Khamis, 22 September 2011

AKU MAHU PERGI JAUH 2

 ...Petang itu setelah mengambil sedikit masa, akhirnya dia bersuara sambil matanya tepat memandang aku. Mata aku juga tepat memandang matanya yang kelihatan sedikit berair.
Aku nak pergi jauh dari sini.
"Kau nak ke mana sebenarnya?" aku bertanya.
Dia diam. Dicapainya gelas minuman. Dia minum sedikit. Aku masih tertunggu-tunggu jawapan dari dia. Seperti biasa dia buat selamba sahaja.
"Aku mahu bebas. Aku tak mahu orang lain kacau aku lagi. Aku mahu lari dari dia orang tu semua." tiba-tiba dia bersuara agak lantang. 
Dua tiga orang pelanggan dalam restoran berpaling memandang ke arah meja kami di luar. Aku buat-buat seperti tidak melihat.

"Siapa kacau kau. Cuba kau bagitau dengan aku?" aku bertanya dengan agak perlahan untuk mententeramkan dia. 

Aku cuba yakinkan dia yang aku akan tolong dia. Aku kena tenangkan dia. Aku kena berhati-hati. Bukankah aku pernah cerita dia ini ada perangai yang pelik. Aku rasa ketika itu aku kena lebih sabar. Ini kes berat. Aku tidak boleh ambil enteng. Wajahnya kusut habis. Aku seperti dapat rasa dia ini sedang hadapi masalah besar. Besar lagu mana aku belum pasti. Tapi besar.
Tangan dia aku sentuh perlahan. Sambil mata aku pandang tepat ke wajahnya, aku bertanya lagi, "Siapa yang nak kacau kau. Cuba kau bagitau dengan aku. Mana tau aku boleh tolong?"    
"Susah kau nanti. Kau tak tahu masalah aku sebenarnya?" dia membalas.   
Aku menarik kerusi rapat ke meja. Aku mahu yakinkan dia yang aku sungguh-sungguh mahu membantu. Harap-harap dia yakin dengan aku kali ini. Sebelum ini memang susah.

"Kalau kau tak cerita habis manalah aku nak tahu." aku bersuara seperti mohon simpati.
Akhirnya aku bernasib agak baik petang itu. Entah mengapa dia  jadi begitu mudah untuk dijinakkan. Dia meluahkan perasannya. Satu persatu masalahnya dihuraikannya kepada aku. Akupun mulai faham. Aku beri dia beberapa cadangan untuk dicuba. Dia kata dia akan cuba. 

Sejak pertemuan kami petang itu, aku belum lagi bertemu dia. Aku tahu dia di mana tetapi sengaja aku tidak mahu ganggu dia. Biar dia tenang dulu. Suatu masa nanti aku pasti dia akan datang juga jumpa aku. Aku pasti sebab aku kenal dia siapa dan dia juga kenal siapa aku.

5150

Tiada ulasan:

Catat Ulasan