Ahad, 21 Ogos 2011

AZIZI ABDULLAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PAGI TADI

Salam takziah kepada keluarga allahyarham. Saya tidak mengenali allahyarham secara dekat. Namun melalui karya dan blognya saya mengetahui serba sedikit tentang beliau. Kegigihannya menulis walaupun telah berkurangan sejak beliau sakit, amat dihormati. Ketajaman pemikirannya merungkai pelbagai masalah dengan memberikan penyelesaian secara bersahaja begitu menarik perhatian saya.
Mudah-mudahan Allah menghimpunkan roh allahyarham bersama roh para solihin. Ameen.

Berita lanjut dari Blog Ibnu Hasyim

Blog Allahyarham Azizi  Hj. Abdullah di SINI
Salah sebuah karya Allahyarham : KEAKUAN. 
Catatan Blog : 4 Jumaat Dalam Penungguan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan