Isnin, 22 Jun 2009

Pencari Yang Keletihan

Kembaranya jauh
berjalan, duduk,
berjalan lagi,

duduk semula
tekaknya haus
tapak kasutnya juga haus
lantaran banyak berjalan
mencari cinta yang hilang

Pesan gurunya teruslah jadi pencari
jauhkan diri dari hanya menanti
jauhkan diri dari hanya diam sepi
sambil menadah tangan mohon restu ilahi
teruslah jadi pencari

Kini
Sukmanya letih dan keliru
Cinta yang hilang masih belum ditemui
Pencarian tetap diungguli
hingga bertemu hajat di hati
walaupun hingga ke akhir hayat nanti.


Desa Skudai
15 Jun 2009

2 ulasan:

  1. jangan bimbang tuan, memang begitulah kita. sentiasa mencari, sehinggalah kita bertemunya nanti.

    wallahu a'lam.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas komen tuan. Mudah-mudahan keletihan dan kekeliruan tidak menghalang misi pencarian itu.

    BalasPadam