Ahad, 12 September 2010

Datang dan Pergi

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

hari ini hari ketiga aidilfitri. aku masih bercuti di rumah ibu mertua di cheras. hafis anak kedua aku telah pulang ke skudai bersama kawannya tengahmalam tadi. esok dia bekerja. aku akan pulang pada hujung minggu ini kerana ada kenduri doa selamat menyambut cucu sulong.
pukul 4.00 pagi tadi aku terima sms memaklumkan tentang kembalinya azizi anak ustaz tamjes kastiran ke rahmatullah pada pukul 5.00 petang semalam. aku tidak rapat dengan arwah tetapi satu masa dulu aku pernah bekerjasama dengan ayahandanya dalam beberapa siri program motivasi staf sokongan. Melalui arwah sebelum ini aku dimaklumkan bahawa ayahandanya kini menjalani haemodialisis tiga kali seminggu. Inilah suratan takdir. yang muda kembali dahulu. Semoga roh arwah dihimpunkan bersama roh para solihin. amin.
pukul 8.30 pagi pula aku mendapat sms daripada azrul di jb memaklumkan tentang isterinya telah selamat melahirkan anaknya yang ketiga, seorang bayi perempuan. aku panjangkan smsnya kepada nizam dan nurul. ikut pekeliling terbaru azrul dapat cuti khas kerana isteri bersalin selama 7 hari.
(bersambung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan