Isnin, 31 Mei 2010

Israel Serang Kapal Bawa Bantuan Untuk Gaza

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Fikirlah sendiri. Pertimbangkanlah dengan akal waras kalian. Lihatlah betapa kejamnya Israel. Tanpa peri kemanusiaan telah mengarahkan tenteranyamenyerang kapal yang belayar dari Cyprus sedang menuju Gaza dengan membawa bantuan kemanusiaan.
Ikuti berita lanjut di sini

Tutup Aurat ke Fesyen?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Tutup aurat ke fesyen? 
Lihat lanjut di sini

Ahad, 30 Mei 2010

Apa Pasal Dia Tak Kawin Lagi?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Hello...boleh ambil saya di rumah sekarang?"
"Sebentar lagi saya datang. Puan"
"Cepat sikit. Saya nak ke klinik dulu sebelum ke pejabat."
"Baik. Puan."
------------------------------
"Kenapa lambat?"
"Jalan sesak. Ada kemalangan. Trailer langgar bus stop."
"Ada yang cedera?"
"Ada... tiga orang wanita."
"Masyaallah."
"Ok dah sampai pun. Awak tunggu sampai saya selesai."
"Baik. Puan."
---------------------------------
"Apa khabar,?"
"Baik. Awak mau jumpa doktor ka?
"Tidak. Saya tunggu bos saya jumpa doktor."
"Mana satu?
"Perempuan yang pakai baju merah tu."
"Dia apa sakit?"
"Sayapun tak tahu. Dia tidak pernah cerita."
"Mana boleh tak tau. Awak dia punya driver kan?
"Betul saya tak tahu." 
"Dia sudah kawin ka?"
"Dulu. Sekarang tidak lagi."
"Cerai ka?
"Suami dia meninggal dunia."
"Ada anak ka?"
"Takde."
"Apa pasal dia tak kawin lagi?"
"Awak kena tanya dia sendiri."
"Lee Fooi Foon."
"Ok...misi sudah panggil. Saya pegi dulu...aaaa."
"Baik."

Sabtu, 29 Mei 2010

Hang Kata Apa Kat Depa?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Aku tak boleh terima langsung."

"Apa dia?"

"Hang tau. Depa mintak aku lower the passing mark subject aku supaya student aku dapat gred A."

"Abih... hang kata apa kat depa?"

"Aku kata no way. Let my student dapat gred B takpa tapi kat luak sana dia boleh beat student  yang dapat gred A. Aku malu kalau student aku yang dapat gred A tapi kalah dengan student gred B."

"Mmmm... pasai tu la hang susah sangat nak naik pangkat."

"Tak naik pangkat pun takpa la. Aku pun dah nak pencen."

"Ha... ha... ha...mai pekena lagi teh cina ni. Baguih jugak no..."

Rabu, 26 Mei 2010

Amir Putera mu berkata...

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Ayahandaku,  berkat kelahiranmu juga berkat cintamu pada Mama   maka lahirlah pula aku  dapatlah aku menumpang hirup segar udara walau sementara  berkat izinNya Yang Maha Esa maka kita berdua saling ada di sini  apa yang dinanti apa yang menanti  itu sudah tentu ada dan pasti  kita wajib terus mengorak makna dan erti  suatu hari nanti andainya jiwa kerdilku ini bertuah  dipilih untuk terkorban laksana Hussein maka dikaulah umpama Ali ayahandaku  aku harap Mama 'kan sudi menjadi Fatimahku adik-adik biarlah menjadi Hassan, Zaynab dan juga Abbas untuk kesepianku  jiwa kita biarlah jadi korban demi sucinya Muhammad wa ali Muhammad  sejak mula aku kenal dunia  kita adalah isi rumahmu yang tersendiri walau mana hala yang dituju  aku mohon berat padaNya agar kita terus bersama hingga akhirnya  dibangkitkan semula duhai Maula-ku, perkenankanlah syafaatmu berkat izinNya untuk kesejahteraan ayahandaku  dialah azimat kewujudanku dialah mentari yang menumbuhkan aku  tanpa benih cintanya, tiadalah aku menjadi pencintaMu.    Selamat Hari Lahir ke 53 Semoga terus mekar dalam perjuangan dan makin dekat ke sisiNYA Yang Maha Esa  dari anakanda Amir Hamzah dan Rahayu serta cucunda Nur Fatimah @ Mawar Zahra'

Isnin, 24 Mei 2010

Dulu Jalan Kaki

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Kita tak boleh ikut cara lama."
"Sebab apa?"
"Dulu dan kini berbeza." 
"Tapi masalahnya sama."
"Betul aku tak nafikan."
"Aku tak nampak jalan."
"Dulu pergi sekolah kita jalan kaki kan?"
"Betul."
"Jauh sikit kita naik basikal."
"Betul."
"Tapi kini, kita tak boleh lepaskan anak kita berjalan kaki lagi."
"Sebab apa?"
"Bahaya. Kenderaan bertambah. Jenayah bertambah."
"Habis tu?"
"Jadi kita kena guna bas sekolah."
"Kalau bas sekolah takde?"
"Kita kena hantar dan ambil sendiri."
"Mana sempat."
"Kita beli kereta dan pakai pemandu."
"Apa kaitannya dengan projek?
"Kita kena rancang cara yang terbaik."
"Terbaik macamana?"
"Selamat dan untung kepada semua pihak."
"Bagaimana?"
"Bila boleh jumpa?"
"Rabu malam Khamis ni. "
"Kat mana?"
"Haji Tapah."

Sabtu, 22 Mei 2010

Tak Seindah Wajah

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Tak Seindah Wajah?

Brothers In Arms

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


"There'so many different worlds
So many different suns
And we have just one world
But we live in different ones....


seterusnya di SINI

Jumaat, 21 Mei 2010

Undi Pos - Senjata Makan Tuan

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

UNDI POS - SENJATA MAKAN TUAN

Selasa, 18 Mei 2010

Awak Nak Makan?(1)

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)


"Awak nak makan?"
"Tak nak. Tak lapar"
"Tak lapar? Dah dua hari awak tak makan. Takkan tak lapar. Makanlah sikit..."
"Tak nak."
"Saya ada masakkan bubur nasi dan sup sayur. Nak tak?"
"Awak tak dengar ke? Saya kata tak nak. Tak naklah...."
"Tak pe. Kalau awak teringin nak makan nanti panggil saya ye."
"Ye lah..."
-------------------------------
"Macamana?"
"Macamana apa?"
"Ye lah keadaannya?
"Macam tu jugak. Merajuk. Tak nak makan."
"Mmm...kau jangan risau. Sehari dua lagi baik la tu.."
"Ntahlah...aku sendiri tak faham kenapa dia jadi begitu."
"Kau ada buat silap kot. Dia kecik hati."
"Tak taulah pulak. Mungkin jugak. Tapiii...dia buat perangai ni sejak aku balik dari Korea."
"Hah! Sah dia cemburu."
"Aku tak buat perkara yang tak senonoh  kat sana. Aku pergi pun kerana urusan rasmi syarikat. Dia pun tahu. Malah balik aku bawa ole-ole dari sana untuk dia lagi."
"Betul ke?"
"Kau macam dah tak kenal dengan aku pulak."
"Ye lah mana lah tahu...sambil-sambil...jalan pandang-pandang."
"Maaf ye...setakat ni aku masih boleh bertahan. Aku sentiasa mohon kepada Allah supaya melindungi aku."
"Betul... tu...?"
"Kau masih curiga kepada aku?"
"Aku nak ingatkan saja. Pokok pangkalnya kau sendiri. Ok dah sampaipun. Turunkan aku di depan tu."
"Dah siap ke kereta kau?"
"Bengkel call aku tadi. Tentu dah siap. Eh...pujuk dia. Tanya baik-baik."
"Tengoklah...esok kita jumpa. Aku beritau kau nanti."
"Jaga diri."
"OK!"
--------------------------------
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
"Dah makan."
"Dah."
"Makan apa."
"Makan hati."
"Eh...kita tanya baik-baik. Ke situ pulak peginya."
"Ye lah...makan hatilah...kita asyik kene tinggal je. Awak ke sana ke sini."
"Awak pun tahu. Saya pegi kerana urusan rasmi syarikat. Bukan suka-suka."
"Takkanlah tak boleh bawa kita sekali-sekali."
"Awak kene faham. Urusan peribadi tak boleh campur-aduk dengan urusan rasmi syarikat."
"Alaaa...orang lain tu boleh."
"Itu mereka. Bukan saya. Mmmm...begini. Bulan depan saya akan ke luar negara selama seminggu. Selepas saya balik,  kita pegi bercuti ke mana saje yang awak suka."
"Alang Sedayu."
"Alang Sedayu?"



Isnin, 17 Mei 2010

YOU HELP ME, I HELP YOU

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

YOU HELP ME, I HELP YOU

Bila Sudah Sakit Baru Mahu Ingat

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Baru-baru ini aku mengalami sejenis penyakit mata dan menyebabkan aku tidak ke pejabat hampir sebulan. Menurut doktor mata, Dr. Latha, di HSAJB,  mata kanan aku dijangkiti sejenis virus yang mengambil masa untuk sembuh. Mata menjadi merah dan kepala rasa teramatlah sakit bila melihat cahaya apatah lagi cahaya matahari. Penglihatan juga menjadi sedikit kabur. 

Syukur, alhamdulillah penyakit mata aku ini kian beransur pulih. Setiap enam jam sekali aku perlu mengambil ubat - jenis air dan krim. Mujurlah ada yang sudi membantu.  

Biasanya bila sudah mengalami penyakit macam ini barulah aku teringat macam-macam termasuklah hendak menjaga mata. Oleh itu untuk kebaikan bersama, marilah sama-sama kita berkongsi beberapa langkah untuk menjaga mata secara perubatan alternatif di sini.

SEBUAH ANTOLOGI BERISI REVOLUSI

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Apa kata SN A. Samad Said membicarakan Ingin Jadi Nasrallah karya Faisal Tehrani di Diskusi Tiga Penyair, 11 Mei 2010, ASWARA. Sila baca lanjut di sini

Ahad, 16 Mei 2010

Budak Sekolah Menyamar Pengundi Pos

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Budak sekolahpun boleh mengundi? Boleh... sebagai pengundi pos. Boleh saja...baca lanjut di SINI

Jumaat, 14 Mei 2010

Akhirnya Britain Ada PM Baru

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Akhirnya Britain ada PM baru. Baca lanjut di sini

Khamis, 13 Mei 2010

PENTING : Wanita OKU Hilang

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Seorang wanita OKU telah hilang dari rumahnya. Keluarganya sedang mencarinya.Untuk keterangan lanjut mengenainya sila baca terus di SINI

Ahad, 9 Mei 2010

Sehari Bersama Viva Palestina

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Sampai bila rakyat Palestin harus menderita? Mungkinkah apa yang berlaku di sana, akan berlaku di sini? Tiada siapa yang tahu. Walau bagaimana pun adalah amat wajar bagi kita menyumbangkan sedikit daripada apa yang kita ada untuk mereka, khususnya rakyat Palestin. Inilah sumbangan mereka yang peduli. Usaha mereka ini amat murni dan amat wajar kita bantu. Sila teruskan pembacaan lanjut di SINI

Sabtu, 8 Mei 2010

UiTM Akan Menempatkan Pakarnya Ke Serata Dunia?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

mungkin satu idea bagus dan mungkin juga tidak. baca dan fikirkanlah. sila baca lanjut di SINI

Siapa First Lady of Malaysia?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

First Lady of Malaysia, siapa? Aku dah tahu lama. Kepada yang belum tahu, sila terus baca di SINI

Keling Dapat Basikal...Turun Bukitpun Dikayuhnya

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Eh!...Eh! Betul ke ni? Nak tahu lebih lanjut baca di SINI