Dalam masa menerawang melayari internet malam ini, entah kenapa tiba-tiba aku teringat untuk meninjau kembali blog tinggalan Allahyarham Azizi Abdullah. Klik masuk. Aku cari label - cerpen. Kerana aku suka baca cerpennya sejak dari dulu. Setiap ayatnya penuh erti dan makna. Tidak sis-sia. Klik masuk. Terpampang cerpen Allahyarham yang pernah tersiar di Dewan Sastera terbitan Februari 2011 berjudul Tubuh Tanpa Aura.
Cerpen ini pernah aku baca sebelum ini. Tapi pembacaanku pada malam ini lebih teliti dari sebelumnya. Mencari erti dan makna lagaknya. Mungkin juga kerana isu-isu semasa. Isu Melayu tentunya. Walau apapun alasannya cerpen ini membawa erti dan makna kepada setiap pembacanya. Cubalah baca Tubuh Tanpa Aura karya Allahyarham Azizi Abdullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan