Isnin, 17 Oktober 2011

SAY NO TO COKE


PENJELASAN RINGKAS AL-HADIID AYAT 5

لَّهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ
Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (5)

Ayat kelima surah Al-Hadid ini  menjelaskan tentang sifat-sifat Allah, jika hujung ayat keempat wallahu bima ta’maluna basyir, maka ayat kelimanya Lahu mulku samaawaati wal ardli (milik Allahlah kekuasaan dilangit seluruhnya dan juga dibumi) segalanya itu milik Allah. Oleh kerana itulah Allah disebut juga Malikulmulki (pemilik seluruh kekuasaaan), dalam doa kita pagi dan petang Katakanlah: " Wahai Allah yang memiliki kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki..” sekalipun orang mempertahankannya kalau Allah ingin mencabutnya dia tidak akan dapat berbuat apa-apa. 

"Dan kepada Allahlah segala urusan itu dikembalikan"
Segalanya akan kembali kepada Allah termasuk kita, ketika Allah mengambil apa yang dimilikiNya itu yang kita tuntut sebagai miliki kita atau yang Allah pinjamkan kepada kita, maka diharuskan membaca kalimah isti’jal inalillahi wainnailahi raji’un di ayat ini dikatakan “dan kepada Allah segala hal itu dikembalikan” termasuk diri kita, makanya didalam surat Al Jumu’ah Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, Maka Sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". 


Oleh itu kita harus sedar jika Allah menginginkan milikNya  kembali,  kita hendaklah dengan redha melepaskannya, “Katakanlah siapa yang mahu meminjamkannya kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan menggantikannya” sedangkan yang dipinjamkan itu adalah milik Allah, tapi kasih sayangnya Allah jika  kita meminjamkan kepadaNya akan diganti dengan berlipat ganda tetapi namun begitu manusia tetap merasa berat kerana terkait dengan kehidupan duniawi  dan kenikmatan. Hendaknya pendekatan kita adalah bagaimana untuk menikmati bukan bagaimana harus memilikinya.

5398

KITA INI TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

 


A. Samad Said

5391

Sabtu, 15 Oktober 2011

ISTIHSAN

Catatan dibawah adalah petikan dari pelbagai sumber. Antaranya dari laman web seperti yang disenaraikan selepas catatan ini. Saya bukanlah ahli dalam bidang agama. Sekadar ingin berkongsi apa yang diperolehi melalui kembara maya saya sebelum ini. Mudah-mudahan perkongsian ini akan menambah ilmu kita bersama dalam melihat dan memahami keindahan Islam itu sendiri. 

 ---------------------------------------------------------------------------------------


Istihsan menurut bahasa adalah menganggap sesuatu itu baik sedangkan menurut istilah menurut ulama ushul adalah berpaling seorang mujtahid dari tuntutan qiyas yang jalli( Nyata) kepada tuntutan qiyas yang Kaffiy(samar), atau dari hukum Kulli (umum) kepada hukum yang istisnaiy (pengecualian) ada dalil yang menyebabkan mencela akalnya dan ada yang berpaling dari padanya.

Dari sudut bahasa juga, istihsan bermakna seperti mana firman Allah SWT bermakna memandang baik sesuatu atau mencari yang lebih baik untuk diikuti. (Az-Zumar : 17)

Istihsan dari segi istilah menurut ahli hukum dibahagikan kepada dua makna iaitu:

1. Menggunakan ijtihad dan segala buah fikiran dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan syara’. Contohnya hukum mut’ah yang terdapat dalam firman Allah taala (Al-Baqarah:236). Mut’ah dalam ayat ini diukur mengikut keadaan suami, kaya atau miskin menurut makruf. 

2. Dalil yang menyaingi qias atau meninggalkan qias dan menetapkan apa yang lebih manfaat bagi manusia.


Para ulama hukum sependapat pada makna istihsan yang pertama. Imam Syafie menolak sumber istihsan telah berkata: “ saya memandang sebaiknya mut’ah itu tiga puluh dirham”.

Mengenai istihsan pada pengertian yang kedua, ulama hukum berselisih pendapat tentang boleh atau tidak menggunakannya kerana wujud pelbagai pendapat dalam mendefinisikannya. Perselisihan pendapat dalam mendefinisi istihsan wujud kerana pentakrifan ini muncul sesudah terjadi perdebatan yang hangat antara yang menggunakan istihsan dan yang menolaknya. 


Mereka yang menolak istihsan mengatakan bahawa istihsan itu ialah menetapkan suatu hukum berdasarkan hawa nafsu (syari’u bil hawa). Pihak yang menggunakan istihsan tidak langsung mengemukakan dalil-dalil yang membuktikan bahawasanya istihsan itu adalah suatu hujjah, tetapi mereka berusaha menerangkan hakikat istihsan yang sebenar, menyebabkan golongan yang menolaknya mengakui bahawa tidak ada istihsan yang diperselisihkan kecuali dalam beberapa masalah. 

Imam Syafi’i berkata, “Siapa yang berhujjah dengan istihsan berarti ia telah menetapkan sendiri hukum syara’ berdasarkan keinginan hawa nafsunya, sedang yang berhak menetapkan hukum syara’ hanyalah Allah SWT.” 

Dalam buku Risalah Ushuliyah karangan beliau, dinyatakan, “Perumpamaan orang yang melakukan istihsan adalah seperti orang yang melakukan shalat yang menghadap ke suatu arah yang menurut istihsan bahwa arah itu adalah arah Ka’bah, tanpa ada dalil yang diciptakan pembuat syara’ untuk menentukan arah Ka’bah itu.”

Namun kalau diteliti lebih dalam, ternyata pengertian istihsan menurut pendapat Madzhab Hanafi berbeda dari istihsan menurut pendapat Madzhab Syafi’i.

Menurut Madzhab Hanafi istihsan itu semacam qiyas, dilakukan karena ada suatu kepentingan, bukan berdasarkan hawa nafsu, sedang menurut Madzhab Syafi’i, istihsan itu timbul karena rasa kurang enak, kemudian pindah kepada rasa yang lebih enak.

Maka seandainya istihsan itu diperbincangkan dengan baik, kemudian ditetapkan pengertian yang disepakati, tentulah perbedaan pendapat itu dapat dikurangi. Karena itu asy-Syathibi dalam kitabnya Al-Muwâfaqât menyatakan, “orang yang menetapkan hukum berdasarkan istihsan tidak boleh berdasarkan rasa dan keinginannyya semata, akan tetapi haruslah berdasarkan hal-hal yang diketahui bahwa hukum itu sesuai dengan tujuan Allah SWT menciptakan syara’ dan sesuai pula dengan kaidah-kaidah syara’ yang umum.”

Dalam kitab Ibthalul Istihsan, Imam Syafie menerangkan dalil-dalil yang menegaskan bahawa para mufti tidak boleh berfatwa dengan istihsan, kerana kalau berfatwa dengan istihsan bererti dia telah menyimpang dari Al-Quran dan Sunnah, al-ijma dan qias. Dan bererti dia mengikuti pendapatnya sendiri.

Dalam masalah ini Daud Ibn Ali menyetujui pendapat Imam Syafie, sebagaimana ulama-ulama Hanbaliyah menyetujui fahaman Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Dalam kitab Risalah Al Ushul, Daud berkata:
“Sesungguhnya menetapkan sesuatu dengan qias tidak wajib, dan menggunakan istihsan tidak boleh”.

Sesungguhnya perbezaan pendapat antara Imam As Syafie dengan pihak yang menerima istihsan bukanlah dari segi penggunaan istilah istihsan. Kerana As Syafie sendiri menggunakan istilah-istilah itu seperti yang diterangkan oleh Al- Amidi dalam kitabnya Al-Ihkam.

Kalau demikian, perbezaan itu adalah kerana menurut pendapat As-Syafie bahawa istihsan yang dikehendaki golongan Hanafiah ialah menetapkan sesuatu berdasarkan akal biasa tanpa dalil, sebagai yang sering beliau dengar di masanya dari pengikut-pengikut Abu hanifah seperti Basyar Al- Miribi. Jika As-Syafie menolak istihsan dalam erti memandang baik sesuatu tanpa dalil, maka Imam Ahmad pun menolak suatu pernyataan ijmak tanpa ada dalil.

---------------------------------------------------------
** Mohon baca seterusnya dari laman web berikut :


1. http://islamwiki.blogspot.com/2009/01/istihsan.html#ixzz1apbhUopP

2. http://trimudilah.wordpress.com/2007/07/26/tentang-istihsan/
3. http://munawwarah.blogdrive.com/archive/37.html
4. http://albaruhiyy.wordpress.com/2008/08/12/memahami-istihsan/#_ftnref5
5. http://abulmiqdad.multiply.com/journal/item/7/Makalah-Istihsan_Sebagai_Metode_Istinbath
6. http://id.wikipedia.org/wiki/Istihsan
7. http://pustaka.abatasa.com/pustaka/detail/8/131/istihsan
8. http://muchad.com/dalil-syari-bag-i-istihsan.html
9. http://pwkpersis.wordpress.com/2008/03/22/istihsan-upaya-mencari-titik-temu-antara-ulama-hanafiyah-dan-ulama-syafiiyah/

5366

Khamis, 13 Oktober 2011

ILMU UNTUK GLAMOR ATAU UNTUK MENDIDIK

Seorang Profesor dari UTM telah menyatakan pandangan dan keluhannya mengenai keghairahan IPTA mengejar ranking kebelakangan ini. Ada baiknya kita baca dan hayati tulisan beliau di Malaysia Kini.

http://www.malaysiakini.com/letters/178248

Selasa, 11 Oktober 2011

Isnin, 10 Oktober 2011

Sabtu, 8 Oktober 2011

MUSIBAH

"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."(At-Taghabun:11).


“Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”   
(Al-Baqarah:155).

“Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagaimana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” 
(Surah al-Baqarah: 214)

"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." (At-Talaaq 65:7)

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”
 (HR Ibnu Majah)



5301/5307

Jumaat, 7 Oktober 2011

Selasa, 4 Oktober 2011

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA.



Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa salam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.


JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.



Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.


Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.


Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahiI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.



Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa salam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).


Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.


Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.



Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.



Sumber : Portal Mufti Terengganu

5251

Sabtu, 1 Oktober 2011

MAWAR ZAHRA


Mawar - Bt. Kikir N9 - 26 Nov 2011


5231

TANDA DAN MAKNA



Korang pikirlah sendiri...

 






Sumber : Tukar Tiub
Baca juga DI SINI

5227

Rabu, 28 September 2011

AKU MAHU PERGI JAUH 6

“Entahlah mana yang betul. Akupun tak tahu sepenuhnya.” katanya sambil melontarkan pandangan ke luar restoran. Aku juga turut menoleh ke luar. Kelihatan dari jauh dia yang aku tunggu berjalan perlahan dengan beg komputer kecil hitam tersandang di bahunya.


“Hah tu dia Pak Imam, kawan yang saya tunggu tu.”
“Yang mana?” Pak Imam bertanya kembali sambil meninjau ke luar dan memandang kepada aku semula.


“Itu yang pakai baju biru tu. Yang tengah berjalan ke mari tu.”


“Oh! Yang itu. Macam pernah jumpa je.” Pak Imam memberitahu aku.


Aku menunggu ketibaannya di meja sambil mengangkat tangan bagi memudahkannya mengecam di mana aku berada. Dia melihat aku dan terus menghampiri meja kami.


“Assalamualaikum”, dia memberi salam sambil menghulur tangan kepada aku kemudian kepada Pak Imam.


“Eh! Rasanya kita pernah berjumpa” ,dia berkata sambil tangannya masih memegang erat tangan Pak Imam. Aku kehairanan. Di mana pula mereka pernah berjumpa.


“Yelah…kalau tak salah masa kat Dewan Raya dulu. Masa kita sama-sama tolong mangsa banjir betul tak?” Pak Imam bertanya dengan senyum melebar hingga ke telinga sambil menanti kepastian.


“Emm..betullah tu. Lama kita tak jumpa.” Mereka berpelukkan. Mesra sungguh aku lihat. Aku gembira. Diapun kelihatan gembira. Pak Imam pun turut gembira. Aku seperti tiada bersama mereka. Maklumlah kenalan lama bertemu semula. Inilah dunia. Kecil sebenarnya.


“Apa khabar? Sihat?” dia terus bertanya kepada Pak Imam.
“Sihat. Awak yang nampak kurus sikit. Sakit ke?” Pak Imam lantas bertanya semula.


“Ah! Biasa jelah. Cuma kurang tidur sikit beberapa hari ini.” Dia berterus-terang sambil ketawa.


Pak Imam bangun. Minta diri kerana waktu maghrib sudah hampir dan mahu terus ke masjid di hujung jalan.


“Eh! Taufik nanti senang-senang datanglah ke rumah. Boleh kita sembang panjang-panjang. Amran tahu kat mana. Assalamualaikum!” Pak Imam berkata sambil bersalaman dengan dia dan aku. Lantas dia meninggalkan kami berdua.


“Eh! Amran mana kau kenal pak haji tu?”. Taufik bertanya sambil melambai tangan kepada pelayan restoran minta minuman.


“Jiran aku. Tapi setahu aku dia belum naik haji lagi.” Aku menjawab sambil menghirup minuman yang telah lama sejuk.


“Dah haji ke belum tu tak jadi soal. Tapi yang aku tahu dia tu bukan sembarangan orangnya.” Taufik membuka rahsia.


“Maksud kau?”, aku bertanya dengan rasa ingin tahu.


“Banyak ilmu dan pandai buat rawatan batin lagi.”


“Ia ke? Tak tahu pulak aku selama ini. Aku kenal dia sebagai imam kat masjid hujung jalan tu je. Bekas posmen dan sekarang ini buka warung di Pasar Peladang”, aku memberitahu Taufik. Taufik terus ketawa memandang aku.


“Amran…Amran…kau tak kenal lagi rupanya pak imam tu. Namanya Harunkan?”


“Harun? Bukanlah. Yang aku tahu orang panggil dia Imam Johan”, aku menerangkan kembali kepada Taufik.


“Ha..itulah kau Amran. Bukan main lagi kau nasihatkan aku tapi pak imam sendiripun kau tak tahu nama dia”, Taufik ketawa lagi sambil menyambung, “lain kali kau siasat dulu siapa pak imam tu.”


“Hah! Sudahlah Taufik. Kau nak jumpa aku ni apa hal?” Aku mengubah topik bagi mengelakkan Taufik terus mengketawakan aku. Sebenarnya aku memang tidak tahu nama sebenar pak imam itu.  Maklumlah aku pun baru tiga bulan berjiran dengannya. Dari mana Taufik tahu semua ini agak menghairankan aku. Setahu aku Taufik bukan ramai kawan rapat selain aku. Tetapi melihat dia begitu mesra dengan pak imam itu aku yakin mereka ada rahsia bersama. Ini yang membuatkan aku ingin tahu lebih lanjut tentang hubungan mereka.


“Apa kata kita pergi solat dulu. Lepas tu kita bincang”, Taufik bersuara mematikan lamunan aku.

5195

Selasa, 27 September 2011

AKBAJALIL

Dulu RUMPUT HIJAU. kemudian KAHAR. Terkini akbajalil


Kenapa ubah lagi nama blog? Emm...suka-suka bolehkan?

Walau apapun sebab ianya berubah, saya terus ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua yang masih setia berkunjung. 
PERUBAHAN ITU PENTING SEBENARNYA!!!
Sumber : IBNU HASYIM

MAKKAH AKAN JADI LAS VEGAS