Jumaat, 29 Oktober 2010

AUTOIMMUNE DISORDERS

An autoimmune disorder* is a condition that occurs when the immune system mistakenly attacks and destroys healthy body tissue. There are more than 80 different types of autoimmune disorders.
READ MORE

*Hasil kajian doktor pakar baru-baru ini menunjukkan bahawa berkemungkinan aku mengalami Autoimmune Disorders. Hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang sesuatu. Daripada Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan.

Rabu, 27 Oktober 2010

ETP - Eskrem Tanpa Pengawet

Apa itu Eskrem Tanpa Pengawet...baca lanjut di sini
dan baca juga di sini

Staf Bahagian Keselamatan Kembali Ke Rahmatullah



Dimaklumkan bahawa seorang Penolong Pegawai Keselamatan Kanan iaitu En. Nasruddin bin Zakaria dari Bahagian Keselamatan, Pej. Pendaftar UTM Johor Bahru telah kembali ke rahmatullah pada 27 Oktober 2010, jam 12.30 malam. Al-Fatihah... *

Sumber : Pej. Pendaftar, UTM JB (27 Oktober 2010)

Ahad, 24 Oktober 2010

INDAHNYA HIDUP BERSEDERHANA

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Kita tidak perlu bercita-cita membangun kota Jakarta, lebih baik kita bercita-cita tiap orang bisa membangun dirinya sendiri. Paling minimal punya daya tahan pribadi terlebih dahulu. Karenanya sebelum ia memperbaiki keluarga dan lingkungannya minimal dia mengetahui kekurangan dirinya. Jangan sampai kita tidak mengetahui kekurangan sendiri. Jangan sampai kita bersembunyi dibalik jas, dasi dan merk. Jangan sampai kita tidak mempunyai diri kita sendiri. Jadi target awal dari pertemuan kita adalah membuat kita berani jujur kepada diri sendiri. Mengapa demikian?
Sebab seorang bapak tidak bisa memperbaiki keluarganya, kalau ia tidak bisa memperbaiki dirinya sendiri. Jangan mengharap memperbaiki keluarga kalau memperbaiki diri sendiri saja tidak bisa. Bagaimana berani memperbaiki diri, jika tidak mengetahui apa yang mesti diperbaiki.
Kita harus mengawali segalanya dengan egois dahulu, sebab kita tidak bisa memperbaiki orang lain kalau diri sendiri saja tidak terperbaiki. Seorang ustad akan terkesan omong kosong, jika ia berbicara tentang orang lain agar memperbaiki diri sedang ia sendiri tidak benar. Dalam bahasa Al-Qur’an, “Sangat besar kemurkaan Allah terhadap orang berkata yang tidak diperbuatnya”.
Mudah-mudahan seorang ibu yang tersentuh mulai mengajak suaminya. Seorang anak mengajak orang tuanya, di kantor seorang bos yang berusaha memperbaiki diri diperhatikan oleh bawahannya dan membuat mereka tersentuh. Seorang kakek dilihat oleh cucunya kemudian tersentuh.
Mudah-mudahan dengan kegigihan memperbaiki diri nantinya daya tahan rumah mulai membaik. Kalau sudah daya tahan rumah membaik insyaAllah, kita bisa berbuat banyak untuk bangsa kita ini. Mudah-mudahan nanti setiap rumah tangga visinya tentang hidup ini menjadi baik.
Tahap selanjutnya adalah mau dibawa kemana rumah tangga kita ini, apakah mau bermewah-mewahan, mau pamer bangunan dan kendaraan atau rumah tangga kita ini adalah rumah tangga yang punya kepribadian yang nantinya akan menjadi nyaman. Jangan sampai rumah tangga kita ini menjadi rumah tangga yang hubuddunya, karena semua penyakit akarnya dari cinta dunia ini. Orang sekarang menyebutnya materialistis.

Baca lanjut di sini

SIFAT MALU YANG MULIA

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Manusia akan hidup dalam kebaikan selama rasa malu masih terpelihara, sebagaimana dahan akan tetap segar selama masih terbungkus kulitnya. Secara kodrat, kaum wanita sangat beruntung, dianugrahi fitrah penciptaannya  dengan rasa malu yang lebih dominan dibandingkan dengan pria. Namun, ironisnya, kini banyak sekali wanita yang justru merasa malu mempunyai sifat malu dan berusaha mencampakkan jauh-jauh sifat mulia dan terpuji itu. Sehingga, terlalu banyak kita jumpai saat ini kaum wanita yang lebih tidak tahu malu daripada laki-laki.

Baca lanjut di sini

Sabtu, 23 Oktober 2010

BILA UJIAN DATANG MELANDA

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Ujian Allah SWT datang dalam pelbagai bentuk. Samada dalam bentuk kesenangan  mahupun kesusahan. Cuma kita sahaja yang tidak peka. Kepekaan itu pula bersandarkan kepada tahap ilmu yang ada dalam diri kita. Ilmu yang dapat membawa kita menghayati akan kebesaran dan kehebatan Allah dalam mencipta segala makhluk ciptaanNya. Sesungguhnya alam ini adalah guru bagi mereka yang peka dan benar-benar mahu menghayatinya.
Baca lanjut di SINI

Jumaat, 22 Oktober 2010

MELAYU BEBAS MERDEKA

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Benarkah Melayu telah bebas dan merdeka? Baca sini dan sini

MEMO TAUBAT BUAT ROSMAH

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Baca lanjut di SINI

Selasa, 19 Oktober 2010

READ SOMETHING FOR FUN

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Read something for fun. Read more

Ahad, 17 Oktober 2010

YUNUS LEBAI ALI (1951-2010)

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Pejuang PLO yang tidak aku kenali sebelum ini...ikuti secebis kisah silamnya di SINI dan di SINI. 


Dan juga di SINI

JIHAD MENENTANG HAWA NAFSU

" Kita kembali daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar, iaitu jihad menentang hawa nafsu."

Masalah ini banyak disebut dan sering disebut ulama'-ulama' tasawwuf dan banyak orang keliru berhubung dengan hal ini. Adakah kita orang Islam terpaksa menentang hawa nafsu kita dahulu? Kemudian baru dapat kita menentang musuh yang lahir ini? Walaupun kita tidak dapat menafikan bahawa jihad menentang hawa nafsu itu adalah menjadi kewajipan kepada kita. Tetapi jihad menentang musuh juga menjadi kewajipan, di mana kewajipan dalam Islam ini seperti rantai jala yang tali-menali antara satu sama lain. Kita tidak boleh dahulukan yang mana dan kita tidak boleh kemudiankan yang mana, tetapi ianya hendaklah dilaksanakan dengan cara serentak. Sesungguhnya ulama'-ulama' Islam sendiri mempertikaikan hadith ini. Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar dalam "Tasdid al-Qul"  mengatakan : " Bahawa yang sebenarnya perkataan ini bukannya hadith, tetapi ini ialah perkataan Ibrahim bin Ablah", dan menurut al-Iraki yang mengtakhrij hadith, beliau mengatakan : "Bahawa hadith ini terlalu da'if." Dan kita janganlah menafikan bahawa jihad melawan hawa nafsu itu adalah sebahagian daripada jihad yang besar.

(Petikan dari Buku Islam: Fikrah, Harakah & Daulah oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj. 'Abdul Hadi bin Hj. Awang terbitan Dewan Pustaka Fajar, Tahun 2005, muka surat 313-314)

Rabu, 13 Oktober 2010

Apa kata kalau kita...

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

"Eh...kau ada masa tak?"
"Sekejap bolehlah."
"Begini. Ada orang jumpa aku. Dia kata la ni dah ramai sangat staf baru tak hormat staf lama. Tak ikut peraturan kerja dan macam-macam lagi."
"Kau rasa betul ke apa yang dia cakapkan tu?"
"Betul. Kau lihat sekarang. Budak-budak baru langsung tak tahu nak ambil hati orang lama. Keluar pejabat ikut suka. Pergi tanpa pesan. Bila kita perlukan mereka, satu hal pulak nak cari keliling."
"Habis. Kau cadang nak buat apa?"
"Ingat tak dulu kita pernah buat KKB?"
"Berkesan ke?"
"Kita kena cuba?"
"Aku rasa pengurusan perlu tegas dalam hal disiplin. Peraturan kan dah ada. Laksanakan saja."
"Betul tapi bukankah elok kita beri mereka peluang untuk berubah dulu. Kalau langgar jugak barulah ambil tindakan."
"Banyak kursus dah dibuat. Yang penting pihak pengurusan perlu bersungguh untuk melaksanakan peraturan disiplin."
"Jadi kau tak setuju la jika kita buat kursus ala KKB kali ini?"
"Kita bincang dulu. Soalnya sekarang ikhlas ke kita nak buat ni?"

Selasa, 12 Oktober 2010

BENARKAH GENERASI MELAYU ISLAM SEDANG RUNTUH?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Benarkah generasi Melayu Islam sedang mengalami keruntuhanan? Apakah tiada sebarang usaha untuk menyelamatkannya? Apakah kuasa politik dapat menyelamatkannya? Marilah sama-sama kita fikirkan, apakah tindakan kita selanjutnya?
Baca lanjut di sini

Jumaat, 8 Oktober 2010

ALLAHYARHAM RAHIMI, AKU DAN KATIL NO.4

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Rahimi, duda anak tiga, saudara seusrahku telah kembali kerahmatullah pada pagi Isnin, 4 Oktober lalu dalam perjalanan ke tempat kerjanya Aku mendapat pesanan SMS mengenainya semasa sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor di Klinik ENT HSAJB pada pagi itu. 
Menurut Rosli yang secara kebetulan aku temui di wad kerana rawatan ibu jari kirinya yang cedera terkena mesin, besar kemungkinan allahyarham diserang sawan ketika menonggang motosikalnya untuk ke tempat kerja. Menurut Rosli lagi allahyarham memang mengidap penyakit sawan sejak dulu lagi.
Aku masuk wad tengahari itu untuk pembedahan kelenjar di leher kiri. Pada 9 Mac lalu aku telah menjalani pembedahan kelenjar di leher kanan. Ketika itu aku ditempatkan di Wad Barat 2, katil no. 4. Kali ini aku ditempatkan di wad yang sama dan katil yang sama. Pembedahan kali ini dibuat pada 5 Okt yang lalu. Bermula pukul 11.30 pagi aku dibawa ke bilik pembedahan dan dihantar kembali ke wad sekitar pukul 2.30 petang. Isteri dan anakku Wani menunggu diluar di sepanjang pembedahan dilakukan.
Alhamdulillah pembedahan kali ini berjalan lancar dan aku telah dibenarkan keluar wad pada hari Khamis, 7 Oktober dan diberi cuti sakit hingga 14 Oktober ini.
Petang tadi aku ke Klinik Maimunah untuk buat dresssing. Menurut doktor luka jahitan kering dan tidak membimbangkan. Maklum sajalah aku ini pengidap diabetes. Sebut pasal luka memang membimbangkan. Kini aku harus berpantang makan. Selain itu aku ini juga ada alahan terhadap makanan laut.