Selasa, 18 Mei 2010

Awak Nak Makan?(1)

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


"Awak nak makan?"
"Tak nak. Tak lapar"
"Tak lapar? Dah dua hari awak tak makan. Takkan tak lapar. Makanlah sikit..."
"Tak nak."
"Saya ada masakkan bubur nasi dan sup sayur. Nak tak?"
"Awak tak dengar ke? Saya kata tak nak. Tak naklah...."
"Tak pe. Kalau awak teringin nak makan nanti panggil saya ye."
"Ye lah..."
-------------------------------
"Macamana?"
"Macamana apa?"
"Ye lah keadaannya?
"Macam tu jugak. Merajuk. Tak nak makan."
"Mmm...kau jangan risau. Sehari dua lagi baik la tu.."
"Ntahlah...aku sendiri tak faham kenapa dia jadi begitu."
"Kau ada buat silap kot. Dia kecik hati."
"Tak taulah pulak. Mungkin jugak. Tapiii...dia buat perangai ni sejak aku balik dari Korea."
"Hah! Sah dia cemburu."
"Aku tak buat perkara yang tak senonoh  kat sana. Aku pergi pun kerana urusan rasmi syarikat. Dia pun tahu. Malah balik aku bawa ole-ole dari sana untuk dia lagi."
"Betul ke?"
"Kau macam dah tak kenal dengan aku pulak."
"Ye lah mana lah tahu...sambil-sambil...jalan pandang-pandang."
"Maaf ye...setakat ni aku masih boleh bertahan. Aku sentiasa mohon kepada Allah supaya melindungi aku."
"Betul... tu...?"
"Kau masih curiga kepada aku?"
"Aku nak ingatkan saja. Pokok pangkalnya kau sendiri. Ok dah sampaipun. Turunkan aku di depan tu."
"Dah siap ke kereta kau?"
"Bengkel call aku tadi. Tentu dah siap. Eh...pujuk dia. Tanya baik-baik."
"Tengoklah...esok kita jumpa. Aku beritau kau nanti."
"Jaga diri."
"OK!"
--------------------------------
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
"Dah makan."
"Dah."
"Makan apa."
"Makan hati."
"Eh...kita tanya baik-baik. Ke situ pulak peginya."
"Ye lah...makan hatilah...kita asyik kene tinggal je. Awak ke sana ke sini."
"Awak pun tahu. Saya pegi kerana urusan rasmi syarikat. Bukan suka-suka."
"Takkanlah tak boleh bawa kita sekali-sekali."
"Awak kene faham. Urusan peribadi tak boleh campur-aduk dengan urusan rasmi syarikat."
"Alaaa...orang lain tu boleh."
"Itu mereka. Bukan saya. Mmmm...begini. Bulan depan saya akan ke luar negara selama seminggu. Selepas saya balik,  kita pegi bercuti ke mana saje yang awak suka."
"Alang Sedayu."
"Alang Sedayu?"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan