Isnin, 24 Mei 2010

Dulu Jalan Kaki

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Kita tak boleh ikut cara lama."
"Sebab apa?"
"Dulu dan kini berbeza." 
"Tapi masalahnya sama."
"Betul aku tak nafikan."
"Aku tak nampak jalan."
"Dulu pergi sekolah kita jalan kaki kan?"
"Betul."
"Jauh sikit kita naik basikal."
"Betul."
"Tapi kini, kita tak boleh lepaskan anak kita berjalan kaki lagi."
"Sebab apa?"
"Bahaya. Kenderaan bertambah. Jenayah bertambah."
"Habis tu?"
"Jadi kita kena guna bas sekolah."
"Kalau bas sekolah takde?"
"Kita kena hantar dan ambil sendiri."
"Mana sempat."
"Kita beli kereta dan pakai pemandu."
"Apa kaitannya dengan projek?
"Kita kena rancang cara yang terbaik."
"Terbaik macamana?"
"Selamat dan untung kepada semua pihak."
"Bagaimana?"
"Bila boleh jumpa?"
"Rabu malam Khamis ni. "
"Kat mana?"
"Haji Tapah."

2 ulasan:

  1. Ayahandaku,
    berkat kelahiranmu
    juga berkat cintamu pada Mama
    maka lahirlah pula aku
    dapatlah aku menumpang hirup segar udara walau sementara

    berkat izinNya Yang Maha Esa
    maka kita berdua
    saling ada di sini
    apa yang dinanti
    apa yang menanti
    itu sudah tentu ada dan pasti
    kita wajib terus mengorak makna dan erti

    suatu hari nanti
    andainya jiwa kerdilku ini bertuah
    dipilih untuk terkorban laksana Hussein
    maka dikaulah umpama Ali ayahandaku
    aku harap Mama 'kan sudi menjadi Fatimahku
    adik-adik biarlah menjadi Hassan, Zaynab dan juga Abbas untuk kesepianku

    jiwa kita biarlah jadi korban demi sucinya Muhammad wa ali Muhammad

    sejak mula aku kenal dunia
    kita adalah isi rumahmu yang tersendiri
    walau mana hala yang dituju
    aku mohon berat padaNya
    agar kita terus bersama
    hingga akhirnya dibangkitkan semula

    duhai Maula-ku, perkenankanlah syafaatmu
    berkat izinNya untuk kesejahteraan ayahandaku
    dialah azimat kewujudanku
    dialah mentari yang menumbuhkan aku
    tanpa benih cintanya, tiadalah aku menjadi pencintaMu

    Selamat Hari Lahir ke 53
    Semoga terus mekar dalam perjuangan
    dan makin dekat ke sisiNYA Yang Maha Esa

    dari anakanda Amir Hamzah dan Rahayu serta cucunda Nur Fatimah @ Mawar Zahra'

    BalasPadam
  2. Dulu kini dan selamanya
    adalah milik DIA
    Semalam hari ini kita di sini
    entahkan esok kita di sana
    hanya DIA Maha Tahu
    kita usahakan sahaja selagi mampu.

    Terima kasih buat kedua anakandaku
    Amir dan Ayu. Semoga Allah sentiasa
    melindungi hidup kalian.

    BalasPadam