Ada yang belum tahu. Ada yang baru tahu. Ada juga yang tahu tapi buat tidak tahu. Mujurlah ada segolongan yang tahu tanpa ragu-ragu mereka memberitahu. Menyebarluaskan sejarah yang perlu diketahui dan dihayati. Jika sekadar tahu tetapi tidak dihayati dan diambil tindakan, maka rugilah kita. Rugilah kita umat Islam yang lebih kenal sejarah orang lain dari sejarah Islam itu sendiri.
Agar ianya memberi manfaat kepada kita bersama, marilah sama-sama kita jelajahi dan hayati serta rancangkanlah amalannya selepas ini jika mahu diri kita dikira sebagai umat penerus perjuangan Nabi Muhammad SAW. Klik Sini
Pencuri Kota Baghdad
BalasPadamTuan Kahar, mohon maaf. Jarang amat berkesempatan singgah di Rumput Hijau.
Maklumlah aku kapitalis.
Tahu belum tentu faham.
Faham belum tentu setuju.
Setuju pun kalanya bersyarat.
Syarat pulak banyak mengelak.
Sebab itu aku gemar Tiger Woods.
Dia acap berada di planet lain.
Pencuri Kota Baghdad
BalasPadamSalam.
Maaf Tuan Kahar, posting saya sebelum ini x masuk jadi kena sekali lagi.
Tahu belum tentu faham.
Faham belum tentu setuju.
Setuju ada kalanya bersyarat.
Syarat boleh dipersoal.
Soalan boleh ditanya ...,
Salam, Tuan Pencuri,
BalasPadamTerima kasih kerana singgah di sini. Mohon maaf kerana komen tuan lambat saya semak. Rupanya telah satu purnama blog ini tidak saya kemaskini...sibuk betul tu.
Alhamdulillah, pertemuan yang tidak disangka dengan tuan malam Ahad lalu banyak membantu saya merungkai masalah.
Hah...kapitalis?
Tuan telah membuka satu dimensi baru dalam memberi makna kepada kapitalis itu sendiri.
Samada orang lain setuju atau tidak dengan wawasan tuan itu bukan soalnya. Yang penting tuan ada wawasan dan berani menyatakan yang haq sekalipun tuan seorang 'pencuri'.
Saya faham dan bersetuju.