Jumaat, 7 Mei 2010

Surat Dari Kampung

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Jemput baca terus Surat Dari Kampung di SINI

Rabu, 5 Mei 2010

Mengenali Seseorang Itu Anugerah

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

Selasa, 4 Mei 2010

Apa Tanda Melayu (1)*

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


apa tanda melayu (1)*

apa tanda melayu jati
bersama islam hidup dan mati

apa tanda melayu jati
islam melekat di dalam hati

apa tanda melayu jati
dengan islam ia bersebati

apa tanda melayu bertuah
sebarang laku menurut sunnah

apa tanda melayu bertuah
hidup takwa kepada allah

apa tanda melayu bertuah
hidup mati bersama akidah

apa tanda melayu berakal
memeluk islam ia kekal

apa tanda melayu berakal
di dalam islam ia beramal

apa tanda melayu berakal
membela islam tahan dipenggal

apa tanda melayu pilihan
hidup mati dalam beriman

apa tanda melayu pilihan
taat setia menyembah tuhan

apa tanda melayu pilihan
di dalam islam tiada menyeman

apa tanda melayu bijak
memeluk islam tiada berganjak

apa tanda melayu bijak
membela islam tahan dipijak

apa tanda melayu bijak
di dalam islam beranak pinak

apa tanda melayu beradat
kepada allah dia beringat

apa tanda melayu beradat
mengingat allah tiada bertempat

apa tanda melayu beradat
terhadap islam hatinya lekat

Tuesday, May 04, 2010 _________________________________________

*Dipetik dari Blok Pokok Hujan linknya di SINI

Apa Dia Beri Penghormatan

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Kita sering disuruh memberi hormat terutamanya kepada orang yang lebih tua dan lebih berilmu serta  berpengalaman pula. Generasi muda dinasihatkan supaya jangan tidak hormat kepada generasi tua. Akan tetapi apa sebenarnya penghormatan itu? Kepada siapa sebenarnya penghormatan itu patut diberikan? Sila baca lanjut di SINI

EPF Buat Hal Lagi

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Anda seorang pencarum KWSP (EPF)? atau anda sekadar ahli yang sudah tidak mencarum lagi kerana anda telah memasuki skim berpencen? Walau apapun statusnya anda perlu baca lanjut di sini.

Ahad, 2 Mei 2010

Hari dan Bulan Bahagia?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Selamat-selamat, 1 Mei tarikh mengingat kemenangan kelas pekerja dalam perjuangan menuntut waktu kerja 8 jam.

bersama kelas pekerja membantah cukai GST. bersama kita membantah pembukaan pasaran ke arah pasaran kunun bebas.

pembukaan pasaran
tanpa hak-hak demokratik rakyatnya,
tanpa hak-hak asasi manusia,
tanpa kehakiman adil, hanya akan menjadikan Malaysia sepenuhnya ekonomi dunia ketiga - dengan pengurangan kelas menengah, dengan melebarnya jurang kekayaan miskin-kaya, dengan sumber alam semulajadi dikeruk, seperti misalnya, seperti yg pernah terjadi di Amerika Selatan, air hujanpun akan dicukai, diperas ke tangan-tangan kuasa besar dunia, ke poket syarikat-syarikat raksasa multi nasional (MNC).
Baca lanjut di sini

SAY NO TO GST

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Benarkah cukai GST akan menambah beban ekonomi kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah? Wajarkah cukai berkenaan dilaksanakan? Ketahuilah selanjutnya di SINI

Menerima Sumbangan Dari Non Muslim?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Soal : Bagaimana hukumnya menerima sumbangan dari non muslim untuk disumbangkan ke saudara kita sesama muslim? (Idham, Majene)

Jawab : Boleh hukumnya seorang muslim menerima sumbangan dari non muslim. Dalilnya adalah hadits-hadits yang menjelaskan bahwa Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dari non muslim.

Baca lanjut di sini

Jumaat, 30 April 2010

Malam Hari Bakar Gaharu

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Malam hari bakar gaharu
Semerbak baunya keluar pintu
Duduk berzikir lepas maghrib
Mata terpejam tidak berkelip

Mata terpejam tidak berkelip
Duduk berzikir lepas maghrib
Sambil mulut mengulum zikir
Hati terkenang otak berfikir

Hati terkenang otak berfikir
Sambil mulut mengulum zikir
Jiwa resah minta dibelai
Kasih sayang tersalah gadai

Kasih sayang tersalah gadai
Jiwa resah minta dibelai
Merajuk hati kepada DIA
Moga-moga rayuan diterimaNYA

Khamis, 22 April 2010

HARI INI HARI BUMI

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Ingat hari ini hari apa? HARI BUMI

Baca lanjut di sini

Rabu, 21 April 2010

Earth Day Awareness

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Selasa, 20 April 2010

Kisah Lama Untuk Di Ingat Kembali

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Kisah Lama Untuk Diingat Kembali

Jumaat, 16 April 2010

Janji Oh Janji

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Janji oh janji. Sering aku dendangkan ke dalam diri ini Aku berjanji kepada diri untuk berbuat baik setiap hari. Aku berjanji, kesilapan dan kesalahan akan sentiasa dibaiki. Aku berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Janji, janji dan janji. Aku berjanji itu dan ini. Samada dalam terang nyata mahupun secara sembunyi rahsia. Aku berjanji sentiasa.
Sering kali juga aku dendangkan janji itu kepada orang lain, hinggalah kepada orang yang aku sayangi. Sampai masanya aku terlupa juga. Bila sakit datang melanda, aku berjanji tidak mahu  makan ikut suka tetapi bila sudah sihat janji entah kemana. Aku berjanji akan berjimat semasa dalam susah. Bila  senang sedikit aku mula lupa daratan dan  bermewah-mewah.
Dalam masa sama ramai orang menagih janji yang aku taburi. Malangnya jarang yang dapat aku penuhi. Bila terlupa aku berjanji semula kepada mereka bahawa aku tidak akan lupa janji di lain kali.
Paling besar adalah janji aku kepada Allah dan Rasul. Aku berjanji dalam setiap solat. Aku ucapkan dua kalimah syahadah dalam setiap tahyat. Malangnya aku kerap kecundang di luar solat.
Mengapa harus jadi begini? Aku tanya kepada diri yang sering lupa ini. Adakah jalan untuk mengatasi? Aku mula sangsi lalu mereka aku tanyai. Kata mereka, setiap orang ada cara tersendiri. Yang penting kata mereka lagi, patuhilah perintah Allah dan Rasul supaya sentiasa dapat berada di atas landasan yang betul. Jika tidak nanti kata mereka lagi, janji itu akan memakan diri aku sendiri, di sini mahupun di sana nanti.


Selasa, 2 Mac 2010

PEKERJAAN YANG HALAL LAGI DIBERKATI

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


Dalam kehidupan kita seharian, kadangkala kita akan berdepan dengan pelbagai cabaran hidup dan masalah. Ini termasuk isu-isu yang berkaitan dengan kekeluargaan mahupun pekerjaan.
            Bagi mencari huraian, Islam mengajar kita untuk melihat dari sudut yang lebih luas, dan tidak hanya dari pandangan yang sempit.
            Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seorang sahabat, Abu Umamah ra, sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud : “Pada suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke masjid, lalu terserempak seorang sahabat yang dikenali sebagai Abu Umamah ra.
            Rasulullah SAW bersabda kepadanya : “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah : “Bebanan masalah dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah : “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacita dan melangsaikan hutangmu?” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah : (maksudnya) “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan kesusahan; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia.”
            Lihatlah,  dan fikirkanlah, walaupun Abu Umamah hanya menyatakan beliau sedang berdukacita, dan dalam keadaan berhutang, namun baginda Nabi SAW menunjukkan sebab-sebab sebenarnya, lebih dari sekadar masalah kewangan sahaja.
            Sebagai huraian, selain dari mengajar Abu Umamah berdoa, meminta perlindungan Allah dari rasa dukacita dan sedih, baginda SAW juga mengajar beliau supaya berlindung daripada sifat lemah dan malas, pengecut dan bakhil serta bebanan hutang dan penindasan manusia.
            Maka boleh kita fahami, bahawa kita perlu mencari huraian dan jalan keluar dari sudut yang lebih luas. Sebagai contoh, apabila seorang pekerja itu mendapati pendapatan yang diperolehinya tidak mencukupi. Maka perlu difikirkan dan dicari huraian apakah sebab berlaku sedemikian?
            Adakah ianya kerana kurang daya usaha dan ketidaksediaan bekerja lebih masa? Atau adakah kerana gaya kehidupan yang mewah sehingga perbelanjaan melebihi pendapatan yang diperolehi? Atau adakah kerana akibat kurang kemahiran?
            Setelah dikenalpasti puncanya, apakah langkah dan tindakan yang perlu kita lakukan? Tidakkah kita perlu meningkatkan kemahiran diri, merancang perbelanjaan dengan bijak, berusaha keras dan bersungguh-sungguh, dan juga terus berdoa kepada Allah?
            Selain dari berusaha keras untuk menambah pendapatan diri dan keluarga, kita juga perlu memastikan sumber pekerjaan kita bertepatan dengan apa yang dianjurkan Islam.
Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yaani halal) yang telah Kami berikan kepada kamu,  dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembahnya.” – Surah Al-Baqarah : 172
Berdasarkan ayat ini, terdapat dua panduan penting dalam mencari rezeki: pertama: perlu dipastikan hasil pekerjaan kita daripada sumber yang halal serta bersih, dan tidak daripada sumber yang haram seperti perjudian, arak dan sebagainya.
Ingatlah, perkara yang halal dan haram itu sudah jelas dan nyata dalam agama. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu telah nyata, dan haram juga telah nyata, dan di antara keduanya perkara-perkara yang samar dan tidak nyata.” Hadis riwayat Abu Daud.
Sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, kita perlu menyelidiki sumber rezeki yang kita perolehi. Jika tidak pasti kehalalannya, bertanyalah kepada pakar agama bagi mendapatkan kepastian. Janganlah berjudi. Janganlah memakan harta orang lain tanpa haq.
Kedua: Sikap amanah dan bertanggungjawab dalam pekerjaan. Iaitu tidak bersikap sambil lewa atau mencuri masa, dengan melakukan kerja-kerja lain yang tiada kena mengena dengan tugasan kerja harian.
Semoga dengan ini, kita berazam untuk mencapai ciri-ciri pekerja yang cemerlang.
Dengan ilmu pengetahuan, ketekunan, amanah, mentaliti positif, dan rela bekerja keras. Marilah kita pastikan suapan makanan bagi isteri dan anak-anak kita adalah halal, dan pakaian kita dan mereka juga yang halal, agar kehidupan keluarga kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah.

Petikan dari Ruangan Khutbah Jumaat,  Fikrah (Harakah) Bil.1517 12-14 Rabiul Awal 1431 / 26-28 Februari 2010

Selasa, 23 Februari 2010

Surah Al-Kafirun

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

 Marilah sama-sama kita menghayati dan mengamalkan firman Allah SWT dalam surah Al-Kafirun ini.

1. Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. 
3. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. 
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,  
5. dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. 
6. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".

Khamis, 11 Februari 2010

Dia Datang Tidak Tentu Masa

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Dia datang tidak tentu masa
tidak cepat dan tidak lambat
entah bila entah di mana
dia pasti datang menghambat

Malangnya...
ramai kita leka dan alpa
sebab hidup penuh suka
amanah Dia sering terlupa

Alasannya...
masa muda sibuk banyak kerja
tunggulah bila sudah tua
boleh qada' lama-lama

Sedihnya...
bila sudah tua
sakit sini sakit sana
lupa sini lupa sana
anak isteri entah di mana
bolehkah kita salahkan mereka
kenapa tidak ingatkan kita?

Desa Skudai
27 Safar 1431 / 11 Feb 2010

Isnin, 1 Februari 2010

Menyatakan Yang Hak

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Menyatakan yang hak. Mudah untuk diungkapkan. Sukar untuk merealisasikannya. Kita sentiasa disaran supaya menyatakan sesuatu dengan penuh kebenaran tanpa syarat. Benarkah ianya berlaku seperti itu. Berapa ramaikah di antara kita yang berani menyatakan sesuatu yang hak tanpa mengelak atau mencari alasan lain?

Ahad, 3 Januari 2010

MENGAPA MEMBUNUH CUCUNDA RASULULLAH

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Ada yang belum tahu. Ada yang baru tahu. Ada juga yang tahu tapi buat tidak tahu. Mujurlah ada segolongan yang tahu tanpa ragu-ragu mereka memberitahu. Menyebarluaskan sejarah yang perlu diketahui dan dihayati. Jika sekadar tahu tetapi tidak dihayati dan diambil tindakan, maka rugilah kita. Rugilah kita umat Islam yang lebih kenal sejarah orang lain dari sejarah Islam itu sendiri.
Agar ianya memberi manfaat kepada kita bersama, marilah sama-sama kita jelajahi dan hayati serta rancangkanlah amalannya selepas ini jika mahu diri kita dikira sebagai umat penerus perjuangan Nabi Muhammad SAW. Klik Sini


Selasa, 15 Disember 2009

Jika Tidak Boleh Memuji Jangan Mengeji

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Sudah agak lama saya tidak bertemu dia. Apatah lagi menghadiri kuliahnya. Tadi malam dia datang lagi. Seperti biasa menyampaikan kuliah dua minggu sekalinya selepas maghrib di banglo milik seorang jutawan.
Selepas solat maghrib berjemaah dan para jemaah bersolat sunat, dia tampil menyampaikan kuliahnya seperti biasa dengan penuh bertenaga dan penuh ilmu. Kepetahannya berkuliah sambil menyelang-selikannya dengan jenaka ringkas penuh makna membuatkan para hadirin hilang rasa bosan dan rasa mengantuk.
Kuliahnya menggunakan kitab fiqh muktabar -  BM sebagai rujukan. Malam tadi kuliahnya dalam bab taharah membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan cara berwuduk yang sah. Sambil itu dia juga memberikan beberapa kaedah berdakwah yang betul. Antara panduan yang sangat saya ingati adalah - jika tidak boleh memuji jangan mengeji.

Mudah-mudahan para hadirin termasuk saya  yang menghadiri kuliahnya malam tadi mendapat rahmat dan redha daripada Allah jua hendaknya. Amiin...!!!




Selasa, 8 Disember 2009

SI PANDIR DAN SI LUNCAI

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

(Petikan artikel berjudul Agen Israel Kuasai Putrajaya? 3/3 dari PerakExpress.com)


Dukacitanya detik ‘hubungan rasmi’ Malaysia-Israel bermula apabila Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat empat mata dengan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Beirut ~ hanya 4 bulan selepas beliau dilantik sebagai menteri pertahanan dan menang sebagai Naib Presiden Umno. Beberapa hari sebelum itu, Zahid juga bertemu dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris.

Baca lanjut klik sini