Jumaat, 8 Oktober 2010

ALLAHYARHAM RAHIMI, AKU DAN KATIL NO.4

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Rahimi, duda anak tiga, saudara seusrahku telah kembali kerahmatullah pada pagi Isnin, 4 Oktober lalu dalam perjalanan ke tempat kerjanya Aku mendapat pesanan SMS mengenainya semasa sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor di Klinik ENT HSAJB pada pagi itu. 
Menurut Rosli yang secara kebetulan aku temui di wad kerana rawatan ibu jari kirinya yang cedera terkena mesin, besar kemungkinan allahyarham diserang sawan ketika menonggang motosikalnya untuk ke tempat kerja. Menurut Rosli lagi allahyarham memang mengidap penyakit sawan sejak dulu lagi.
Aku masuk wad tengahari itu untuk pembedahan kelenjar di leher kiri. Pada 9 Mac lalu aku telah menjalani pembedahan kelenjar di leher kanan. Ketika itu aku ditempatkan di Wad Barat 2, katil no. 4. Kali ini aku ditempatkan di wad yang sama dan katil yang sama. Pembedahan kali ini dibuat pada 5 Okt yang lalu. Bermula pukul 11.30 pagi aku dibawa ke bilik pembedahan dan dihantar kembali ke wad sekitar pukul 2.30 petang. Isteri dan anakku Wani menunggu diluar di sepanjang pembedahan dilakukan.
Alhamdulillah pembedahan kali ini berjalan lancar dan aku telah dibenarkan keluar wad pada hari Khamis, 7 Oktober dan diberi cuti sakit hingga 14 Oktober ini.
Petang tadi aku ke Klinik Maimunah untuk buat dresssing. Menurut doktor luka jahitan kering dan tidak membimbangkan. Maklum sajalah aku ini pengidap diabetes. Sebut pasal luka memang membimbangkan. Kini aku harus berpantang makan. Selain itu aku ini juga ada alahan terhadap makanan laut.

2 ulasan:

  1. Dari anakanda Amir Hamzah, Ayu dan putri kami Mawar.

    Salam ke atasmu, duhai ayahanda.

    Kami bertiga mendoakan semoga kesihatan dan kesejahteraan dirimu serta bonda sentiasa dipelihara oleh Allah SWT dan diiringi syafaatnya Baginda Rasulullah SAWW.

    Semoga ayahanda tidak dibimbangkan akan kesakitan di dunia, kerana kita tidak akan pernah mengenal erti sihat yang sejati jika tanpa pernah merasakan sakit.

    Anakanda sendiri belum tentu terjamin kesihatan fizikal atau mental ini bisa bertahan lama, hanya limpahan kurnia Allah SWT, syafaat para maksumin A.S. dan doa ayahanda serta bonda yang diharapkan dapat membantu kepincangan amal anakanda di dunia dan di akhirat nanti.

    Semoga kita semua dapat meraih keberkatan untuk berkumpul sekeluarga dan berbahagia di telaga Haudh kelak tanpa perlu berpisah lagi, insya-Allah. Di sana ada bahagia kekal yang sentiasa menanti buat para pencarinya.

    Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.

    BalasPadam
  2. Salam buat Anakanda sekeluarga. Mohon diberkahi Allah barang apa jua amalan baik anakanda selama ini.

    BalasPadam