Selasa, 30 Jun 2009

Bertawakal Kepada Allah SWT


Bertawakallah setelah berusaha. Bertawakal sahaja tanpa usaha bermakna kita tidak mengikut sunnah. Berusaha sahaja tanpa bertawakal pula bermakna kita belum lagi beriman kepada Allah SWT.
Bertawakal adalah menyandarkan hati kita sepenuhnya kepada Allah. Kita serahkan kepadaNya untuk menentukan setelah kita berusaha dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah.
Melakukan amalan tawakal bukanlah satu perkara mudah. Ia memerlukan kefahaman yang mendalam dan latihan berterusan. Kita sering melakukan suatu tugas dengan gigih dan berterusan. Ditambah pula dengan perancangan strategi yang diatur kononnnya untuk memudahkan pencapaian matlamat. Namun begitu, hasil yang diperolehi tidak menepati perancangan yang telah ditetapkan.
Kesalahan dan kesilapan sering kita tumpukan kepada gerak kerja yang tidak menepati masa atau kerjasama pasukan yang kurang mantap. Kurang kefahaman anggota terhadap tugas juga kerap dijadikan alasan kenapa hasil tidak memuaskan. Jarang sekali kita bertanya kepada diri kita sendiri. Sudahkah saya bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT?
Teruskanlah membaca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan