Ahad, 25 September 2011

AKU MAHU PERGI JAUH 4

Aku semakin bingung. Dalam masa yang sama aku rasa simpati dengan nasib yang dia hadapi. Ditimpakan masalah sedemikian rupa. Apakah salah dia hingga dihukum sampai begitu sekali. Sukar untuk aku fahami.

Dia ini sebenarnya bukan tidak cerdik. Sekolah asrama penuh dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Lepas tu masuk matriks. Kemudian masuk universiti mengaji ekonomi lagi.

Masalah dia ini yang aku nampak adalah kurang disiplin. Kurang cekal. Semua dia mahu cepat. Kurang sabar. Bila tidak dapat sesuatu yang dia mahu, dia cepat kecewa. 

Aku hairan juga. Masa aku kenal dia semasa kecil dulu dia seorang yang cekal dan ada disiplin. Jujur. Pernah emak dia suruh dia pergi kedai. Dia beli apa yang dipesan. Duit lebih dia pulangkan. Tetapi sejak dia bekerja perangai dia berubah. Urusan kewangan dia tidak teratur. Lebih hairan. Lulusan ekonomi tetapi ekonomi dia sendiri terbarai. Hampir setiap hujung bulan dia minta tolong aku. Bila aku tanya kenapa, dia tidak mahu jawab. Sebab kasihan aku bagi juga. Ada kala mahu juga aku protes untuk ajar dia tetapi aku tidak sampai hati pula untuk buat begitu kepada dia.

Mahu tidak mahu, sekarang ini aku kena cari dia juga. Di mana dan kenapa dia sembunyi dan lari daripada aku perlu dirungkai. Aku tahu dia dalam kesusahan. Jika tidak masakan dia buat hal seperti ini. Berhenti kerja tanpa beritahu aku. Selalunya akulah orang pertama yang akan dia beritahu jika dia ada masalah. Tetapi kenapa sekarang tidak. Inilah yang buatkan aku bingung. Adakah kerana aku ada salah cakap kepada dia tempoh hari.

Petang itu aku rasa aku cukup hati-hati. Ketika aku nasihatkan dia, aku tengok juga mood dia masa itu. Kelihatan seperti dia bersedia dan bersetuju dengan apa yang aku kata. Mungkin aku tersalah teka.  Mungkin juga dia salah faham dengan apa yang aku kata. Aku buntu.  Aku tidak tahu yang mana satu.


Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Jangkaan aku dia tidak pergi jauh. Mungkin masih ada di sekitar KL. Mungkin masa belum sampai untuk aku berjumpa dengan dia.

Aku ambil keputusan. Aku tidak mahu buang masa cari dia. Biar dia cari aku. Jika dia benar-benar masih perlukan aku pasti dia akan cari aku. Tetapi sampai bila aku harus menunggu. Aku bimbang tentang keselamatan dia. Aku kenal dia. Jika terdesak dia boleh buat pelbagai hal. Aku harap dia selamat.
5166

2 ulasan:

  1. To akbajalil,

    boleh saya tahu dia yang dalam cerita anda diatas adalah kawan lelaki atau kekasih anda ...?

    sherry

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi membaca. Dia tu kawan lelaki saya.

      Padam