akbajalil
Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.(al-hadid:ayat 5).
Ahad, 13 Julai 2014
Khamis, 3 Julai 2014
SOMBONG
لِّكَيۡلَا
تَأۡسَوۡاْ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمۡ وَلَا تَفۡرَحُواْ بِمَآ ءَاتَٮٰڪُمۡۗ
وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ (٢٣
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
AL-HADID : 23
CAKAP
Sebut pasal bercakap, ramai orang suka bercakap. Bercakap pula apa sahaja yang mereka suka. Tidak kira samada orang suka ataupun tidak mendengarnya.
Tidak kurang juga ada orang yang kita suka jika dia bercakap. Terutama mereka yang pandai bercakap. Tidak membosankan tetapi memberansangkan dan memberi motivasi. Ditambah pula dengan teknik yang menarik. Sebab itu kini telah ramai yang ambil kursus bercakap secara formal.
Kepandaian dan kepintaran bercakap itu penting. Terutama kepada mereka yang ingin menjadi pemimpin. Sebaliknya ada pula orang yang kita lebih suka jika dia tidak bercakap sebab cakap dia banyak dusta.
Dalam bulan Ramadan kita tidak digalakkan banyak bercakap. Apatah lagi mengenai perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Kita disarankan supaya mengelakkan diri dari bercakap kosong dan sia-sia.
Ini tidaklah bermakna tidak boleh bercakap sama sekali. Boleh tetapi fikirlah dulu sebelum bercakap supaya cakap itu ada faedahnya. Rasulullah SAW pernah kata, lebih baik diam jika tiada yang baik untuk dicakapkan.
Pesanan orang tua pernah ingatkan kita tentang akibat jika salah cakap. Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merana. Moralnya di sini fikir dahulu dan berhati-hatilah sebelum bercakap.
Bercakaplah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Lebih penting lagi amalkan apa yang kita cakap. Tiada guna banyak cakap tapi buatnya tidak.
Selasa, 20 Mei 2014
JANJI ALLAH ITU BENAR
Janji. Acapkali kita bisikkan ia di
dalam hati. Ada kalanya kita kumandangkan juga kepada mereka di sekeliling kita.
Kita berjanji akan jadi orang baik mulai saat ini. Kita berjanji akan membaiki
segala kesalahan dan kesilapan diri sendiri selama ini. Kita berjanji untuk
buat itu dan ini serta bermacam-macam lagi. Lumrahnya kita sering berjanji.
Janji sentiasa kita buat setiap
hari samada kita sedari ataupun tidak. Samada dilafazkan atau hanya berdetik di
dalam hati sahaja. Yang nyata kita sering berjanji. Baik kepada diri sendiri
mahupun kepada orang lain termasuklah anak dan isteri atau suami sendiri.
Masa muda kita membuat janji, bila
sudah tua janji itupun dilupai. Bila sakit datang melanda, kita janji untuk
berpantang itu dan ini tetapi bila telah sihat janji terus dilanggar seperti sebelumnya.
Semasa susah dan dalam kesempitan wang, kita berjanji akan berjimat-cermat
tetapi apabila senang sedikit kita mula lupa janji malah adakalanya lupa
daratan semasa berbelanja.
Tanpa disedari, ramai orang
sebenarnya menagih janji yang pernah kita beri. Kita sering menabur janji
tetapi dalam masa yang sama kita sering mengabaikannya. Kita lupa untuk
menunaikannya. Apabila lupa kita berjanji semula untuk tidak mengulanginya di
lain masa. Begitulah rutin kita yang sentiasa membuat janji setiap hari.
Sebagai umat Islam, paling penting
adalah janji kita kepada Allah dan Rasulullah. Syahadah yang kita lafazkan
semasa bertahyat itu adalah janji yang besar. Janji yang tidak boleh kita buat
sambil lewa sahaja. Adakah tuntutan kepada lafaz janji itu kita tunaikan dalam
kehidupan harian kita di luar solat?
Halangan untuk menggagalkan kita di
dalam melaksanakan janji tetap ada. Sementelah kita insan yang sering dilanda
kealpaan. Apapun marilah sama-sama kita berjanji kepada diri kita untuk terus
memohon keredhaan Allah bagi menjadikan kita hamba yang sering mengingati dan
melaksanakan janji. Agar Allah menjadikan kita, hamba yang sentiasa tabah
mengharungi hidup ini untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita kepadaNya.
Apapun yang tidak harus kita lupa
adalah janji Allah. Janji Allah itu benar. Hukum-hukum Allah itu benar. Hari
akhirat itu benar. Pembalasan syurga dan neraka Allah itu benar. Janji Allah
sentiasa benar dan kita dituntut meyakininya dengan sepenuh hati tanpa was-was.
Label:
akhirat,
janji Allah,
panduan,
peringatan
Rabu, 14 Ogos 2013
JANJI KITA
JANJI KITA
Dalam
muhasabah kita di hujung hari
Ketika
bersunyi menyendiri
Pernahkah
kita bertanya kepada diri
Apakah
amal kita menepati janji
Dulu
di
alam roh di loh mahfuz
Kita
telah sungguh-sungguh berjanji
Hanya
kepada DIA YANG MAHA SUCI
kita
tunduk patuh tanpa kompromi
Kini
Di
alam dunia fana penuh cabar dan duga
Ranjau
hidup menusuk rasa
Jujur
ikhlas jadi bahan ketawa
Penat
lelah tiada siapa ambil kira
Masihkah
kita tetap setia
Kepada
DIA YANG MAHA ESA
Masihkah
kita mahu terus jadi hamba
Mengharap
belas kasih keredhaanNYA
Di
hujung hari ini
Kembalilah
segera kita memujuk hati
Merenung
jauh melihat ke dalam diri
Amal
tindakan… kita teliti perhalusi
Silap
salah diri cuba kita jauhi
Silap
salah mereka cuba kita maafi
Janji
kita marilah sama-sama ditunaikan
Semoga
mendapat rahmat dari Tuhan.AKBAJALIL
Holiday Villa Cherating - 6 Julai 2013
Jumaat, 4 Januari 2013
DURIAN BELANDA MELAWAN KANSER
Disember 2012 yang lalu semasa menjenguk cucu yang kedua, sempat juga saya menemankan isteri mengunjungi TESCO Cheras. Sambil melihat-lihat keliling terlihat tiga biji buah durian belanda. Teringin juga mahu membelinya tapi buahnya masih keras dan harganya jika tidak silap RM12.00 sekilo. Khasiat durian belanda rupanya bukan pada buahnya sahaja malah terdapat juga pada daun, kulit dan batang. Saya baru tahu.
Untuk maklumat lanjut bacalah pengalaman mangsa kanser yang berjaya mengubati penyakitnya menggunakan daun, kulit dan batang durian belanda.
DISCOVERY BAY, St Ann:ON THE verge of death Yvonne Kirlew was, nearly a decade ago. The chemotherapy to destroy her lymphatic cancer was apparently killing her too. But her husband, Raymond, was determined that she wasn't going to leave him. He nursed her through a dreadful time of pain and near-death moments, and the cancer went into remission.
But, alas, it came back. And Raymond's war on the cancer started all over again, and this time around he went to nature for help. He acted upon the information that the leaves, stem and bark of the soursop tree, found all over Jamaica, were more powerful and less debilitating than chemotherapy. Daily, he has been feeding Yvonne the drink extracted from the leaves and the bark of the soursop tree, and Yvonne has been cancer-free since January 2010.
Read More
DISCOVERY BAY, St Ann:ON THE verge of death Yvonne Kirlew was, nearly a decade ago. The chemotherapy to destroy her lymphatic cancer was apparently killing her too. But her husband, Raymond, was determined that she wasn't going to leave him. He nursed her through a dreadful time of pain and near-death moments, and the cancer went into remission.
But, alas, it came back. And Raymond's war on the cancer started all over again, and this time around he went to nature for help. He acted upon the information that the leaves, stem and bark of the soursop tree, found all over Jamaica, were more powerful and less debilitating than chemotherapy. Daily, he has been feeding Yvonne the drink extracted from the leaves and the bark of the soursop tree, and Yvonne has been cancer-free since January 2010.
Read More
Label:
durian belanda,
kanser,
kesihatan,
soursop
Ahad, 2 Disember 2012
KE ARAH PEMBENTUKAN HARAKAH ISLAMIYYAH INDIVIDU DAN ORGANISASI (2)
Baca bahagian 1 di sini
D. ORGANISASI ITU HENDAKLAH MEMPUNYAI ILMU
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang menjadi jalan untuk memahami sesuatu bermula dari dasar yang menjadi pegangan juga melaksanakan sistem yang diperjuangkan di samping menyampaikan apa yang diperjuangkan, ilmu yang sebenarnya ialah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, daripada sumbernya hendaklah digali oleh pimpinan dan pengikut sehingga jama'ah itu dapat menguasai segala peraturan tabi'i dan menggunakan segala kekuatannya. Di mana dalam ayat ini yang pertama dijelaskan, ciri pertama dalam organisasi Islam, iaitulah ilmu pengetahuan.
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.....
(Surah Al-Naml : Ayat 15)
Nabi Sulaiman 'Alaihissalam bersabda :
Wahai ummat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung.....
(Surah Al-Naml : Ayat 16)
Bukan sahaja untuk memahami dasar yang diperjuangkan tetapi juga dapat memahami telatah pengikut, kefahamannya dan apa yang mesti dilakukan. Menterjemahkan situasi, dasar dan tipudaya musuh.
E. ORGANISASI YANG BAIK
Bukan sahaja dasar yang diperjuangkan itu mesti benar, tetapi penyusunan organisasi juga hendaklah diberi perhatian, di mana setiap anggota bermula dari pemimpin hinggalah ke bawah dapat memainkan peranan dengan betul menurut kedudukan masing-masing dan betapa hubungan yang erat antara pimpinan dan pengikut. Dalam kisah tersebut kita melihat bagaimana burung-burung belatuk menjalankan tugasnya, dan melaporkan maklumat dengan tepat kepada pemimpin dan sikap Nabi Allah Sulaiman yang tidak terburu-buru menerima maklumat itu. Dan manusia dan jin pula berlumba untuk menjalankan perintah daripada pemimpin dengan tidak perlu diberi perintah secara khusus pada permulaannya.
F. DASAR PERJUANGAN
Golongan Islam yang sebenar hendaklah mempunyai dasar yang jelas dan tegas, iaitu mentauhidkan Allah dan menyeru manusia ke arah beriman kepadaNya. Membersihkan negeri dari sebarang bentuk syirik, agar kalimah Allah itu benar-benar Maha Tinggi sehingga terasa kewajipan untuk menegakkanya dalam segala bidang, termasuk politik, ekonomi dan lain-lainnya hendaklah berdasarkan Islam.
Sebaik-baik sahaja mengetahui kekufuran yang berlaku di Saba', Nabi Sulaiman 'Alaihissalam secara terus-terang menjelaskan dasarnya dan memperkenalkan dirinya dengan berani :
Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut) : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah)
(Surah al-Naml : ayat 30-31)
Mereka yakin dengan dasar yang diperjuangkan dan tidak hanyut dengan penafsiran yang tidak ada kena-mengena dengan kebenaran Islam. Seperti penafsiran politik Maharani Balqis di masa kafirnya dan pemimpin semut, mereka menyangka bahawa politik Nabi Allah Sulaiman sama seperti mereka:
Hingga apa bila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut : Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak dan membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedarinya.....
(Surah al-Naml : ayat 18)
Raja perempuan itu berkata : "Sesungguhnya raja-raja apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan,"
(Surah al-Naml : ayat 34)
Golongan Islam tidak boleh disamakan dengan jahiliyyah, mereka tidak boleh meletakkan kita seperti mereka dan kita janganlah terpengaruh dengan hujah-hujah orang yang jahil
G. PIMPINAN YANG BERIMAN DAN MEMBERI PERHATIAN YANG SEPENUHNYA KEPADA PERJUANGAN
Pimpinan hendaklah mengetahui matlamat perjuangan, yakni dengan dasar yang dianut, dan mengerahkan seluruh tenaga untuk itu semua disamping memberi perhatian kepada tenaga-tenaga perjuangan agar tidak lemah dan cuai, tidak menyerah kalah menghadapi apa sahaja ancaman dan tidak menjual perjuangan denga harga yang murah atau lemah menghadapi rayuan.
Contohnya dalam ayat-ayat tersebut di mana Nabi Sulaiman 'Alaihissalam menolak hadiah Maharani Balqis dan tidak gentar dengan bala tenteranya, juga berpesan kepada belatuk yang membawa surat agar memerhati dari luar dan jangan duduk bersama-sama golongan jahiliyyah itu dan telah memberi anca man untuk mengambil tindakan pada awal kehilangannya kalau dia tidak memberi alasan yang kuat.
Dan kisah tersebut menunjukkan bahawa pemimpin Islam hendaklah mempunyai kekuatan iman dirinya disamping mengawal pengikutnya agar tidak tersisih daripada dasar yang diperjuangkan.
H. PENGIKUT-PENGIKUT YANG BER'AQIDAH
Setiap anggota gerakan Islam itu hendaklah beriman dan yakin dengan apa yang diperjuangkan., cinta kepada tanggungjawab perjuangan sehingga menjalan tugas, walaupun tidak menerima perintah, apabila keadaan memerlukan dan sentiasa menunggu perintah pimpinan serta berlumba-lumba untuk melaksanakannya.
Dalam kisah di atas, belatuk meninggalkan tempat kerana melihat negeri Saba' dan terus melapokan kepada pimpinan tentang apa yang dilihat dari sudut Islam., walaupun dia tidak diminta terlebih dahulu. Jin dan manusia yang berada di sekeliling Nabi Sulaiman berlumba-lumba untuk membawa Istana Balqis. Berbeza dengan pengikut Maharani Saba' yang hanya menunggu perintah tanpa memberi pandangan dan nasihat.
I. TEGAS
Sama ada pemimpin dan pengikutnya hendaklah tegas dalam menghadapi keadaan dan bertindak terhadap musuh :
Sesungguhnya surat itu dari Nabi
Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut) : Dengan nama Allah, Yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bahawa janganlah kamu meninggi diri
terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman
dan mematuhi ajaran agama Allah)
(Surah al-Naml : ayat 30-31)
Ketegasan juga dalam menghadapi pengikut :
Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)
(Surah al-Naml : ayat 21)
------------------------------------------------------------------
2. Abdul Hadi Awang, Islam : Fikrah,
Harakah dan Daulah. (Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor, 2005), ms 193, 194, 195, 196, 197,198
(9082)
(9082)
Label:
akidah,
ilmu,
Islam,
panduan,
pentadbiran
Langgan:
Catatan (Atom)