Memaparkan catatan dengan label petunjuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petunjuk. Papar semua catatan

Jumaat, 21 September 2012

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan

Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).

Sabtu, 25 Februari 2012

Mencari Makna

Apa itu makna? Benarkah makna tiba dari maklumat yang benar? Sejauh manakah kita memahami dan menghayati serta mengamalkannya. Apapun alasannya,  kita sentiasa mencari makna dalam hidup ini. Untuk apa dan untuk siapa? Sedar atau tidak. Mahu tidak mahu kita perlu mencari makna. Tidak kira siapa kita.

Aku yang menulis ini sering kali terkeliru. Jalan yang mana harus dilalui untuk tiba ke matlamat yang mahu dituju. Bukan tidak diberikan panduan mutlak tetapi sering tersasar. Keliru oleh ilmu dan maklumat yang tidak benar. Maklumat yang disangka benar rupanya palsu. Mana tidaknya kerana hanya akal dijadikan guru. Manalah tidak terkeliru jadinya.

Aku juga acapkali diingatkan, "Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita akan dikembalikan." tetapi aku masih juga leka. dan alpa. Sedangkan aku tahu bila-bila masa sahaja Dia boleh menjemput aku kembali. Tidak lewat atau cepat walau sesaatpun. Itu pasti dan aku yakin sungguh.

Apa penyebabnya? Aku pernah diingatkan betapa hati ini keras jadinya kerana dosa-dosa masa lampau dan masa kini. Hati yang keras sukar menyerap ilmu dan apa lagi untuk mengamalkan ilmu kata mereka. Benarkah begitu?

Dalam saat-saat kecelaruan begini teringat pula aku kepada bait -bait puisi Jalaluddin Rumi - Kembali Pada Tuhan yang mungkin  dapat mengubati sedikit gelisah hati ini. Mudah-mudahan perjalanan mencari makna aku ini mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya. Itu yang aku harapkan sungguh ketika ini.