Sejak pertemuan kami petang itu, aku belum lagi bertemu dia. Aku tahu dia di mana tetapi sengaja aku tidak mahu ganggu dia. Biar dia tenang dulu. Suatu masa nanti aku pasti dia akan datang juga jumpa aku. Aku pasti sebab aku kenal dia siapa dan dia juga kenal siapa aku.
Kini telah hampir tiga bulan aku tidak jumpa dia. Telefonpun tidak. Aku sengaja tidak mahu telefon dia. Biar dia yang telefon aku. Biar dia tenang itu niat aku.
Peliknya kebelakangan ini aku pula yang teringin sangat mahu jumpa dan bercakap dengan dia. Entah apalah yang dibuatnya kini. Sihatkah dia. Sakitkah dia. Kepala aku ligat memikirkan dirinya. Pening jadinya. Aku seperti tidak sabar mahu tahu. Adakah aku akan mengalah. Atau biarkan sahaja dia dengan dunianya sendiri. Salahkah tindakan aku ini. Membiarkan dia begitu.Kenapa perlu aku menyalahkan diri sendiri. Bukankah ini semua adalah keputusan aku sebelum ini. Fikiran aku berkecamuk.
Semasa aku telefon ke pejabat dia pagi itu, aku dimaklumkan dia sudah berhenti kerja hampir dua bulan lalu. Kemana. Tiada siapa yang tahu. Hah! Aku bingung. Dia buat hal lagi. Kemana aku harus cari dia. Kepala aku ligat berfikir. Mesti ada jalan untuk aku menjejaki dia.
Aku ke rumah sewaannya. Malang. Sudah ada penyewa baru. Tanya. Penyewa baru pun tidak tahu dan tidak kenal dengan dia. Betul juga.
Aku ke rumah sewaannya. Malang. Sudah ada penyewa baru. Tanya. Penyewa baru pun tidak tahu dan tidak kenal dengan dia. Betul juga.
Tiba-tiba aku teringat pakciknya, adik emak dia yang aku pernah jumpa di kedai cuci kereta sekitar setahun lalu. Dia rapat dengan pakciknya ini. Mungkin adik emaknya yang ini boleh tolong aku. Tetapi di mana? Yang aku tahu rumah pakciknya itu di Cheras. Aku lupa pula alamatnya. Hah! Bengang aku dibuatnya.
Susah-susah biar dia sahaja yang hubungi aku. Kenapa aku pula yang sibuk mahu cari dia? Tetapi wajarkah tindakan aku ini. Aku yang cadangkan kepada dia beberapa cara untuk selesaikan masalah yang dia hadapi. Aku perlu tahu perkembangannya. Adakah cadangan aku itu dia turuti. Atau dia ada cara lain. Tetapi yang aku ingat semasa berjumpa dahulu, dia kata dia akan ikut cakap aku. Sejauh mana kebenaran kata-kata dia itu yang ingin aku tahu sekarang ini.
Aku semakin bingung. Dalam masa yang sama aku rasa simpati dengan nasib yang dia hadapi. Ditimpakan masalah sedemikian rupa. Apakah salah dia hingga dihukum sampai begitu sekali. Sukar untuk aku fahami.
5160
Tiada ulasan:
Catat Ulasan