Anda boleh memeriksa samada rumah anda diserang anai-anai atau tidak dengan melakukannya sendiri mengunakan dua peralatan asas iaitu lampu suluh dan pemutar skru kecil.
Namun jika anda tidak pasti bagaimana melakukan pemeriksaan mengenal pasti kehadiran anai-anai, anda boleh memanggil syarikat yang manjalankan perniagaan kawalan serangga untuk memeriksa rumah anda dan mendapatkan harga bagi mengawalnya.
Kebiasaannya syarikat perniagaan kawalan serangga akan menjalankan pemeriksaan rumah anda terhadap anai-anai secara percuma sahaja dan seterusnya mereka akan memberikan laporan samada rumah anda selamat dari serangan anai-anai atau tidak. Selanjutnya satu cadangan akan diberikan kepada anda berserta dengan harga untuk mengawal anai-anai di rumah anda.
Baca seterusnya
Baca juga di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan