Ahad, 2 Ogos 2009

Jus Lidah Buaya (Aloe Vera)


Hari ini cuti. Petang selepas Asar teringat pula pokok lidah buaya (aloe vera) yang saya tanam dalam pasu sudah seminggu terlentok. Agaknya sudah terlalu tua (lupa bila saya menanamnya) dan batangnya pula sudah lemah dan daunnya semakin membesar dan memberat. Teringin pula mahu membuat jusnya. Sebelum ini saya pernah memasaknya tetapi yang sedihnya, saya seoranglah sahaja yang menghabiskannya. Isteri dan anak-anak tidak menggemarinya. Sedangkan setelah dimasak, ianya cukup untuk hidangan kepada 10 - 15 orang. Kali ini saya bercadang untuk memasaknya menurut resipi yang diberi oleh jiran saya berbangsa Cina dan mahu mengagih-agihkan kepada rakan-rakan di pejabat untuk mereka nikmatinya pula.
Menurut jiran saya itu, amalan meminum jus aloe vera ini boleh melambatkan proses penuaan. Awet muda lah tu. Saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun beberapa penyelidikan saintifik telah dilakukan di barat sebelum ini menunjukkan aloe vera ini banyak khasiatnya.



Bahannya
20 helai daun lidah buaya
1.5 liter air
400 gram gula batu (lump sugar)


Caranya
1. Daun lidah buaya kupas kulitnya (buang duri dan kulitnya yang rata sahaja)
2. Setelah dibasuh bersih keluarkan isinya menggunakan sudu makan.
3. Potong dadu dan bersihkan dengan sedikit garam halus kemudian toskan.
4. Masak air gula. Setelah mendidih masukkan isi (tanpa kulit) daun lidah buaya. Masak hingga mendidih selama 20 minit.
5. Sejukkan dan hidangkan terus untuk diminum atau boleh juga dicampur bes minuman (ikut rasa kegemaran masing-masing). Jika diminum tanpa perisa tambahan pun enak juga.

Khasiat Lidah Buaya (Aloe Vera)
Species : Aloe vera (Aloe barbadensis)
Aloe vera Benefits

Aloe vera is one of the only known natural vegetarian sources of Vitamin B12, and it contains many minerals vital to the growth process and healthy function of all the body's systems. Numerous studies worldwide indicate that aloe vera is a general tonic for the immune system, helping it to fight illness of all kinds. Various research studies are underway to explore the potential of aloe vera components to boost immunity and combat the HIV virus, and to treat certain types of cancer (particularly leukemia). It may even have a role to play in managing diabetes.
Over 200 worldwide scientific research papers have been published on the effects of Aloe vera. The three main categories of research include anti-inflammatory, anti- bacterial, and anti-viral actions of Aloe vera. The juice is said to soothe digestive tract irritations such as colitis, ulcers and irritable bowel syndrome. Aloe's ability to encourage the release of pepsin (a gastric juice enzyme necessary for digestion) when the stomach is full is a possible reason for its ulcer-healing effects (Journal of the American Osteopathic Society, 1963, vol.62). In one study, oral use of Aloe for six months helped mitigate asthma symptoms in almost half of the participants. Eleven of twenty-seven patients studied who drank Aloe reported feeling better at the end of the study. Researchers think that results might be due to stimulation of the immune system, as well as naturally occurring anti-inflammatory agents in Aloe vera.
Sila baca lanjut DI SINI dan DI SINI dan maklumat lanjut melalui link berikut :
1. Aloe Vera : Metos atau Ubat
2. Aloe Vera menurut Wikipedia
3. How To Extract Aloe Vera Juice
4. Lidah Buaya (Aloe Vera) Penghilang Jerawat (kemaskini 14/11/2012)

5 ulasan:

  1. mana2 lidah buaya pun boleh ke??sebab kat umah saya dah besar dah..asben bagi cadangan buat jus..nak try tapi cam takut lak..hmmm...

    BalasPadam
  2. Terima kasih puan. Saya tanam dan pernah buat jus adalah jenis seperti dalam gambar dipermulaan entri ini. Namun semasa menyediakannya hati-hati dengan getah dari kulitnya yang berwarna kuning dan kulitnya jangan tercampur sekali. Rasanya pahit dan boleh menyebabkan sakit perut.
    Jel Aloe Vera tidak rasa apa-apa cuma berbau maung sedikit. Semasa memasaknya boleh letak perasa ikut suka. Saya pernah cuba rasa pandan dengan memasukkan daun pandan semasa memasaknya. Rasa ros pun saya pernah cuba. Selamat mencuba.
    Kalau dah cuba nanti, beritahulah saya.

    BalasPadam
  3. as salam
    kat maner saya boleh dptkan aloevera yg jenis boleh makan.
    kat kg saya ada bayak tp tak tahu yang mana boleh makan.
    terima kasih

    BalasPadam
  4. WSalam,
    Saya beli benihnya dari nursery sama seperti dalam foto di atas. Kulitnya tidak boleh dimakan.

    BalasPadam