Ahad, 13 Jun 2010

Mohd Radhi Mat Din berkata...

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Banyak masa , tenaga dan wang rakyat yang telah dicurahkan untuk mempertingkatkan kualiti bola sepak dinegara ini. Banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk tujuan ini. Malangnya pihak kerajaan sendiri telah meluluskan judi sukan bola sepak kononnya untuk mengatasi judi haram yang berleluasa di negara ini. Bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram disisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pulak yang di ubatnya. Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya. 

Mutu sukan bakal mengalami kemerosotan yang lebih serius selepas ini. Yang menjadi pertimbangan utama kepada penontong selepas ini bukan kualiti permainan tetapi untung atau rugi, kaya atau miskin, dapat duit atau tidak mereka. Sebenarnya Judi sukan bola sepak ini boleh dipecahkan kepada perbagai pertaruhan. Antaranya pertaruhan menentukan pasukan bertanding, minit jaringan pertama, penjaring gol pertama, pemain terbaik, pasukan yang menang, pasukan yang kalah dan macam-macam lagi. Semuanya akan dipertaruhkan. 

Peminat sukan bola sepak akan bertukar pemikiran mereka daripada mutu bola kepada judi bola. Apabila tumpuan rakyat Malaysia sudah bertukar maka permainan bola akan cuba di atur oleh proksi-proksi syarikat judi. Apa yang kita tonton bukanlah permainan bola sebenar tetapi lakonan permaian bola. Ini kerana semua pemain dan jurulatih telah disogokkan dengan sejumlah nilai wang untuk keuntungan pihak-pihak tertentu. Maka rasuah dalam bola sepak akan menjadi lebih serius. Jika projek masjid dan sekolah pun adanya rasuah. Inikan pula judi bola yang sudah tentu haramnya di sisi agama Islam.

Baca lanjut teks ucapan penuh beliau di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan