Memaparkan catatan dengan label dialog merapu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dialog merapu. Papar semua catatan

Jumaat, 29 Julai 2011

Dialog Dari Satu Sudut

"Engkau dah cakap ke?"
"Dah."
"Habis tu."
"Dia diam je."
"Engkau tak tanya balik?"
"Dah."
"Dia kata ape?"
"Dia diam je."
"Dia diam je?"
"Ye!"
"Engkau salah tanya kot."
"Taklah."
"Habis tu. Apasal dia diam je?
"Agaknya dia pekak dan bisu."
"Mungkin jugak."


- Baca lanjut di sini
- Bagi yang pekak dan bisu boleh baca di sini

Rabu, 13 Oktober 2010

Apa kata kalau kita...

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Eh...kau ada masa tak?"
"Sekejap bolehlah."
"Begini. Ada orang jumpa aku. Dia kata la ni dah ramai sangat staf baru tak hormat staf lama. Tak ikut peraturan kerja dan macam-macam lagi."
"Kau rasa betul ke apa yang dia cakapkan tu?"
"Betul. Kau lihat sekarang. Budak-budak baru langsung tak tahu nak ambil hati orang lama. Keluar pejabat ikut suka. Pergi tanpa pesan. Bila kita perlukan mereka, satu hal pulak nak cari keliling."
"Habis. Kau cadang nak buat apa?"
"Ingat tak dulu kita pernah buat KKB?"
"Berkesan ke?"
"Kita kena cuba?"
"Aku rasa pengurusan perlu tegas dalam hal disiplin. Peraturan kan dah ada. Laksanakan saja."
"Betul tapi bukankah elok kita beri mereka peluang untuk berubah dulu. Kalau langgar jugak barulah ambil tindakan."
"Banyak kursus dah dibuat. Yang penting pihak pengurusan perlu bersungguh untuk melaksanakan peraturan disiplin."
"Jadi kau tak setuju la jika kita buat kursus ala KKB kali ini?"
"Kita bincang dulu. Soalnya sekarang ikhlas ke kita nak buat ni?"

Rabu, 22 September 2010

Baru Belajar Merangkak

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Bila sampai?"
"Baru."
"Sorang?"
"Yap."
"Keluarga sihat?"
"Sihat."
"Anak dah pandai apa?"
"Baru belajar merangkak"

Ahad, 30 Mei 2010

Apa Pasal Dia Tak Kawin Lagi?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Hello...boleh ambil saya di rumah sekarang?"
"Sebentar lagi saya datang. Puan"
"Cepat sikit. Saya nak ke klinik dulu sebelum ke pejabat."
"Baik. Puan."
------------------------------
"Kenapa lambat?"
"Jalan sesak. Ada kemalangan. Trailer langgar bus stop."
"Ada yang cedera?"
"Ada... tiga orang wanita."
"Masyaallah."
"Ok dah sampai pun. Awak tunggu sampai saya selesai."
"Baik. Puan."
---------------------------------
"Apa khabar,?"
"Baik. Awak mau jumpa doktor ka?
"Tidak. Saya tunggu bos saya jumpa doktor."
"Mana satu?
"Perempuan yang pakai baju merah tu."
"Dia apa sakit?"
"Sayapun tak tahu. Dia tidak pernah cerita."
"Mana boleh tak tau. Awak dia punya driver kan?
"Betul saya tak tahu." 
"Dia sudah kawin ka?"
"Dulu. Sekarang tidak lagi."
"Cerai ka?
"Suami dia meninggal dunia."
"Ada anak ka?"
"Takde."
"Apa pasal dia tak kawin lagi?"
"Awak kena tanya dia sendiri."
"Lee Fooi Foon."
"Ok...misi sudah panggil. Saya pegi dulu...aaaa."
"Baik."

Sabtu, 29 Mei 2010

Hang Kata Apa Kat Depa?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Aku tak boleh terima langsung."

"Apa dia?"

"Hang tau. Depa mintak aku lower the passing mark subject aku supaya student aku dapat gred A."

"Abih... hang kata apa kat depa?"

"Aku kata no way. Let my student dapat gred B takpa tapi kat luak sana dia boleh beat student  yang dapat gred A. Aku malu kalau student aku yang dapat gred A tapi kalah dengan student gred B."

"Mmmm... pasai tu la hang susah sangat nak naik pangkat."

"Tak naik pangkat pun takpa la. Aku pun dah nak pencen."

"Ha... ha... ha...mai pekena lagi teh cina ni. Baguih jugak no..."

Isnin, 24 Mei 2010

Dulu Jalan Kaki

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Kita tak boleh ikut cara lama."
"Sebab apa?"
"Dulu dan kini berbeza." 
"Tapi masalahnya sama."
"Betul aku tak nafikan."
"Aku tak nampak jalan."
"Dulu pergi sekolah kita jalan kaki kan?"
"Betul."
"Jauh sikit kita naik basikal."
"Betul."
"Tapi kini, kita tak boleh lepaskan anak kita berjalan kaki lagi."
"Sebab apa?"
"Bahaya. Kenderaan bertambah. Jenayah bertambah."
"Habis tu?"
"Jadi kita kena guna bas sekolah."
"Kalau bas sekolah takde?"
"Kita kena hantar dan ambil sendiri."
"Mana sempat."
"Kita beli kereta dan pakai pemandu."
"Apa kaitannya dengan projek?
"Kita kena rancang cara yang terbaik."
"Terbaik macamana?"
"Selamat dan untung kepada semua pihak."
"Bagaimana?"
"Bila boleh jumpa?"
"Rabu malam Khamis ni. "
"Kat mana?"
"Haji Tapah."

Selasa, 18 Mei 2010

Awak Nak Makan?(1)

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


"Awak nak makan?"
"Tak nak. Tak lapar"
"Tak lapar? Dah dua hari awak tak makan. Takkan tak lapar. Makanlah sikit..."
"Tak nak."
"Saya ada masakkan bubur nasi dan sup sayur. Nak tak?"
"Awak tak dengar ke? Saya kata tak nak. Tak naklah...."
"Tak pe. Kalau awak teringin nak makan nanti panggil saya ye."
"Ye lah..."
-------------------------------
"Macamana?"
"Macamana apa?"
"Ye lah keadaannya?
"Macam tu jugak. Merajuk. Tak nak makan."
"Mmm...kau jangan risau. Sehari dua lagi baik la tu.."
"Ntahlah...aku sendiri tak faham kenapa dia jadi begitu."
"Kau ada buat silap kot. Dia kecik hati."
"Tak taulah pulak. Mungkin jugak. Tapiii...dia buat perangai ni sejak aku balik dari Korea."
"Hah! Sah dia cemburu."
"Aku tak buat perkara yang tak senonoh  kat sana. Aku pergi pun kerana urusan rasmi syarikat. Dia pun tahu. Malah balik aku bawa ole-ole dari sana untuk dia lagi."
"Betul ke?"
"Kau macam dah tak kenal dengan aku pulak."
"Ye lah mana lah tahu...sambil-sambil...jalan pandang-pandang."
"Maaf ye...setakat ni aku masih boleh bertahan. Aku sentiasa mohon kepada Allah supaya melindungi aku."
"Betul... tu...?"
"Kau masih curiga kepada aku?"
"Aku nak ingatkan saja. Pokok pangkalnya kau sendiri. Ok dah sampaipun. Turunkan aku di depan tu."
"Dah siap ke kereta kau?"
"Bengkel call aku tadi. Tentu dah siap. Eh...pujuk dia. Tanya baik-baik."
"Tengoklah...esok kita jumpa. Aku beritau kau nanti."
"Jaga diri."
"OK!"
--------------------------------
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
"Dah makan."
"Dah."
"Makan apa."
"Makan hati."
"Eh...kita tanya baik-baik. Ke situ pulak peginya."
"Ye lah...makan hatilah...kita asyik kene tinggal je. Awak ke sana ke sini."
"Awak pun tahu. Saya pegi kerana urusan rasmi syarikat. Bukan suka-suka."
"Takkanlah tak boleh bawa kita sekali-sekali."
"Awak kene faham. Urusan peribadi tak boleh campur-aduk dengan urusan rasmi syarikat."
"Alaaa...orang lain tu boleh."
"Itu mereka. Bukan saya. Mmmm...begini. Bulan depan saya akan ke luar negara selama seminggu. Selepas saya balik,  kita pegi bercuti ke mana saje yang awak suka."
"Alang Sedayu."
"Alang Sedayu?"