Baru-baru ini aku mengalami sejenis penyakit mata dan menyebabkan aku tidak ke pejabat hampir sebulan. Menurut doktor mata, Dr. Latha, di HSAJB, mata kanan aku dijangkiti sejenis virus yang mengambil masa untuk sembuh. Mata menjadi merah dan kepala rasa teramatlah sakit bila melihat cahaya apatah lagi cahaya matahari. Penglihatan juga menjadi sedikit kabur.
Syukur, alhamdulillah penyakit mata aku ini kian beransur pulih. Setiap enam jam sekali aku perlu mengambil ubat - jenis air dan krim. Mujurlah ada yang sudi membantu.
Biasanya bila sudah mengalami penyakit macam ini barulah aku teringat macam-macam termasuklah hendak menjaga mata. Oleh itu untuk kebaikan bersama, marilah sama-sama kita berkongsi beberapa langkah untuk menjaga mata secara perubatan alternatif di sini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan