusta.

 

Dalam bulan Ramadan kita tidak digalakkan banyak bercakap. Apatah lagi mengenai perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Kita disarankan supaya mengelakkan diri dari bercakap kosong dan sia-sia. 

 

Ini tidaklah bermakna tidak boleh bercakap sama sekali. Boleh tetapi fikirlah dulu sebelum bercakap supaya cakap itu ada faedahnya. Rasulullah SAW pernah kata, lebih baik diam jika tiada yang baik untuk dicakapkan.

 

Pesanan orang tua pernah ingatkan kita tentang akibat jika salah cakap. Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merana. Moralnya di sini fikir dahulu dan berhati-hatilah sebelum bercakap. 

 

Bercakaplah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Lebih penting lagi amalkan apa yang kita cakap. Tiada guna banyak cakap tapi buatnya tidak.

Sabtu, 10 September 2011

PESANAN BUAT PEJUANG YANG JERNIH ILMU DAN LUHUR JIWA

Salam. Saya cadangkan supaya digerakkan intelektual Melayu yang jernih ilmu dan luhur jiwa untuk menyanggah kenyataan Majlis Professor yang amat jelek itu.

Takkanlah setelah 54 tahun menyanyikan lagu Negaraku, kita masih tidak dapat memahami erti sebenar istilah-istilah lunak seperti 'penasihat', indirect rule, negeri naugan, de jure, de facto dan seterusnya.

Harus dianjurkan kongres Melayu antipembodohan/penjajahan bagi menolak penyelewengan hakikat sejarah kita itu.

-------------------------------------------------------------------------------------
Di atas adalah pesanan sms yang saya terima tengahari tadi daripada Syed Putra  Syed Ahmad pemilik blog Pokok Hujan yang ditujukan kepada rakan-rakan yang dekat, mohon tuan-tuan pembaca turut melakukan perkara yang sama bagi menyelamatkan bangsa kita daripada terus dibodohkan; kali ini oleh anak bangsanya sendiri. Terima kasih.

SUMBER : POKOK HUJAN 
BACA SETERUSNYA DARI BARAJIWA DAN KENYATAAN TERAS PENGUPAYAAN MELAYU
JUGA DARI SINI