Ramadan ini, Ramadan 1432 Hijri yang bakal tiba Isnin ini pastinya membawa rahmat kepada yang berfikir dan menyedari akan kehebatannya. Kepada yang lalai dan leka Ramadan ini tidak bererti sama sekali. Meskipun saban tahun kita sama-sama sering diingatkan betapa Ramadan ini penuh kelebihan dan barakahnya.
Ramadan, bulan di mana diturunkan Al-Quran,petunjuk kepada semua insan di dunia ini. Ramadan yang terkandung di dalamnya malam seribu bulan penuh barakah untuk ahli ibadah yang ikhlas mencari sejak dari mula. Ramadan, bulan di mana kita diminta memperbanyakkan sadaqah oleh Rasulullah SAWW, walaupun dengan sebiji tamar atau seteguk air kepada mereka yang berpuasa.
Dalam menjalani ibadah Ramadan ini, harus juga sama-sama kita mengembalikan ingatan kita kepada perjuangan Rasulullah SAWW dalam membawa risalah Islam yang hanya mentauhidkan Allah SWT. Kesusahan dan kesulitan Baginda bersama keluarga dan para sahabatnya ketika itu harus kita selami dan jadikan iktibar bagi meneruskan perjuangan hidup kita hari ini untuk melaksanakan amal makruf dan nahi mungkar.
Mudah-mudahan Allah SWT mengizinkan kita untuk sama-sama dapat menikmati kelebihan Ramadan kali ini dengan penuh syukur dan ikhlas.
** Di Ramadan ini juga, dalam masa yang sama, kita yang bebas lepas ini harus juga tidak melupai saudara kita yang masih terpenjara tanpa bicara di sana seperti lelaki itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan