Sabtu, 26 September 2009

Bendi Besar dan Terung Bulat

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Sekembali dari majlis perkahwinan di rumah AS di KMKP tengahari tadi, saya singgah menjenguk sahabat lama MAY di TSP. Hajat hati mahu berhari-raya dan sembang-sembang sebab sudah lama tidak berjumpa. Mujur saya sampai awal sedikit. Dapatlah juga bertemu seketika. Kebetulan MAY dan isterinya sedang bersiap-siap untuk pergi berhari-raya ke BP bersama Kak Cu (adik Ipar MAY) dan Dino suaminya dengan menaiki Frontier milik Dino.

Kak Cu dan Dino saya kenali semasa saya bersama MAY terlibat sebagai fasilitator dalam Program Modal Insan anjuran MARA di UKM dan Lenggeng setahun yang lalu. Program ini dikendalikan oleh syarikat milik Kak Cu dan Dino.Pesertanya pula terdiri dari staf MARA dan anak syarikatnya serta para pelajar MRSM.

Aik!!! Sudah melalut pula...nih. Bila mahu cerita pasal bendi dan terung bulat? Baik... sekarang kita tukar topik. Kisah bendi dan terung bulat pula. Semasa mahu meninggalkan rumah MAY, saya terpandang pokok bendi dengan buahnya yang luar biasa besarnya. Dia kata pokok itu tumbuh sendiri. "Allah yang beri", katanya sambil senyum. Dia pun hairan bagaimana pokok itu boleh tumbuh sendiri dan menghasilkan buah yang luar biasa besarnya seperti itu. Menurutnya lagi dia bubuh baja sayuran biasa sahaja. Apa yang menarik perhatian saya adalah saiz buahnya hampir tiga kali ganda dari saiz bendi biasa. (sila rujuk foto - maaf visual kurang memuaskan) Saya belum pernah jumpa. Mungkin orang lain sudah pernah melihatnya. Jika ada sesiapa yang sudah ada pengalaman harap hubungi saya.

Selain bendi, MAY juga ada menanam terung bulat di hadapan rumah. Sebelum kami berpisah dia menghadiahkan saya tujuh biji terung bulat, sebiji bendi bersaiz besar dan sebiji bendi (saiz luar biasa) untuk dibuat benih. Terung bulat sedap dimasak kari.

Sebelum ini saya ada menanam beberapa pokok bendi tetapi buahnya biasa sahaja. Dengan biji benih yang diberi oleh MAY itu, saya akan cuba pula tanam sendiri. Mana tahu ada rezeki saya pula dapat bendi bersaiz luar biasa seperti di rumah MAY.

Ada orang kata bendi ini boleh mencegah penyakit kencing manis. Saya belum pasti. Sesiapa di luar sana ada maklumat lanjut tentang perkara ini sila maklum kepada saya. Mungkin ada kebenarannya.

1 ulasan:

  1. Terima kasih kerana berkongsikan info yang amat bermanfaat untuk di ketahui bersama. Anda juga boleh dapatkan info mengenai baja organik untuk sayuran anda dengan KLik Sini

    Mungkin baja organik tersebut dapat membantu anda meningkatkan mutu dan pengeluaran hasil tanaman dengan lebih baik...

    BalasPadam