MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)
Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di sini. Maaf kerana sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Sebenarnya kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Paling menyedihkan saya adalah kembalinya ke rahmatullah sahabat saya Mohd Azman Yusof (Man Rojak) kerana serangan jantung pada 20 Oktober 2009 pukul 9.00 malam di HSAJB. Allahyarham juga adalah sahabat seperjuangan saya. Setiap pagi Ahad, malam Selasa dan malam Jumaat biasanya kami sering menghadiri kuliah pengajian agama bersama. Kini semuanya tinggal kenangan. Mudah-mudahan rohnya dihimpunkan bersama-sama roh para solihin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan