Khamis, 8 September 2011

PETANG JUMAAT

Kenyataan Durjana Sang Penguasa
Inilah sifat orang kita. Rakyat Melayu terus buta hati. Malas membaca tetapi mahu senang segala, dengar sahaja kemudian terus percaya tanpa mahu mengkaji dan memeriksa.
Namun apabila datang satu suara membawa berita sebenar tentang satu peristiwa maka sipembawa berita itu pula dicerca tanpa diusul periksa berita yang dibawanya.
Hingga wakil Sang Penguasa itupun turut berdusta. Walhal sebelum ini dialah yang menulis pra-kata buku tentang perjuangan Mat Indera seperti yang ditunjukkan oleh sipembawa berita sebelumnya.
Inilah dia dasar Sang Penguasa. Lidah bercabang dua. Asal boleh sahaja biarpun tindakannya seperti menepuk air di dulang lagaknya.
Tetapi malangnya rakyat Melayu terus buta hati. Kebenaran dilihat sebagai batil dan batil dilihat sebagai kebenaran demi menjaga perut dan anak bini. Sampai bila rakyat Melayu harus begini berdiam diri dan pucat lesi apabila lidah Sang Penguasa terjelir durjana mahu memadam sejarah bangsa sendiri?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan