Jumaat, 2 September 2011

AMANAH UTAMA SELAKU UMMAT ISLAM


Akhirnya saya menasihati diri saya sendiri, seluruh ummat Islam, pemimpin dan ulama' mereka, agar jangan sekali - kali  leka dan asyik diselimuti kedinginan penghawa dingin dibilik seminar atau pejabat masing - masing. Jangan alpa dengan persoalan - persoalan remeh yang hanya membincangkan soal doa mesti tadah tangan atau tidak ?  solat subuh kena baca qunut atau tidak ? Jangan hanya memikirkan soal kepentingan politik dan percaturannya sehingga isu melibatkan aqidah ummat Islam ini tidak lagi menjadi keutamaan dalam perjuangan mereka . Jangan hanya kerana memikirkan soal survival kuasa sehingga memejamkan mata terhadap isu yang melibatkan masa depan aqidah ummat Islam. 


Ingatlah, amanah utama selaku ummat Islam, pemimpin dan ulama' mereka ialah memelihara dan menegakkan Islam serta mengurus kehidupan [ekonomi, politik dan sosial] di dunia ini berdasarkan agama yang diwahyukan oleh Tuhan Yang Maha Mencipta. Justeru itu, laksanakan amanah tersebut sebelum kita semua dihitung nilai oleh Allah Rabbul Jalil di akhirat kelak.



Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Baca seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan