سُوۡرَةُ بنیٓ اسرآئیل / الإسرَاء
۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا (٢٣) وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا ( ٢٤
Surah Al-Isra' : Ayat 23 - 24
Dan
Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan
"Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan
hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. (24)