Ahad, 13 Jun 2010

Mohd Radhi Mat Din berkata...

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Banyak masa , tenaga dan wang rakyat yang telah dicurahkan untuk mempertingkatkan kualiti bola sepak dinegara ini. Banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk tujuan ini. Malangnya pihak kerajaan sendiri telah meluluskan judi sukan bola sepak kononnya untuk mengatasi judi haram yang berleluasa di negara ini. Bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram disisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pulak yang di ubatnya. Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya. 

Mutu sukan bakal mengalami kemerosotan yang lebih serius selepas ini. Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak mereka. Sebenarnya Judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi. Semuanya akan dipertaruhkan. 

Peminat sukan bola sepak akan bertukar pemikiran mereka daripada mutu bola kepada judi bola. Apabila tumpuan rakyat Malaysia sudah bertukar maka permainan bola akan cuba di atur oleh proksi-proksi syarikat judi. Apa yang kita tonton bukanlah permainan bola sebenar tetapi lakonan permaian bola. Ini kerana semua pemain dan jurulatih telah disogokkan dengan sejumlah nilai wang untuk keuntungan pihak-pihak tertentu. Maka rasuah dalam bola sepak akan menjadi lebih serius. Jika projek masjid dan sekolah pun adanya rasuah. Inikan pula judi bola yang sudah tentu haramnya di sisi agama Islam.

Baca lanjut teks ucapan penuh beliau di sini

PASPORT MALAYSIA IKTIRAF ISRAEL?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Setahu kita sebelum ini pasport Malaysia tidak iktiraf Israel. 
Walau bagaimanapun cuba klik sini

Sabtu, 12 Jun 2010

Muktamar PAS Kali Ke-56 Lakar Sejarah - DHPP Hantar Perwakilan

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Muktamar PAS Kali Ke-56 di Kelantan telah melakar sejarah dengan  menyaksikan kehadiran buat julung kalinya perwakilan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Baca lanjut klik sini

Khamis, 10 Jun 2010

Petua Untuk Dijauhkan Kesulitan

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Kita sebagai makhluk Allah ini tidak sunyi dari menghadapi kesulitan. Apatah lagi kita yang makan gaji. Bulan belum habis poket sudah kempis. Apapun kesulitan atau masalah yang kita hadapi sebenarnya ada penyelesaiannya jika kita rajin mencari.
Baca lanjut klik SINI

Kopitiam Ghadir Kembali Lagi

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Teater separa muzikal, Kopitiam Ghadir, karya dan arahan Faizal Tehrani ini akan kembali lagi menemui khalayak yang mahukan sesuatu kelainan dalam teater. Teater Kopitiam Ghadir yang pernah menimbulkan sedikit kontravesi sebelum ini pernah dipentaskan di ITNM Kuala Lumpur pada tahun 2009 setelah pementasannya tidak dibenarkan dibuat di Dewan Bahasa dan Pustaka. Baca lanjut klik sini.

Air Mata Plastik

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Dunia ini umpama pentas. Manusia adalah pelakunnya. Manusia memang pandai berlakun. Apatah lagi terhadap manusia lain tetapi dengan Allah kita tidak boleh berlakun. Allah Maha Mengetahui zahir dan batin diri kita kerana kita semua Allah yang punya. Baca lanjut klik sini

Rabu, 9 Jun 2010

Better Than Coffee?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Pelbagai jenis kopi kini terdapat di pasaran. Biasanya kita minum kopi untuk mengembalikan kecergasan termasuklah bagi menghilangkan rasa letih dan mengantuk. Walau apapun alasannya, kopi tetap mempunyai kesan sampingan kepada badan kita.  

RAKYAT MALAYSIA MENGKHIANATI ISLAM

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Rakyat Malaysia dan pemerintah negara juga menghkhianati penduduk Palestin kerana berurusan dengan syarikat zionis seperti Mc Donald, Nestle, Danone, Dumex, Starbuck, Tesco, Carefor, Coca Cola, Jonhson n Johnson dan banyak lagi syarikat musuh Islam itu yang menjadi nadi/ penyambung ujudnya negara haram yahudi tersebut..
Adakah anda juga terlibat ?
Tunggulah soalan ini di depan Allah Rabbul Jalil nanti...!!!
Betulkah darurat? Nampak macam enjoy sungguh,...
 


BACA LANJUT DI SINI

TESCO - AYAM TIDAK HALAL

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Baca lanjut di sini

Selasa, 8 Jun 2010

Berbonggol Di Kepala Berpakaian Tetapi Telanjang

BMilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” –hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

MAVI MARMARA - KEKUASAAN ALLAH

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

ALLAH itu Maha Berkuasa. Kunfayakun, jika dikata jadi, pasti akan berlaku. Kuasa Allah juga jelas ditunjukkan ketika kejadian serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara Ahad lalu yang disaksikan bukan seorang malah hampir kebanyakan sukarelawan Malaysia yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.Baca lanjut di sini

Isnin, 7 Jun 2010

A-Z MAKSIAT

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

A - Arak, Anak Haram
B - Bogel
C- Cumbu
D - Dadah, Dedah
E - Engkar
F - Fitnah
G - Gaduh, Ganas
H - Hedonisma
I - 
J -Judi
K - Konsert
L - Lalok
M -
N - 
O -
P - Pelacuran
Q -
R - Rasuah
S - Seks
T - Tipu
U - Ugut
V -
W -
X - X Film
Y - 
Z - Zalim

FREE GAZA MOVEMENT

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

http://www.freegaza.org/

Isnin, 31 Mei 2010

Israel Serang Kapal Bawa Bantuan Untuk Gaza

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Fikirlah sendiri. Pertimbangkanlah dengan akal waras kalian. Lihatlah betapa kejamnya Israel. Tanpa peri kemanusiaan telah mengarahkan tenteranyamenyerang kapal yang belayar dari Cyprus sedang menuju Gaza dengan membawa bantuan kemanusiaan.
Ikuti berita lanjut di sini

Tutup Aurat ke Fesyen?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Tutup aurat ke fesyen? 
Lihat lanjut di sini

Ahad, 30 Mei 2010

Apa Pasal Dia Tak Kawin Lagi?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Hello...boleh ambil saya di rumah sekarang?"
"Sebentar lagi saya datang. Puan"
"Cepat sikit. Saya nak ke klinik dulu sebelum ke pejabat."
"Baik. Puan."
------------------------------
"Kenapa lambat?"
"Jalan sesak. Ada kemalangan. Trailer langgar bus stop."
"Ada yang cedera?"
"Ada... tiga orang wanita."
"Masyaallah."
"Ok dah sampai pun. Awak tunggu sampai saya selesai."
"Baik. Puan."
---------------------------------
"Apa khabar,?"
"Baik. Awak mau jumpa doktor ka?
"Tidak. Saya tunggu bos saya jumpa doktor."
"Mana satu?
"Perempuan yang pakai baju merah tu."
"Dia apa sakit?"
"Sayapun tak tahu. Dia tidak pernah cerita."
"Mana boleh tak tau. Awak dia punya driver kan?
"Betul saya tak tahu." 
"Dia sudah kawin ka?"
"Dulu. Sekarang tidak lagi."
"Cerai ka?
"Suami dia meninggal dunia."
"Ada anak ka?"
"Takde."
"Apa pasal dia tak kawin lagi?"
"Awak kena tanya dia sendiri."
"Lee Fooi Foon."
"Ok...misi sudah panggil. Saya pegi dulu...aaaa."
"Baik."

Sabtu, 29 Mei 2010

Hang Kata Apa Kat Depa?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Aku tak boleh terima langsung."

"Apa dia?"

"Hang tau. Depa mintak aku lower the passing mark subject aku supaya student aku dapat gred A."

"Abih... hang kata apa kat depa?"

"Aku kata no way. Let my student dapat gred B takpa tapi kat luak sana dia boleh beat student  yang dapat gred A. Aku malu kalau student aku yang dapat gred A tapi kalah dengan student gred B."

"Mmmm... pasai tu la hang susah sangat nak naik pangkat."

"Tak naik pangkat pun takpa la. Aku pun dah nak pencen."

"Ha... ha... ha...mai pekena lagi teh cina ni. Baguih jugak no..."

Rabu, 26 Mei 2010

Amir Putera mu berkata...

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Ayahandaku,  berkat kelahiranmu juga berkat cintamu pada Mama   maka lahirlah pula aku  dapatlah aku menumpang hirup segar udara walau sementara  berkat izinNya Yang Maha Esa maka kita berdua saling ada di sini  apa yang dinanti apa yang menanti  itu sudah tentu ada dan pasti  kita wajib terus mengorak makna dan erti  suatu hari nanti andainya jiwa kerdilku ini bertuah  dipilih untuk terkorban laksana Hussein maka dikaulah umpama Ali ayahandaku  aku harap Mama 'kan sudi menjadi Fatimahku adik-adik biarlah menjadi Hassan, Zaynab dan juga Abbas untuk kesepianku  jiwa kita biarlah jadi korban demi sucinya Muhammad wa ali Muhammad  sejak mula aku kenal dunia  kita adalah isi rumahmu yang tersendiri walau mana hala yang dituju  aku mohon berat padaNya agar kita terus bersama hingga akhirnya  dibangkitkan semula duhai Maula-ku, perkenankanlah syafaatmu berkat izinNya untuk kesejahteraan ayahandaku  dialah azimat kewujudanku dialah mentari yang menumbuhkan aku  tanpa benih cintanya, tiadalah aku menjadi pencintaMu.    Selamat Hari Lahir ke 53 Semoga terus mekar dalam perjuangan dan makin dekat ke sisiNYA Yang Maha Esa  dari anakanda Amir Hamzah dan Rahayu serta cucunda Nur Fatimah @ Mawar Zahra'

Isnin, 24 Mei 2010

Dulu Jalan Kaki

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Kita tak boleh ikut cara lama."
"Sebab apa?"
"Dulu dan kini berbeza." 
"Tapi masalahnya sama."
"Betul aku tak nafikan."
"Aku tak nampak jalan."
"Dulu pergi sekolah kita jalan kaki kan?"
"Betul."
"Jauh sikit kita naik basikal."
"Betul."
"Tapi kini, kita tak boleh lepaskan anak kita berjalan kaki lagi."
"Sebab apa?"
"Bahaya. Kenderaan bertambah. Jenayah bertambah."
"Habis tu?"
"Jadi kita kena guna bas sekolah."
"Kalau bas sekolah takde?"
"Kita kena hantar dan ambil sendiri."
"Mana sempat."
"Kita beli kereta dan pakai pemandu."
"Apa kaitannya dengan projek?
"Kita kena rancang cara yang terbaik."
"Terbaik macamana?"
"Selamat dan untung kepada semua pihak."
"Bagaimana?"
"Bila boleh jumpa?"
"Rabu malam Khamis ni. "
"Kat mana?"
"Haji Tapah."

Sabtu, 22 Mei 2010

Tak Seindah Wajah

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Tak Seindah Wajah?