Rabu, 8 September 2010

ERTI SEBENAR HARI RAYA 2

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Tidak keterlaluan jika dikatakan di kalangan kita umat Islam masih ada yang kurang faham erti sebenarnya sambutan hari raya. Bagi mereka ini sambutan hari raya ibarat seperti sambutan hari perayaan biasa cuma pada paginya ada solat sunat hari raya. Itu sahaja. Selebihnya selepas solat tanpa mendengar khutbah hariraya terus sahaja mereka ini meninggalkan masjid ataupun surau untuk berhariraya kononnya.
Pihak media selama ini berperanan besar mengelirukan sebahagian daripada kita khususnya umat Islam di negara ini. Hari raya digambarkan semata-mata sebagai hari untuk bersukaria dan melayan nafsu setelah sebulan berpuasa. Bercampur-baur pula dengan dengan hiburan murah yang melekakan dan menambah dosa melalui TV dan radio. Lalu terlalailah kita dari menghayati tujuan sebenar  kita berpuasa di sepanjang bulan Ramadhan yang bukan hanya setakat menahan nafsu, lapar dan dahaga semata-mata.
Fikiran kita semua termasuk generasi muda dikelabui dan disogokkan dengan pemikiran barat. Pemikiran songsang yang membawa kepada kemudaratan diri kita di dunia dan akhirat secara halus. Walau bagaimanapun, mujurlah masih ada golongan yang prihatin dan sensitif akan perkara sebegini. Contohnya baru-baru ini TV3 terpaksa meminta maaf  dan menarik balik siaran iklan hari raya kontroversi berunsur Kristian, Buddha dan Hindu setelah mendapat teguran dan kritikan keras dari individu dan masyarakat. (klik sini)

Baca lanjut mengenai ERTI SEBENAR HARI RAYA di SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan