Rabu, 13 Oktober 2010

Apa kata kalau kita...

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Eh...kau ada masa tak?"
"Sekejap bolehlah."
"Begini. Ada orang jumpa aku. Dia kata la ni dah ramai sangat staf baru tak hormat staf lama. Tak ikut peraturan kerja dan macam-macam lagi."
"Kau rasa betul ke apa yang dia cakapkan tu?"
"Betul. Kau lihat sekarang. Budak-budak baru langsung tak tahu nak ambil hati orang lama. Keluar pejabat ikut suka. Pergi tanpa pesan. Bila kita perlukan mereka, satu hal pulak nak cari keliling."
"Habis. Kau cadang nak buat apa?"
"Ingat tak dulu kita pernah buat KKB?"
"Berkesan ke?"
"Kita kena cuba?"
"Aku rasa pengurusan perlu tegas dalam hal disiplin. Peraturan kan dah ada. Laksanakan saja."
"Betul tapi bukankah elok kita beri mereka peluang untuk berubah dulu. Kalau langgar jugak barulah ambil tindakan."
"Banyak kursus dah dibuat. Yang penting pihak pengurusan perlu bersungguh untuk melaksanakan peraturan disiplin."
"Jadi kau tak setuju la jika kita buat kursus ala KKB kali ini?"
"Kita bincang dulu. Soalnya sekarang ikhlas ke kita nak buat ni?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan