MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)
Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merana. Inilah dia satu-satunya pepatah Melayu yang menggambarkan penderitaan yang akan ditanggung oleh mereka yang bermulut celupar.
Islam amat mengambil berat tentang masalah bermulut celupar ini. Bagi saya, ia adalah satu penyakit. Ia bukan sahaja mendatangkan masalah biasa kepada pelakunya tetapi yang paling ditakuti adalah tergelincirnya akidah akibat keceluparan mulut sipelakunya.
Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki diri kita dan mohon kekuatan daripada Allah bagi menghindarkan kita dari tergolong sebagai orang yang bermulut celupar. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan