Rabu, 14 Ogos 2013

JANJI KITA











JANJI KITA

Dalam muhasabah kita di hujung hari
Ketika bersunyi menyendiri
Pernahkah kita bertanya kepada diri
Apakah amal kita menepati janji

Dulu
di alam roh di loh mahfuz
Kita telah sungguh-sungguh berjanji
Hanya kepada DIA YANG MAHA SUCI
kita tunduk patuh tanpa kompromi

Kini
Di alam dunia fana penuh cabar dan duga
Ranjau hidup menusuk rasa
Jujur ikhlas jadi bahan ketawa
Penat lelah tiada siapa ambil kira
Masihkah kita tetap setia
Kepada DIA YANG MAHA ESA
Masihkah kita mahu terus jadi hamba
Mengharap belas kasih keredhaanNYA

Di hujung hari ini
Kembalilah segera kita memujuk hati
Merenung jauh melihat ke dalam diri
Amal tindakan… kita teliti perhalusi
Silap salah diri cuba kita jauhi
Silap salah mereka cuba kita maafi
Janji kita marilah sama-sama ditunaikan
Semoga mendapat rahmat dari Tuhan.

AKBAJALIL
Holiday Villa Cherating - 6 Julai 2013