Hari ini 29 Ramadhan 1432 Hijri. Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya idulfitri bagi tahun 1432 Hijri. Masing-masing sedang sibuk membuat persiapan akhir menjelang hari raya ini. Ada yang sedang memasak rendang di dapur. Ada yang sedang menukar langsir baru di ruang tamu. Ada yang sedang membeli-belah keperluan masing-masing di saat-saat akhir. Itulah kemeriahannya menyambut hari raya bagi kebanyakkan orang.
Dalam kemeriahan itu, kita tidak harus lupa betapa ada insan lain mungkin saudara kita, sahabat kita, jiran kita yang kurang upaya ekonomi atau kurang upaya kesihatannya untuk menyambut hari raya kali ini. Kepada yang berkemampuan hulurkanlah bantuan sewajarnya. Mudah-mudahan mereka juga dapat menikmati suasana kemeriahan hari raya seperti kita. Ingat! Tunaikanlah zakat fitrah seperti yang difardhukan.
Di kesempatan ini, saya serta keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI dan memohon berbanyak MAAF ZAHIR DAN BATIN atas segala kesalahan dan kesilapan yang disedari mahu pun yang tidak disedari selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan