Selasa, 15 Disember 2009

Jika Tidak Boleh Memuji Jangan Mengeji

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Sudah agak lama saya tidak bertemu dia. Apatah lagi menghadiri kuliahnya. Tadi malam dia datang lagi. Seperti biasa menyampaikan kuliah dua minggu sekalinya selepas maghrib di banglo milik seorang jutawan.
Selepas solat maghrib berjemaah dan para jemaah bersolat sunat, dia tampil menyampaikan kuliahnya seperti biasa dengan penuh bertenaga dan penuh ilmu. Kepetahannya berkuliah sambil menyelang-selikannya dengan jenaka ringkas penuh makna membuatkan para hadirin hilang rasa bosan dan rasa mengantuk.
Kuliahnya menggunakan kitab fiqh muktabar -  BM sebagai rujukan. Malam tadi kuliahnya dalam bab taharah membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan cara berwuduk yang sah. Sambil itu dia juga memberikan beberapa kaedah berdakwah yang betul. Antara panduan yang sangat saya ingati adalah - jika tidak boleh memuji jangan mengeji.

Mudah-mudahan para hadirin termasuk saya  yang menghadiri kuliahnya malam tadi mendapat rahmat dan redha daripada Allah jua hendaknya. Amiin...!!!




Selasa, 8 Disember 2009

SI PANDIR DAN SI LUNCAI

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

(Petikan artikel berjudul Agen Israel Kuasai Putrajaya? 3/3 dari PerakExpress.com)


Dukacitanya detik ‘hubungan rasmi’ Malaysia-Israel bermula apabila Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat empat mata dengan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Beirut ~ hanya 4 bulan selepas beliau dilantik sebagai menteri pertahanan dan menang sebagai Naib Presiden Umno. Beberapa hari sebelum itu, Zahid juga bertemu dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris.

Baca lanjut klik sini

Rabu, 25 November 2009

Kita Ini Tetamu Senja*

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Kita datang ini sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya.
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan.
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
usahlah durhaka pula kepada Tuhan kepada insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempat
atau segera sesat puja darjat puja pangkat
segera kita insaf – kita ini punya kiblat,
segera kita ingat – kita ini punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh pada tugas
harus kita tegas sembah seluruh rasa belas.

Kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang sekali bawalah bakti padat berkat!

Utusan Zaman
13 November 1955

*Nota - Puisi Kita Ini Tetamu Senja karya A. Samad Said ini telah dijadikan lirik lagu oleh Kumpulan Kopratasa.

Isnin, 23 November 2009

GALAKAN BERPUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH NANTI serta SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1430H

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)



Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya

 

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.


2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.


Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.


3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)” .


4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.


5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).


6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.


8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.


9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.


10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN ZULHIJJAH 1430H

Khamis, 19 November 2009

Impian

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Kejarlah apa sahaja impianmu asalkan ianya tidak menyalahi hukum Allah !!!

Rabu, 18 November 2009

Sudah Terbit Single Pertama RpS - Keutamaan Selawat

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Revolusi Pembudayaan Selawat (RpS)atas kelahiran album single mereka - Keutamaan Selawat

Klik Sini untuk mengetahui tenaga penggerak kelahiran single berkenaan.

Isnin, 2 November 2009

Selamat Bertemu Kembali

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di sini. Maaf kerana sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Sebenarnya kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya. Paling menyedihkan saya adalah kembalinya ke rahmatullah sahabat saya Mohd Azman Yusof (Man Rojak) kerana serangan jantung pada 20 Oktober 2009 pukul 9.00 malam di HSAJB. Allahyarham juga adalah sahabat seperjuangan saya. Setiap pagi Ahad, malam Selasa dan malam Jumaat biasanya kami sering menghadiri kuliah pengajian agama bersama. Kini semuanya tinggal kenangan. Mudah-mudahan rohnya dihimpunkan bersama-sama roh para solihin.

Isnin, 12 Oktober 2009

Saya hadiri CT Scan Bengkak Kelenjar Hari Ini

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Hari ini saya sekali lagi ke HSAJB untuk menjalani CT Scan leher saya yang mengalami bengkak kelenjar - limfoma.
7.30 pagi - Bertolak dari rumah. Kereta banyak. Ada kemalangan jalanraya melibatkan beberapa buah motosikal di Pantai Lido. Pergerakkan trafik menjadi perlahan.
8.30 pagi - Sampai agak lewat. Parkir penuh baik di hadapan Poliklinik mahupun di hadapan Wad Kecemasan. Saya terus bergerak ke parkir berhampiran Wad Perempuan. Alhamdulillah masih ada banyak yang kosong. Setelah mengunci kereta saya berjalan kaki ke Klinik ENT di Blok Poliklinik untuk ambil keputusan ujian darah saya yang telah diambil pada 2 Oktober lalu.
8.45 pagi - Daftar di kaunter. No. giliran 26. Tidak lama kemudian no. saya dipanggil dan petugas kaunter menyerahkan keputusan ujian darah dan meminta saya terus ke Blok Jabatan Pengimejan untuk jalani CT Scan.
9.00 pagi - Daftar untuk CT Scan. Ambil no. giliran dan diminta menunggu di Bilik 7. Menunggu lagi sambil baca Berita Harian. Ada beberapa topik menarik di ruangan agama dan ruangan nasional (Insya-Allah saya akan buatkan linknya nanti)
9.30 pagi - Jururawat memanggil nama dan saya diminta menukar baju khas untuk CT Scan kemudian menunggu lagi. Mujur ada Berita Harian. Terisilah juga masa sambil membaca berita dan rencana.9.40 pagi - nama saya dipanggil lagi. Kali ini jururawat bertanya beberapa soalan tentang adakah saya berpuasa, ubat asma yang dibekalkan sebelum ini sudah dimakan ke belum dan mengenai alahan ubat dan makanan yang saya hadapi. Saya jawab sewajarnya. Kemudian dia memasang drip ditangan kiri saya. Katanya sebelum sesi CT Scan nanti saya akan disuntik dengan sejenis cecair - contrast.
9.50 pagi - saya dipanggil ke bilik Khas untuk jalani CT Scan. Berdebar juga rasanya - maklumlah sebelum ini saya tidak pernah menjalani ujian CT Scan. Masuk sahaja, petugas disitu bertanya lagi tentang penyakit asma saya, ubat sama sudah dimakankah atau belum, alahan dan saya berpuasa atau tidak. Saya jawab sewajarnya.
11.00 pagi - saya diminta berbaring di atas mesin scan dan petugas meminta saya supaya jangan menggerakkan kepala dan tangan. Sebentar kemudian petugas yang lain datang dan memaklumkan bahawa saya akan disuntik sedikit air dan dia minta saya memaklumkan kepadanya jika saya merasa sakit. Saya kata tidak rasa sakit. Setelah itu dia beritahu saya akan disuntik dengan cecair contrast. Setelah disuntik saya terasa cecair berkenaan mengalir dalam badan saya dan terasa cecair berkenaan terasa sedikit sejuk. Kemudian  saya diminta bertenang dan sekali lagi saya diingatkan supaya tidak menggerakkan kepala dan tangan serta tidak menelan air liur semasa diScan. Setelah itu mesin scan dihidupkan dan saya diminta menahan nafas sebentar. Setelah bahagian kepala hingga leher saya masuk ke terowong scan, saya dibenarkan bernafas semula seperti biasa. Semasa di dalam terowong scan, saya cuba bernafas perlahan bagi menggelakkan sebarang pergerakkan yang menggagalkan ujian CT Scan ini. Jika tidak saya akan kena menjalaninya sekali lagi. (Ada pesakit yang kena scan dua kali semasa saya sedang menunggu giliran pagi tadi dan ini amatlah tidak digalakkan menurut jururawat di situ kerana ujian Scan ini agak mahal juga biayanya)
11.15 pagi - Ujian CT Scan sayapun selesai. Saya mengalami sedikit rasa pening. Saya kemudiannya diminta berjumpa dengan jururawat yang memasang drip di tangan saya pada pagi tadi. Jururawat berkenaan meminta supaya saya berehat sebentar bagi menghilangkan rasa pening.
11.30 pagi - Saya berjumpa jururawat tadi dan beliau membuka drip sambil itu dia bertanya tentang kerja dan rumah saya. Saya maklum beliau sengaja buat begitu untuk menguji samada saya rasa pening saya telah hilang atau tidak. Setelah drip ditanggalkan dan menyalin baju saya semula, saya terus ke Klinik ENT bagi mendapatkan surat cuti sakit.
12.00 tengahari - setelah memperolehi surat cuti sakit saya terus ke kantin hospital untuk makan tengahari. Saya terasa sungguh lapar. Maklumlah kali terakhir saya makan jam 9.00 malam semalam. Setelah makan dengan bergayanya sampai empat jenis lauk, sayapun mengambil jalan pintas ke parkir kereta dan terus memandu pulang.

Rabu, 7 Oktober 2009

Cegah Mulut Celupar

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan merana. Inilah dia satu-satunya pepatah Melayu yang menggambarkan penderitaan yang akan ditanggung oleh mereka yang bermulut celupar.

Islam amat mengambil berat tentang masalah bermulut celupar ini. Bagi saya, ia adalah satu penyakit. Ia bukan sahaja mendatangkan masalah biasa kepada pelakunya tetapi yang paling ditakuti adalah tergelincirnya akidah akibat keceluparan mulut sipelakunya.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berusaha untuk memperbaiki diri kita dan mohon kekuatan daripada Allah bagi menghindarkan kita dari tergolong sebagai orang yang bermulut celupar. Insya-Allah.

Khamis, 1 Oktober 2009

Malaysia Telah Wujud Sejak 1937?

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Malaysia dikatakan telahpun wujud sejak 1937 lagi. Benarkah kenyataan itu. Jika mahu tahu lebih lanjut teruskan bacaan anda di sini. Selamat Membaca !!!

Selasa, 29 September 2009

Tuan Haji Kamari Telah Kembali Ke Rahmatullah

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Pagi ini saya bangun dalam keadaan badan terasa melayang. Kepala berat. Tengkuk rasa tegang. Hidung sedikit rasa tersumbat - selsema. Dada rasa sempit bila menarik nafas.

Walau apa pun, saya perlu hantar Athira ke sekolahnya pagi ini sepertimana pada pagi hari persekolahan yang lain. Dia balik sendiri menaiki bas. Dalam perjalanan Azmi SU surau menelefon saya beritahu Hj. Kamari telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.30 pagi tadi di hospital. Menurutnya Anuar - AJK Surau beritahu jenazahnya akan diuruskan pada pagi ini. Allahyarham mengidap sakit kencing manis. Seperti juga saya. Pemeriksaan terakhir saya dua bulan lalu bacaannnya adalah 12.50.

Selepas menghantar Athira, saya terus balik ke rumah. Badan rasa tidak bermaya. Berat badan turun sekitar 15 kg sejak sebulan lalu. Bengkak di bawah rahang masih terasa tetapi tidak membesar. Jumaat, 2 Oktober 2009 saya perlu ke klinik ENT HSAJB untuk ujian darah bagi persediaan CT Scan pada 12 Oktober nanti.

Sebentar tadi selepas sarapan dengan tiga keping roti dan dua biji telor serta secawan Nescafe, saya sms Along (Kerani Cuti) dan Yati (Kerani Jamuan dan Fail) beritahu saya akan klinik. Selepas itu telefon Rahim - Imam Surau untuk bincang tentang persiapan urusan jenazah dan beliau beritahu jenazah akan dikapankan di hospital dan akan dibawa balik ke rumah Allahyarham untuk upacara sembahyang jenazah dan kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kag. Melayu Kangkar Pulai. Semasa catatan ini di tulis, jenazah masih berada di hospital.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan roh para solihin.

Sabtu, 26 September 2009

Bendi Besar dan Terung Bulat

MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan (Al-Hadiid:5)

Sekembali dari majlis perkahwinan di rumah AS di KMKP tengahari tadi, saya singgah menjenguk sahabat lama MAY di TSP. Hajat hati mahu berhari-raya dan sembang-sembang sebab sudah lama tidak berjumpa. Mujur saya sampai awal sedikit. Dapatlah juga bertemu seketika. Kebetulan MAY dan isterinya sedang bersiap-siap untuk pergi berhari-raya ke BP bersama Kak Cu (adik Ipar MAY) dan Dino suaminya dengan menaiki Frontier milik Dino.

Kak Cu dan Dino saya kenali semasa saya bersama MAY terlibat sebagai fasilitator dalam Program Modal Insan anjuran MARA di UKM dan Lenggeng setahun yang lalu. Program ini dikendalikan oleh syarikat milik Kak Cu dan Dino.Pesertanya pula terdiri dari staf MARA dan anak syarikatnya serta para pelajar MRSM.

Aik!!! Sudah melalut pula...nih. Bila mahu cerita pasal bendi dan terung bulat? Baik... sekarang kita tukar topik. Kisah bendi dan terung bulat pula. Semasa mahu meninggalkan rumah MAY, saya terpandang pokok bendi dengan buahnya yang luar biasa besarnya. Dia kata pokok itu tumbuh sendiri. "Allah yang beri", katanya sambil senyum. Dia pun hairan bagaimana pokok itu boleh tumbuh sendiri dan menghasilkan buah yang luar biasa besarnya seperti itu. Menurutnya lagi dia bubuh baja sayuran biasa sahaja. Apa yang menarik perhatian saya adalah saiz buahnya hampir tiga kali ganda dari saiz bendi biasa. (sila rujuk foto - maaf visual kurang memuaskan) Saya belum pernah jumpa. Mungkin orang lain sudah pernah melihatnya. Jika ada sesiapa yang sudah ada pengalaman harap hubungi saya.

Selain bendi, MAY juga ada menanam terung bulat di hadapan rumah. Sebelum kami berpisah dia menghadiahkan saya tujuh biji terung bulat, sebiji bendi bersaiz besar dan sebiji bendi (saiz luar biasa) untuk dibuat benih. Terung bulat sedap dimasak kari.

Sebelum ini saya ada menanam beberapa pokok bendi tetapi buahnya biasa sahaja. Dengan biji benih yang diberi oleh MAY itu, saya akan cuba pula tanam sendiri. Mana tahu ada rezeki saya pula dapat bendi bersaiz luar biasa seperti di rumah MAY.

Ada orang kata bendi ini boleh mencegah penyakit kencing manis. Saya belum pasti. Sesiapa di luar sana ada maklumat lanjut tentang perkara ini sila maklum kepada saya. Mungkin ada kebenarannya.

Rabu, 23 September 2009

Benjol Bawah Rahang?

Dua hari sebelum hari raya (Jumaat - 18 Sept, 2009) saya buat pemeriksaan di klinik panel majikan. Doktor tidak dapat mengesahkan apa dan apa puncanya. Dia mengeluarkan surat dan syorkan supaya saya buat pemeriksaan lanjut di hospital.
Hari ini (Rabu - 23 Sept, 2009) saya ke Klinik Pesakit Luar HSAJB.
10.00 pagi - beratur ambil no. giliran (3242)
10.20 pagi - daftar di kaunter 3
11.30 pagi - jumpa Dr. Kavitha Kanesin - beliau bertanya bila mula terasa bengkak di bawah rahang. Saya kata saya terasa sudah sebulan yang lalu tetapi tidak membesar, tidak sakit ketika menelan makanan tetapi terasa sedikit keras. Beliau kemudiannya buat pemeriksaan luar untuk mengesan benjolan lain di bawah ketiak, di pangkal paha dan di bahagian bawah tengkuk. Selepas itu beliau membuat pemeriksaan bahagian dalam mulut. Akhirnya beliau mengsyorkan supaya kes ini dirujuk kepada doktor pakar ENT.
11.50 pagi - ke klinik pakar ENT (Jabatan Otorinolaringologi) - daftar (no. giliran 36) waktu itu hanya ada tiga orang sahaja pesakit di klinik berkenaan. Kemudian petugas kaunter minta saya datang semula pada jam 2.00 petang kerana doktor masih ada pesakit lain yang memerlukan pemeriksaan.
2.05 ptg - hadir semula ke klinik ENT
2.25 ptg - Berjumpa dengan Dr. Tan Poh Chien (bilik no. 3) dan beliau buat pemeriksaan luar kepada kedua-dua benjolan di bawah rahang. Kemudian beliau membuat pemeriksaan mulut dengan melakukan "scoop" yaani menekan kiri kanan di bahagian bawah lidah bertentangan dengan kawasan yang bengkak. Dr. bertanya adakah saya merasa sakit. Saya kata tidak. Kemudian beliau membuat pemeriksaan telinga. Selepas itu beliau meminta saya menunggu di bilik no. 6.
Di bilik ini saya diminta berbaring. Dr. Tan dengan dibantu oleh seorang Pembantu Perubatan memasukkan kamera mikro melalui hidung untuk memeriksa bahagian dalam hidung dan tekak. Terasa perit juga tetapi terpaksa menahan bagi membolehkan pemeriksaan dibuat dengan lancar. Selepas itu beliau memanggil Dr. Wong (seorang lagi doktor pakar ENT)untuk membuat pemeriksaan balas. Ujian dengan menggunakan kamera dan scoop sekali lagi dilakukan oleh Dr. Wong. Selepas itu mereka berbincang dan mengambil keputusan supaya pemeriksaan lanjut dibuat menggunakan CT Scan di bahagian leher saya. Sebelum keluar Dr. Tan meminta izin untuk mengambil sedikit tisu dari bahagian yang benjol untuk ujian makmal. Pedih juga rasanya tetapi sedikit dan terlalu pantas doktor itu melakukannya. Ikut kata Dr. Tan, keputusan ujian makmal akan diketahui dalam masa dua minggu.
Kemudian saya diminta hadir semula di bilik No. 3 (Bilik Dr. Tan Poh Chien). Saya diterangkan oleh Dr. Tan secara ringkas kaedah pemeriksaan menerusi CT Scan. Saya ditanya beberapa soalan tentang alahan, penyakit lain yang saya hidapi dan pernahkah saya menjalani pemeriksaan CT Scan sebelum ini. Saya menerangkan bahawa saya alah dengan makanan laut, menghidapi asma yang ringan dan diabetes. Saya kemudiannya diminta menandatangani surat keizinan pembedahan. Setelah itu saya diminta menunggu di luar bilik untuk arahan selanjutnya.
Setelah menunggu sekitar 5 minit, SN Lily datang membawa borang dan minta saya ke Jabatan Pengimejan Diagnostik untuk membuat tempahan temujanji ujian CT Scan. Saya kemudian pergi ke jabatan berkenaan yang terletak di Blok Teratai di belakang blok poliklinik. Setelah menunggu sekitar 5 minit saya dipanggil ke kaunter dan petugas di situ menyerahkan kembali borang berkenaan dengan tarikh temujanji CT Scan saya pada 12 Oktober 2009 jam 8.00 pagi. Oleh kerana saya mengidap asma, saya telah diminta untuk memakan 8 biji pil prednisolone jam 8.00 malam pada 11 Oktober 2009 dan seterusnya 8 biji lagi pada jam 6.00 pagi pada 12 Oktober 2009. Selain itu saya kena berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum jalani CT Scan tetapi boleh minum air.
Setelah itu saya pergi semula ke klinik ENT dan berjumpa semula dengan SN Lily. Dia menyuruh saya menunggu sebentar. Dr. Tan memanggil saya dan menerangkan bahawa saya perlu datang untuk ujian darah pada 2 Oktober 2009 jam 8.30 pagi dan menyerahkan slip ubat untuk ambil ubat di farmasi. Saya juga diminta datang untuk buat pemeriksaan semula selepas CT Scan pada 21 Oktober 2009 jam 10.30 pagi.
Mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi dan memudahkan segala urusan saya. Ameen.

Khamis, 17 September 2009

Erti Sebenar Hari Raya

Assalamualaikum, sebelum kita menyambut hari raya yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad depan ni (20 Sept, 2009) marilah sama kita hayati sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Saya juga ingin semohon maaf kepada semua jika terdapat salah dan silap saya lakukan, Selamat menyambut Hari Raya Aidifitri.
Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan:
1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya.
2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan
3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka
4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka
5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala

Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saa tmeninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari dia mengadap Allah Taala. Sekiranya kita tidak melakukan sebarang dosa pada sesuatu hari, itu adalah hari raya bagi kita. Kalaulah kita berusaha sungguh-sungguh menghindarkan diri melakukan sebarang dosa dengan menjauhi larangan Allah serta mematuhi segala perintah Allah, hari itu adalah sebenarnya hari yang harus dirayakan.
Saat menghembuskan nafas terakhir dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan juga termasuk dalam 'hari raya' yang dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. Saat sakratul-maut adalah masa yang paling genting bagi setiap individu. Kesakitannya yang amat sangat bukan saja menimpa jasad bahkan rohnya juga; seperti yang digambarkan oleh ulama kesakitannya lebih dahsyat daripada dipalu dengan 1000 pedang, atau digunting dengan beberapa gunting atau digergaji dengan beberapa gergaji. Malahan dikatakan saatsakrat adalah hari kiamat bagi si-mati.
Menurut Imam Ghazali kesusahan mati itu 3, pertama kesakitan sakrat, kedua kesusahan melihat kedatangan malaikatul-maut dengan mukanya yang amat bengis dan ketiga kesusahan jika dinampakkan tempat kediaman di neraka (jika ahli maksiat). Sudahlah tidak tertahan dengan kedahsyatan yang amat sangat, syaitan pula sibuk menangguk di air keruh. Di saat inilah diamenjalankan taktik dan strategi terakhir untuk menumpaskan kita. Hanya orang yang Allah tetapkan mati dalam husnul khatimah saja terlepas daritipu dayanya. Berjayanya kita di saat ini barulah kita dapat menikmatihari raya sebenarnya. Namun alam perkuburan merupakan alam yang penuh dengan peristiwa-peristiwa dahsyat. Bagi orang mukmin, ia merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sebaliknya bagi orang kafir, alam barzakh adalah satu pintu dari pintu neraka.
Hari Raya seterusnya adalah hari kita berjaya melepasi api neraka selepas merentas Titian Siratul Mustaqim. Sebelum menyeberang jambatan yang direntang di atas kawah neraka, setiap individu disoal dan ditimbang amalan baik dan jahatnya. Selesai dari segala perhitungan tersebut barulahdiperintah meniti Titian yang sangat tajam dan sangat halus ini. Orang yang mengikut jalan lurus semasa di dunia selamat menyeberang dengan kelajuan yang pantas. Malangnya mereka yang menyeleweng dari jalan lurus di dunia gagal dan jatuh ke dalam api neraka. Bayangkan betapa dahsyat dan ngerinya berada di jambatan yang di bawahnya terdapat lautan api yang sentiasa mengait sesiapa saja yang berdosa. Andainya terlepas dari tercebur ke neraka, barulah boleh kita berhariraya.
Hari kita masuk syurga adalah hari raya seterusnya bagi orang beriman. Terlepasnya dari neraka bermakna kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Syurga adalah tempat manusia pilihan. Penghuni-penguni syurga dengan muka yang berseri-seri diberikan kerajaan yang sangat luas dengan mahligai yang besar serta menikmati pelbagai juadah yang lazat-lazat. Pendeknya mereka beroleh segala kelazatan dan terhindar dari segala seksa. Inilah sebenarnya hari raya bagi orang mukmin.
Hari raya yang paling meggembirakan orang beriman ialah di saat memandang wajah Agung Ilahi. Inilah kenikmatan yang paling agung dan lazat sehingga terlupa kelazatan dan kenikmatan syurga. Ia merupakan puncak atau klimaks kenikmatan orang beriman. Memandangkan kita belum pun menempuh saat-saat di atas, sepatutnya kita berasa cemas dan berwaspada. Dalam masa kita bersuka ria menyambut hariraya ini, lintaskanlah di hati sanubari kita bahawa hari raya sebenarnya belum kita tempuhi lagi. Amat jauh terpesongnya budaya kita yang menyambut hariraya dengan maksiat seperti hiburan, nyanyian, tarian dan pelbagai kegilaan yang melupakan kita akan hari raya sebenarnya.
HariRaya Idilfitri hanya satu gambaran atau tamsilan bagi kita merenung bahawa Allah akan membalas dengan ganjaran baik jika berjaya melepasi rintangan hawa nafsu dan mengendalikan hidup mengikut cara yang Allah redhai. Mudah-mudahan hariraya yang kita hadapi ini tidak berakhir di sini saja, sama-samalah kita berdoa semoga ia berterusan sehinggalah kita berjaya melepasi sakratul-maut, titian siratul-mustaqim, menjadi penghuni syurga dan akhirnya mengadap zat Allah Taala di syurga kelak. Amin..
(entri ini diemelkan kepada saya oleh sahabat saya Sdra. Helmy. Mudah-mudahan ianya dapat menambahkan ilmu dan kefahaman kita tentang sambutan 'hari raya' yang sebenarnya menurut ajaran Islam.)

SMS Mereka Yang Balik Kampung 1

1. "*** Ktorg bru lpas sg. besi" - madihah 16 sept, 2009 17:36:10
Nota : Madihah adalah anakanda bongsu saya. pulang berhari-raya ke rumah neneknya di BTR Cheras, KL dengan menaiki kereta abangnya - Epit. Turut serta adalah Hafiz anakanda ke2 saya. Hafiz pada pagi itu telah menghadiri satu sesi temuduga jawatan. di ***

2 "Salam En. *****, apa khabar, dah sihat ke, sya dah cuti, dah kat seremban, apa pun d hari raya yg mulia ini, sya ingin mohon maaf jika ada salah dan silap terkasar bahasa spanjang sya di ***. OK - Fiza 17 sept, 2009 08:49:26

Rabu, 9 September 2009

Panduan Memilih Warna Sesuai Untuk Mengecat Rumah

Sering timbul masalah kepada sesetengah kita untuk memilih warna yang sesuai bagi mengecat rumah. Terutama apabila kita bercadang untuk menukar warna selain dari warna sediada. Tetapi kini tidak lagi. Cuba baca lanjut mengenainya DI SINI

10 OFFICE FAUX PAS

Adakalanya kita terlupa bahawa kita sedang berkongsi ruang kerja bersama orang lain yang mempunyai latar belakang, kesukaan dan kebiasaan yang berbeza dengan kita. Kita terlupa betapa kegemaran dan kebiasaan kita adakalanya menimbulkan rasa kurang senang kepada teman sepejabat. Untuk mengetahui apakah kebiasaan yang boleh menimbulkan masalah di tempat kerja bacalah selanjutnya DI SINI.

Sabtu, 5 September 2009

BAGAN PINANG - Data PRU12

N31 BAGAN PINANG (BN)
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%
1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)
Majoriti: 2,333*
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384
Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN) (Majoriti: 4,411 undi)*

*Perhatian - Jumlah majoriti BN merosot sekitar 2000

HATINYA UNTUK KITA




(puisi karya Sdra. Hishamudin Rais - diambil dari blog beliau Tukar Tiub)

kau perhatikan muka si ibu ini
apakah yang sedang mengharukan
apakah rumahnya telah diruntuhkan
apakah suaminya ditangkap polis tak ada khabar berita
apakah anaknya hilang entah ke mana

ibu ini dari kandahar
ibu ini dari kabul
ibu ini dari peshawar
ibu ini dari tak bai
ibu ini dari kampong buah pala
ibu ini dari kampong berembang
ibu ini dari tasek utara
ibu ini dari salvador

ibu ini adalah emak kita
ibu ini adalah pemilihara kita
ibu ini adalah bumi
ibu ini adalah alam semesta

ibu ini sedang bersedih
ayer matanya belum menitis
hatinya telah lama koyak
kau perhatikan mukanya
segala kegumbiraan telah melayang hilang

ibu ini sedang menangisi kita
ayer matanya belum menitis

titisan ayer matanya adalah gelombang
titisan ayer matanya adalah ribut
titisan ayer matanya akan melingkup bumi
titisan ayer matanya adalah ucapan terakhir untuk bumi manusia

oleh Hishamudin Rais - Jumaat 4 Sept, 2009

Terjemahan Surah Ali-Imran : Ayat 130-136

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. (130) Dan peliharalah diri kamu dari api Neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir. (131) Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. (132) Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (134) Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136)

Selasa, 1 September 2009

Hubungan Antara Solat dan Selawat

Sedia maklum antara solat dan selawat ke atas nabi Muhammad Rasulullah SAW sememangnya ada hubungannya. Malah tahyat jadi tidah sah jika tidak disertai dengan selawat. Solat itu adalah selawat. Maklumat lanjut teruskan pembacaan DI SINI

SELAWAT KEPADA RASULULLAH SAW

Selawat kepada Rasulullah SAW. Apakah hukumnya? Adakah nas mengenainya? Untuk maklumat lanjut sila rujuk DI SINI

Siapa Menghina ISLAM Sebenarnya?

Siapa yang menghina ISLAM sebenarnya?
Bacalah selanjutnya di sini
dan fikirlah sendiri siapa sebenarnya mereka ini.

Isnin, 31 Ogos 2009

Merdekakah Kita?

http://www.youtube.com/watch?v=2HHX4BUw8qA

PETANG YANG PERMAI

PETANG YANG PERMAI (1)
oleh Hishamudin Rais

tersenyumlah
pada petang yang indah

buka mata
dan nikmati hidup
sedut udara
rasakan sejuknya

ketika berjalan
rasakan nikmatnya
tapak kaki bergerak
tapak kaki bertemu aspal
tapak kaki mara ke depan

ketika berjalan
lihat kiri dan kanan
lihat rumput yang mati
lihat RUMPUT yang HIJAU
pandang betapa indahnya dunia ini

ketika berjalan
dengarkan siolan unggas
percikan ayer
dan gesekan buluh

betapa indahnya dunia ini
terima kaseh kerana sinar mu
wahai sang matahari
-------------------------------------------------
1. Petang Yang Permai - puisi dari blog Tukar Tiub oleh Sdra. Hishamudin Rais

Khamis, 27 Ogos 2009

Tazkirah - Surah Al-Anfaal : Ayat 2-4


Sekali lagi ustaz datang memberi tazkirah sebelum tarawih di surau. Kali ini beliau telah memilih Surah Al-Anfaal - Ayat 2-4. Surah ini adalah surah kelapan di dalam Al-Quran dan diturunkan di Madinah, mengandungi 75 ayat. Dinamakan surah "Al-Anfaal" (Harta Rampasan Perang) kerana pada surah ini diterangkan soal-soal yang berhubung dengan peperangan dan perdamaian.
Antara lain dalam tazkirahnya, ustaz menerangkan bahawa antara tanda-tanda orang beriman itu adalah mereka taat mengerjakan sembahyang dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka serta berdetik hati kecil mereka takutkan Allah SWT apabila disebutkan nama Allah SWT, disebutkan sifat-sifat Allah SWT dan diterangkan hukum-hukum Allah SWT. kepada mereka.
Mudah-mudahan Allah menjadikan kita orang yang sentiasa gementar kepada KekuasaanNya dan KebesaranNya serta istiqomah dalam mengikuti segala perintahNya dan hukum-hukumNya.



Al-Anfaal : Ayat 2
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebutkan nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

Al-Anfaal : Ayat 3
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

Al-Anfaal : Ayat 4
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan dapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

--------------------------------------------------------------------
1. Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Darul Fikir - Kuala Lumpur, Cetakan Kesebelas - Muharram 1421/April 2000, ms 401-402

Ahad, 23 Ogos 2009

Tazkirah - Al-Baqarah : Ayat 153-157

Seperti biasa sebelum solat sunat tarawih, surau di tempat saya menjemput para ustaz untuk menyampaikan tazkirah secara bergilir di sepanjang bulan Ramadan ini. Kandungan tazkirah biasanya berkaitan dengan ramadan dan amalan berpuasa. Dalam tazkirahnya malam ini ustaz menyentuh tentang pengajaran yang terkandung di dalam Surah Al-Baqarah ayat 153 – 157. yang ada kaitannya dengan ibadah berpuasa. Marilah sama-sama kita menghayati dan mengamalkan firman Allah SWT tersebut.

Terjemahan Surah Al-Baqarah (1) :

Ayat 153 – Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan perintah Tuhan) dengan bersabar dan mengerjakan sembahyang, kerana sesungguhnya Allah menolong orang-orang yang sabar.

Ayat 154 – Dan janganlah kamu mengatakan bahawa sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu: orang-orang mati, bahkan mereka itu orang-orang yang hidup dengan keadaan hidup yang istimewa, tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.

Ayat 155 – Demi sesungguhnya! Kami akanmenguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada musuh dan merasai kelaparan, dan dengan berlakunya kekurangan dari harta- benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Ayat 156 – Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Ayat 157 – Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatnya, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahnya.

-------------------------------------------------------------------
1. Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada pengertian Al-Quran, Darul Fikir - Kuala Lumpur, Tahun 2000, ms 59,60,61

Sabtu, 22 Ogos 2009

PERGI TAK KEMBALI

Kenangan buat Allahyarham Ust. Asri Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Ogos, 2009. Semoga rohnya dihimpunkan Allah bersama roh para solihin.

Pergi Tak Kembali adalah salah satu nasyid dendangan Allahyarham yang begitu menyentuh jiwa saya.

Sabtu, 15 Ogos 2009

KOPITIAM GHADIR - Ke Mana Selepas Ini?

Terkilan sungguh hati saya kerana tidak dapat sama menonton Kopitiam Ghadir di Wisma ITNM kerana kekangan program peribadi dan urusan tugas rasmi. Jika tiada penundaan tarikh tempoh hari, Insya-Allah mungkin saya akan turut sama menonton.
Sambutan orang ramai begitu menggalakkan sehingga pementasan tambahan akan diadakan pada jam 3.00 petang esok , Ahad, 16 Ogos 2009, demikian menurut anakanda Amir (1) yang menghubungi saya selepas zuhur tadi.
Secara peribadinya saya berpendapat, usaha dakwah secara memasjidkan seni dalam bentuk teater karya Faisal Tehrani ini perlu diperbanyakkan lagi bagi menangkis serangan pihak tertentu yang mahu memadamkan cahaya Islam di negara ini.
Walaupun usaha ini kelihatan jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan produksi teater atau konsert yang diusahakan oleh pihak tertentu, yang banyak membawa kemudaratan kepada umat Islam, terutamanya orang Melayu di negara ini tetapi ianya tidak harus dipandang sepi oleh semua pihak terutamanya golongan agamawan. Penerangan yang jelas mengenai kaedah berdakwah melalui teater seperti ini harus dibuat oleh golongan agamawan supaya tidak timbul kekeliruan terutamanya kepada golongan anak muda dan juga kepada pihak tertentu yang lebih bersifat peribadi dan kurang senang dengan produksi teater ini.
Pada saya, pendekatan dakwah menerusi teater seperti Kopitiam Ghadir ini adalah sesuatu yang perlu diterokai secara lebih mendalam lagi. Ianya harus memfokus kepada kelopok tertentu terutamanya anak-anak muda yang pada akhir-akhir ini ramai yang keliru dengan identiti dan budaya Islam yang sebenar. Kelompok anak muda yang mahu 'berhijrah' juga keliru kerana tiada pembimbing sebenar. Kalau adapun, pembimbingnya berada jauh dan tidak mahu memahami hati anak-anak muda seperti itu. Mesej yang disampaikan pun kebanyakkannya terlalu keras dan menghukum.
Teater Kopitiam Ghadir ini diharapkan akan membuka jalan dan menjadi 'jambatan hijrah' kepada sesiapa sahaja terutama golongan muda untuk mengenali dan menghayati serta mengamalkan risalah Islam yang sebenar. Risalah yang wahyukan oleh Allah SWT kepada Rasul PilhanNya Nabi Muhammad SAW.
---------------------------------------------------------
(1) - Amir adalah salah seorang pelakun dalam teater Kopitiam Ghadir karya dan arahan Faisal Tehrani. Kami merestui dan menggalakkan beliau terlibat dalam teater berbentuk dakwah sejak dari mula kami dimaklumkan mengenai projek teater ini lagi. Kami amat berbangga dengan komitmennya dan mudah-mudahan beliau istiqamah dalam perjuangan memasjidkan seni ini.

Khamis, 13 Ogos 2009

Siapa Di Sebalik Teater KOPITIAM GHADIR?

(entri ini diambil dari Blog Faisal Tehrani)
Sila baca lanjut DI SINI dan DI SINI

Nota : Salah seorang pelakun KG adalah anakanda saya. Yang mana satu? Cari dan fikirlah sendiri.

Rabu, 12 Ogos 2009

Wahyu Suleiman RENDRA (07.11.1935 - 06.08.2009)

BURUNG-BURUNG KONDOR
Oleh W S Rendra

Angin gunung turun merembes ke hutan,
lalu bertiup di atas permukaan kali yang luas,
dan akhirnya berumah di daun-daun tembakau.

Kemudian hatinya pilu
melihat jejak-jejak sedih para petani - buruh
yang terpacak di atas tanah gembur
namun tidak memberi kemakmuran bagi penduduknya.

Para tani - buruh bekerja,
berumah di gubug-gubug tanpa jendela,
menanam bibit di tanah yang subur,
memanen hasil yang berlimpah dan makmur
namun hidup mereka sendiri sengsara.

Mereka memanen untuk tuan tanah
yang mempunyai istana indah.
Keringat mereka menjadi emas
yang diambil oleh cukong-cukong pabrik cerutu di Eropa.
Dan bila mereka menuntut perataan pendapatan,
para ahli ekonomi membetulkan letak dasi,
dan menjawab dengan mengirim kondom.

Penderitaan mengalir
dari parit-parit wajah rakyatku.
Dari pagi sampai sore,
rakyat negeriku bergerak dengan lunglai,
menggapai-gapai,
menoleh ke kiri,
menoleh ke kanan,
di dalam usaha tak menentu.

Di hari senja mereka menjadi onggokan sampah,
dan di malam hari mereka terpelanting ke lantai,
dan sukmanya berubah menjadi burung kondor.

Beribu-ribu burung kondor,
berjuta-juta burung kondor,
bergerak menuju ke gunung tinggi,
dan disana mendapat hiburan dari sepi.
Karena hanya sepi
mampu menghisap dendam dan sakit hati.

Burung-burung kondor menjerit.
Di dalam marah menjerit,
bergema di tempat-tempat yang sepi.

Burung-burung kondor menjerit
di batu-batu gunung menjerit
bergema di tempat-tempat yang sepi
Berjuta-juta burung kondor mencakar batu-batu,
mematuki batu-batu,
mematuki udara,
dan di kota orang-orang bersiap menembaknya.

Yogya, 1973
Potret Pembangunan dalam Puisi
------------------------------------------------
Nota : Puisi Almarhum WS Rendra ini pernah saya kirimkan ke blog Pokok-Hujan milik sahabat saya Syed Putra Ahmad. Linknya di sini

Selasa, 11 Ogos 2009

Kerakusan Kapitalis

Gerombolan Kapitalis sememangnya rakus. Keuntungan adalah matlamat mereka. Walau apa caranya keuntungan bagi mereka mesti dikaut. Sekalipun meletakkan nyawa manusia yang tidak berdosa sebagai taruhannya. Mereka tidak peduli darah daging mereka sendiri jadi korban. Yang penting untung, untung dan untung.
Kerakusan mereka ini telah dirancang begitu rapi. Amerika adalah pendokong utama dalam agenda ini. Jangan percaya sangat dengan apa yang saya tulis tetapi cubalah baca selanjutnya di sini.

Ahad, 2 Ogos 2009

Jus Lidah Buaya (Aloe Vera)


Hari ini cuti. Petang selepas Asar teringat pula pokok lidah buaya (aloe vera) yang saya tanam dalam pasu sudah seminggu terlentok. Agaknya sudah terlalu tua (lupa bila saya menanamnya) dan batangnya pula sudah lemah dan daunnya semakin membesar dan memberat. Teringin pula mahu membuat jusnya. Sebelum ini saya pernah memasaknya tetapi yang sedihnya, saya seoranglah sahaja yang menghabiskannya. Isteri dan anak-anak tidak menggemarinya. Sedangkan setelah dimasak, ianya cukup untuk hidangan kepada 10 - 15 orang. Kali ini saya bercadang untuk memasaknya menurut resipi yang diberi oleh jiran saya berbangsa Cina dan mahu mengagih-agihkan kepada rakan-rakan di pejabat untuk mereka nikmatinya pula.
Menurut jiran saya itu, amalan meminum jus aloe vera ini boleh melambatkan proses penuaan. Awet muda lah tu. Saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun beberapa penyelidikan saintifik telah dilakukan di barat sebelum ini menunjukkan aloe vera ini banyak khasiatnya.



Bahannya
20 helai daun lidah buaya
1.5 liter air
400 gram gula batu (lump sugar)


Caranya
1. Daun lidah buaya kupas kulitnya (buang duri dan kulitnya yang rata sahaja)
2. Setelah dibasuh bersih keluarkan isinya menggunakan sudu makan.
3. Potong dadu dan bersihkan dengan sedikit garam halus kemudian toskan.
4. Masak air gula. Setelah mendidih masukkan isi (tanpa kulit) daun lidah buaya. Masak hingga mendidih selama 20 minit.
5. Sejukkan dan hidangkan terus untuk diminum atau boleh juga dicampur bes minuman (ikut rasa kegemaran masing-masing). Jika diminum tanpa perisa tambahan pun enak juga.

Khasiat Lidah Buaya (Aloe Vera)
Species : Aloe vera (Aloe barbadensis)
Aloe vera Benefits

Aloe vera is one of the only known natural vegetarian sources of Vitamin B12, and it contains many minerals vital to the growth process and healthy function of all the body's systems. Numerous studies worldwide indicate that aloe vera is a general tonic for the immune system, helping it to fight illness of all kinds. Various research studies are underway to explore the potential of aloe vera components to boost immunity and combat the HIV virus, and to treat certain types of cancer (particularly leukemia). It may even have a role to play in managing diabetes.
Over 200 worldwide scientific research papers have been published on the effects of Aloe vera. The three main categories of research include anti-inflammatory, anti- bacterial, and anti-viral actions of Aloe vera. The juice is said to soothe digestive tract irritations such as colitis, ulcers and irritable bowel syndrome. Aloe's ability to encourage the release of pepsin (a gastric juice enzyme necessary for digestion) when the stomach is full is a possible reason for its ulcer-healing effects (Journal of the American Osteopathic Society, 1963, vol.62). In one study, oral use of Aloe for six months helped mitigate asthma symptoms in almost half of the participants. Eleven of twenty-seven patients studied who drank Aloe reported feeling better at the end of the study. Researchers think that results might be due to stimulation of the immune system, as well as naturally occurring anti-inflammatory agents in Aloe vera.
Sila baca lanjut DI SINI dan DI SINI dan maklumat lanjut melalui link berikut :
1. Aloe Vera : Metos atau Ubat
2. Aloe Vera menurut Wikipedia
3. How To Extract Aloe Vera Juice
4. Lidah Buaya (Aloe Vera) Penghilang Jerawat (kemaskini 14/11/2012)

Sabtu, 1 Ogos 2009

Lotong Kelabu

Ingin tahu tentang Lotong Kelabu?
Bacalah tentangnya di sini.

Jumaat, 31 Julai 2009

Murai Di Atas Bumbung Rumahku

Bila berkicau murai yang itu,
terganggulah tidur pagi mingguku.
Namun aku harus mensyukuri
kerana hayatku masih berbaki.

Mentari semakin meninggi.
Pesan datuk nenekku lagi
jangan tidur meninggi hari.
Nanti rezeki jauh dan tinggi.

Oleh itu janganlah tuan
jadi seperti murai itu.
Murai di atas bumbung rumahku
yang kesiangan selalu.

Namun murai yang itu.
Murai di atas bumbung rumahku,
menyedarkan aku untuk mensyukuriNya,
betapa semakin berakhirnya waktu untuk diriku.

Desa Skudai
31 Julai 2009

Rabu, 29 Julai 2009

Pertarungan Dalam Diri

Pertarungan sengit dalam diri akan sentiasa kita hadapi samada kalah atau menang hingga ke akhir hayat kita.
Allah berfirman : "Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah akan mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Surah Asy-Syams : 7-10)

Isnin, 27 Julai 2009

SURAH AL-MULK

Juzuk Ke-29. Surah Ke-67. Diturunkan di Makkah dan mengandungi 30 ayat. Rasulullah mengajarkan supaya surah ini dihafaz oleh setiap Muslim. Mudah-mudahan mereka yang menghafaznya mendapat syafaat daripada Allah SWT di dunia dan akhirat.
MUQADDIMAH SURAH AL-MULK (1)
Dinamakan surah "Al-Mulk" (Kuasa Pemerintahan) kerana pada awal surah ini Allah Ta'ala menegaskan kekuasaanNya yang mutlak - menguasai pemerintahan dunia dan akhirat.
Intisari kandungannya : Menegaskan bahawa Allah Ta'ala yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup makhluk-makhlukNya - untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka : Siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Seluruh alam yang diciptakanNya itu, amatlah rapi dan tidak ada sebarang cacatnya.
Kemudian digambarkanNya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat dan balasan buruk yang sangat-sangat menggerunkan, yang disediakan bagi orang-orang yang kufur ingkar.
Sebaliknya : "orang-orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Allah, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar."
"(Maka lakukanlah perbuatan kamu di tempat yang tersembunyi atau yang nyata) dan tuturkanlah perkataan kamu secara rahsia atau terang-terang. (sama sahaja keadaannya kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada, (apa lagi bila keluarnya berupa perbuatan atau perkataan)".
Setelah menerangkan berbagai jenis ni'matnya yang telah dilimpahkanNya kepada makhluk-makhlukNya, lalu diperintahkan Nabi Muhammad SAW menegaskan : Bahawa Allah jualah yang menciptakan kamu dari tiada kepada ada, dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati - untuk bersyukur, tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.
-------------------------------------
1. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, DarulFikir, Kuala Lumpur, Muharram 1421 / April 2000, Cetakan KeSebelas, ms 1537

Ahad, 26 Julai 2009

12 Quick Tips For Boosting Your Happiness At Work

by Gretchen Rubin, on Mon Mar 9, 2009 3:59am PDT

Of course, being happy at work depends mostly on how much you like your job. But there are also smaller steps that can boost your happiness, as well -- partly by boosting your physical comfort and your productivity.
Some of these steps are VERY small, but the fact that you’re taking steps to improve your situation itself boosts happiness.
1. Check for eyestrain by putting your hand to your forehead in a salute. If your eyes feel relieved, your work space is too bright.
2. Sit up straight with your shoulders down — every time I adjust my sitting position, I instantly feel more energetic and cheerier.
3. Get a phone headset. I resisted for a long time, because it looks so preposterous, but it’s really much more comfortable. Also, it lets me pace while I talk on the phone, which also looks preposterous, but is energizing.
4. Don’t keep candy on your desk. Studies show that people are much more likely to snack when a treat is within easy reach, and a handful of M&Ms each day could mean a weight gain of five pounds by year’s end.
5. Never say “yes” on the phone; instead, say, “I’ll get back to you.” When you’re actually speaking to someone, the desire to be accommodating is very strong, and can lead you to say “yes” without enough consideration. Along the same lines…
6. When deciding whether to say “yes,” imagine that you’re accepting a job that you’ll have to do next week. Don’t agree to something just because it seems so far off that it doesn’t seem onerous.
7. Don’t let yourself get too hungry. My husband goes without eating for hours and hours at a time, so once, trying to be helpful, I bought him a big bag of granola to keep in his desk. He ate the whole bag in one day and ended up sick as a dog. Lesson: eat regularly.
8. Take care of difficult calls, tasks, or emails as quickly as possible. Procrastinating makes them harder; getting them done gives a big boost of relieved energy.
9. If you’re feeling overwhelmed, think hard about how you spend your time. Be honest. How much time do you spend surfing the internet, looking for things you’ve misplaced, or doing a task that’s really someone else’s job? Also…
10. Let yourself stay ignorant of things you don’t need to know.
11. Go outside at least once a day, and if possible, take a walk.
The sunlight and activity is good for your focus, mood, and retention of information.
12. Say “Good morning” to everyone. Social contact is cheering, and if you feel that you’re on good terms with all the people in your office, you’ll be happier each day. Also, it’s polite. (Nota : Penganut Islam disunatkan memberi salam setiap kali bertemu sesama Muslim – R.Hareez)

KE ARAH PEMBENTUKAN HARAKAH ISLAMIYYAH INDIVIDU DAN ORGANISASI (1)


A. MUQADDIMAH

Tidak syak lagi kepada setiap Muslim bahawa Islam itu menjadi dasar yang paling benar dan penyelesaian paling tepat terhadap semua masalah yang dihadapi manusia dalam persoalan hidup dan mati mereka, inilah yang menjadi pegangan rata-rata umat Islam di zaman kegemilangan mereka. Sebarang pandangan yang lain dianggap asing dan tidak terfikir di dalam kepala mereka untuk menerima sesuatu yang lain, kerana tidak ada sebarang keraguan kepada mereka terhadap Islam.

Situasi yang berbeza di zaman muta’akhir ini, telah mewujudkan satu kelemahan yang berbahaya kepada umat Islam. Bukan sahaja boleh menjejaskan keperibadian mereka sebagai satu ummah, bahkan dapat memisahkan iman yang menjadi benteng terakhir kepada mereka.

Iman dengan pengertian benteng tasdiq (membenarkan dengan hati) yang menolak sebarang keraguan terhadap Islam yang syumul dan Islam dengan pengertian penyerahan diri kepada itu semua, di mana tasawwur itu semua telah kelihatan tersisih dari perasaan dan hati, amalan dan perjuangan. Dalilnya terdapat di kalangan orang yang boleh dianggap Islam, kerana dilahirkan dari keturunan Islam, tiba-tiba menganut ideologi yang tidak ada kena-mengena dengan mereka, menjadi pejuang ideologi tersebut dengan gigih, menyekat (menentang) perjuangan Islam.

Sekarang berlaku kecuaian untuk memahami Islam, kecuaian dalam menyampaikan Islam, juga kecuaian dalam perjuangan menegakkan Islam. Maka berlaku malapetaka yang mengggoncangkan iman dan menjejaskan kedaulatan ummah dan Negara. Lebih pelik apabila peranan menentang Islam diambil alih oleh orang-orang yang bernama Islam.

Peranan kita sebagai Parti yang membentuk Harakah Islamiyyah, yang berfungsi mengubah seluruh sistem masyarakat ke arah Islam secara syumul memerlukan kita menyedari kenyataan masyarakat kita yang ada sekarang.

1. Ketiadaan Islam pada masa yang panjang dalam memainkan peranan memimpin ummah menyebabkan sebahagian besar penganutnya lupa betapa perlunya Islam itu dalam mewujudkan negara yang menghayati segala ajaran Islam.

2. Ummat yang bergelumang dengan tamadun kebendaan yang dibawa oleh kuasa penjajah yang mengubah fikiran mereka.

3. Kemunculan ideologi-ideologi moden asing ke negara-negara Islam dan perlaksanaannya di kalangan masyarakat.

4. Kejahilan ummat Muslim dengan hakikat agama mereka menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa ideologi tersebut.

B. KE ARAH MENYUSUN HARAKAH ISLAMIYYAH
Dalam menghadapi itu semua adalah tidak mungkin kita bergerak dengan hanya secara sambilan dan sampingan semata-mata. Kita memerlukan jama’ah yang mempunyai ciri-ciri Harakah Islamiyyah yang sebenar, dan menyediakan anggota-anggota yang dapat melengkapkan dirinya dengan sifat-sifat da’i dan mujahid. Bukan sahaja menyusun struktur pentadbirannya, tetapi mengisinya dengan suasana dan keadaan yang munasabah dengan risalah yang dibawa dan bukan sahaja menyediakan penceramah, penulis, dan tenaga kempen. Kita berlainan dengan yang lain, kerana kita juga adalah mujahid yang berjuang dan berda’wah dengan ceramah, tulisan dan kempen dan beriman dengan mesej yang dibawa, yang mesti mempunyai sifat-sifat peribadi yang berbeza dengan yang lain dan cara-cara pimpinan yang bukan sahaja meluahkan dasar kita melalui lisan dan tulisan sekadar melepas batuk di tangga tetapi biarlah apa yang diluahkan menjadi ubat yang berkesan menghapus penyakit jahiliyyah yang ada.

C. CIRI-CIRI SESEBUAH ORGANISASI

Saya kemukakan satu contoh di dalam al-Quran yaitu kisah Nabi Sulaiman ‘Alaihissallam menghadapi kerajaan Saba’.
Firman Allah Ta’ala :
Bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ‘ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata; “Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman.” Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata; “Wahai ummat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu(yang diperlukan);sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata.” Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.” Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdo’a dengan berkata: “ Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni’matMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu-bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan ‘amal salih yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang salih. Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata; “Mengapa aku tidak melihat burung belatuk? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir).” Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari setiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar. Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ‘ibadat menyembah Allah, dan syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk. (Mereka dihalangi oleh syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan. Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar.” Nabi Sualiman berkata: “Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta. Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka.” (Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba’: “Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran agama Allah).” Raja perempuan itu berkata lagi: “Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini: aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya.” Mereka menjawab: “Kita adalah orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperengan; dan perkara itu (walau bagaimana pun) terserlah kepadamu; oleh itu fikirkanlah apa yang hendak engkau perintahkan.” Raja perempuan itu berkata: “Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk kesebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan melakukan. Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita.” Maka apabila utusan pembawa hadiah itu datang kepadanya: “Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah). Kembalilah kepada mereka, jika mereka tidak juga mahu beriman, maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba’ dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.” Nabi Sulaiman berkata pula (kepadaku golongan bijak pandainya): “Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka Islam?” Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah. “Berkata pula seorang yang mempunyai ‘ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah limpah dari kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan ni’mat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” Nabi Sulaiman berkata pula kepada orang-orangnya: “Ubahkanlah keadaan singahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenarnya (untuk mengenal singgahsanya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian.” Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Serupa inikah singgahsanamu?” Ia menjawab: “Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ‘ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mu’jizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah diri.” Dan ia dihalangi daripada memeluk Islam pada masa dulu: apa yang ia pernah menyembahnya dari benda-benda yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah ia pada masa itu dari puak yang kafir. (Setelah itu) dikatakan kepadanya: “Dipersilakan masuk ke dalam istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyinsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: “Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca.” (Mendengar yang demikian), Balqis berdo’a: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam.”
(Surah al-Naml : Ayat 15-44)

Dari kisah al-Quran yang tersebut di atas menggambarkan kepada kita cirri-ciri jama’ah Islam yang dipmpin oleh Nabi Allah Sulaiman ‘Alaihissalam yang mendukung sebuah kerajaan yang belum pernah wujud sepertinya kerajaan yang besar dalam kehidupan manusia, bukan sahaja memimpin manusia tetapi juga memimpin jin, memimpin binatang-binatang yang berada di bawah pemerintahannya yang merupakan satu contoh organisasi yang besar berlaku dalam sejarah manusia. Di mana dalam ayat tersebut kita dapati beberapa ciri yang penting dalam organisasi.

* ikuti sambungan ke Bahagian 2- di sini
-------------------------------------------------------
1. Abdul Hadi Awang, Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah. (Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam, Selangor, 2005), ms 185,186,187,188,189,190,191,192,193

Rabu, 22 Julai 2009

Accidental Death of An Anarchist

by Dario Fo

PART 1 PART 2 PART 3

PART 4 PART 5 PART 6

PART 7 PART 8 PART 9

ELAK DIRI DARI MENGUMPAT

Bagaimana nak elak diri daripada mengumpat?
1. Kesedaran
Kita mesti sedar bahawa mengumpat adalah perbuatan yang tidak disukai Allah. Jangan kita dedahkln diri kita kepada kemurkaan Allah. Al Quran dan hadis menegah kita dari mengumpat. Peliharalah lidah sebaik-baiknya dari perbuatan ini.
2. Jangan Marah
Jika kita dapati kita kena umpat, janganlah bertindak marah. Bersabarlah. Cari dimana kelemahan atau kesilapan yang telah kita lakukan. Buat perubahan memperbetulkan kesilapan yang lalu dan bertaubat. Dengan sikap ini anda beroleh kemenangan.
3. Pahala
Orang yang mengumpat sebenarnya beri pahala percuma kepada orang yang diumpatnya. Jadi sewajarnya orang yang jadi mangsa umpatan mengucapkan terima kasih kepada si pengumpat itu. Jadi jangan mudah bagi pahala pada orang manakala pahala untuk diri sendiri berkurangan.
4. Rasai apa yang orang lain rasa
Orang yang mengumpat tu, sendiri mau ingat la..bagaimana kalau dia berada ditempat orang yang kena umpat itu. Kalau dia rasa menderita,orang lain pun rasa cam tu jugak,betul tak?
5. Tempias
Duduk bersama dengan orang-orang yang mengumpat walaupun ia tidak menambah kepada umpatan itu tetapi dengan kata-kata seperti ini, Eh tak sangka ya..dia perangai cam tu. Perkataan ini seolah-olah membenarkan kata-kata orang yang mengumpat itu. Sedangkan orang yang mendengar berdiam diri dan juga tanpa buat apa-apa bantahan pun turut bersubahat dengan orang yang mengumpat itu.
Jadi berhati-hatilah dalam apa jua tindakan kita. Elakkan dari mengata orang lain kerana ia hanya akan mengundang dosa dan akan dibawa mati sekiranya orang yang kita umpat itu tidak memaafkan kita.

Ahad, 12 Julai 2009

Hizbul Syaitan (1)

Manusia kini tidak lagi mengada-ngadakan patung-patung, seperti al-Lata, al-'Uzza dan sebagainya, tetapi mengadakan pemujaan bentuk baru, bernama bangsa, negara dan rakyat. Kepentingannya dianggap mengatasi kepentingan agama, bukannya agama Allah yang membetulkan (mentadbir) itu semua. Walaupun mengaku sebagai orang-orang Islam, tetapi begitulah telatahnya.
Umpamanya, apabila Allah mengatakan sesuatu itu halal dan haram, mesti dilaksanakan hukum-hukumnya, tetapi apabila difikirkan dari segi kepentingan rakyat dan negara berpandukan 'aqal semata-mata, hukum Islam tidak boleh dilaksanakan, maka seolah-olah pandangan mereka yang dianggap wakil-wakil rakyat itu lebih bijaksana daripada Allah Ta'ala.
Perlu diketahui bahawa 'ulama ussu' juga memberi peranan yang berkesan dan besar untuk memberi nafas kepada Hizbul Syaitan. Oleh itu Allah memberi amaran yang keras kepada mereka dengan firmanNya:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannnya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." (2)
Firman Allah Ta'ala :
"Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat." (3)

Adalah wajar orang-orang yang seperti itu menjadi ahli Parti Syaitan, hatta orang yang diam membisu pun disebut:
"Orang yang mendiamkan diri tentang perkara yang sebenar ialah syaitan bisu." (4)

------------------------------------------
(1) Abdul Hadi Awang, Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah (Dewan Pustaka Fajar, 2005) - ms 175, 176, 177
(2) Surah al-Baqarah : Ayat 159
(3) Surah al-A'raf : Ayat 175
(4) Hadith Rasulullah

Rabu, 8 Julai 2009

Mari Bermesyuarat Dengan Cemerlang


Kenapakah mesyuarat perlu diadakan?

Bagaimanakah mesyuarat perlu diadakan?

Siapakah yang memerlukan mesyuarat diadakan?

Bilakah mesyuarat perlu diadakan?

Apakah bentuk mesyuarat yang perlu diadakan?

Jumaat, 3 Julai 2009

Ketidakcekapan Pentadbiran

Ketidakcekapan pentadbiran ialah sebuah istilah yang menghuraikan tingkah laku pentadbiran yang disfungsi atau yang menghalang pencapaian matlamat-matlamat organisasi. Disebabkan pentingnya tanggungjawab pengurusan di dalam sesebuah pertubuhan, keadaan kelam-kabut boleh diwujudkan oleh para pentadbir yang tidak mahir.
Salah tadbiran boleh diakibatkan oleh ketidakcekapan para pengurus yang tidak tahu bagaimana (atau tidak rela) menggalakkan orang lain, walaupun penggalakan boleh memotivasi kakitangan, meningkatkan prestasi kerja mereka, dan menjimat masa serta sumber-sumber yang sukar didapati.